Taeyeon pandang suaminya yang sedang bersiap, katanya malam ini ada sambutan untuk pekerja mereka sahaja. Tak boleh bawa orang lain datang walaupun seorang isteri kepada orang tersebut. Taeyeon pun malas nak pergi kalau boleh sekalipun.
JaeHan datang mendekati isterinya, lalu dia mencium lembut pipi Taeyeon yang sudah menjegilkan mata itu. Dia sengih.
"Suka cium senyap senyap tau oppa ni," Taeyeon kerutkan dahi.
"Seronok cium senyap senyap ni," balas dia sambil membetulkan baju kemejanya.
"Lama ke oppa pergi majlis tu?" Soal Taeyeon ingin tahu.
"Entahlah sayang," dia mengangkat bahu.
Dia tilik wajahnya sendiri di hadapan cermin, masih ada bekas lebam di wajahnya. Dia mengetap gigi geram apabila teringatkan Baekhyun menumbuknya. Nasib baiklah Taeyeon balik lambat sikit, kalau tak makin teruklah dia nak kena jawab dengan Taeyeon.
"Ni sayang, oppa nak pergi dah" JaeHan menarik tangan Taeyeon lembut.
Taeyeon ikutkan sahaja. Mereka sama sama melangkah turun. Sekali lagi JaeHan mencium pipi Taeyeon, setelah itu dia melangkah keluar dari rumah. Taeyeon melambaikan tangan sambil tersenyum manis.
Setelah kelibat JaeHan tidak lagi kelihatan, Taeyeon terus mengunci pintu. Dia berlari anak naik ke tingkat atas apabila dia dengar telefonnya berbunyi meminta untuk di angkat segera.
Dia terus menjawab panggilan tersebut apabila nama YeonJi yang tertera di atas skrin telefon pintarnya.
"Yeoboseyo," Taeyeon menghenyak punggung di birai katil.
"Unnie tengah buat apa tu?" Soal YeonJi.
"Unnie tak buat apa apa pun ni, lagipun JaeHan oppa pergi sambutan apa entah"
"Maknanya mamat kelabu hitam tu tak ada dekat rumahlah sekarang ni?"
"Urm... boleh tak berhenti panggil JaeHan oppa macam tu, panggillah dia oppa macam YeonJi panggil Baekhyun oppa selama ni" ujar Taeyeon.
"Tak naklah" YeonJi mencebik.
"Hah ni telefon kenapa?" Tanya Taeyeon.
"Memandangkan suami kesayangan unnie tak ada sekarang, apa kata unnie ikut YeonJi pergi somewhere" cadang YeonJi sambil tersengih.
"Malaslah"
"Tak ada tak ada! Kena ikut jugak, titik"
Terus talian di putuskan. Taeyeon campak telefon atas katil lalu dia bangun pergi ke arah almari baju, dia capai satu pakaian biasa untuk keluar bersama adiknya itu. Dia tahu adiknya takkan mengalah, kalau dia tak nak pergi nanti dia datang buat bising dekat luar rumah punya.
Dia campak pula pakaian yang mahu di pakainya sekejap lagi. Tuala yang tersangkut kemas di capainya dan terus melangkah masuk ke dalam bilik air.
"Unnie tak nak keluar, tapi jangan risau YeonJi tetap akan pergi ambil dia dekat rumah, dia tahu macam mana perangai adik dia ni" YeonJi mengangkat kening pada tiga orang lelaki yang menjadi pendengar sedari tadi.
"Baguslah kalau dia nak pergi, ni kitaorang dah dapat lokasi mamat kelabu hitam tu pergi," ujar Chanyeol.
"Dekat mana?"
"Dekat tempat yang sama di mana dia kena tumbuk dengan Baekhyun hyung," balas Taehyung.
"Agaknya dia nak kena tumbuk dengan Baekhyun lagi" Chanyeol tersengih sengih.
YOU ARE READING
[✔] Husband Encik P.A
Fanfiction"Lapan puluh ribu ringgit untuk pembedahan Baekhyun hyung, dekat mana nak cari duit sebanyak tu" ~ Taehyung Setelah Baekhyun pengsan semasa berada di tempat dia bekerja, doktor memberitahu mereka semua akan penyakit Baekhyun yang semakin teruk itu. ...