BOB 5

9K 541 30
                                    

"Seriously?" tanya Bella berulang kali kepada Elina.

Minah ni betul ke? Gila ke apa? Haih!

"Yela. Dah lama dah aku simpan. Apapun keputusan dia aku terima." jawab Elina tenang.

"Kau tak rasa macam perigi cari timba?" tanya Bella.

Apabila Elina menyatakan mahu confess, Bella awal-awal lagi sudah kata No! No way! NO NO NO.

"Ala kau ni, takdela teruk sangat. Paling kurang pun dia reject. Bukannya dia sembelih aku." Kata Elina, tergelak kecil. Bella pulak yang gabra lebih.

"Kau cakap slow sikit. Arif ada kat belakang kau tu" kata Bella separuh berbisik.

"Okay,it's time!" Kata Elina. Rambutnya dibetulkan sedikit lalu bangun.

Bella ternganga. Minah ni biar betul. Kafe ni ramai orang kot! Lagipun Arif dengan kawan dia!

"Weyh! At least, tunggu la waktu dia sorang-sorang. Ada kawan dia tu" halang Bella.

Tangannya didepakan bagi menghalang Elina. No Elina No! please listen to me!

" It's okay la." jawab Elina. Tenang. Kakinya mula melangkah ke arah Arif.

Bella duduk ditempatnya semula. Hatinya berdebar. dup dap dup dap.

'Elina, Elina, Nasib baik aku sayang kau. Kalau tak dah lama aku tinggal ' bebel Bella dalam hatinya.

Elina kembali ke meje. Riak yang ditunjukkan sukar dibaca.

Bella enggan bertanya apa-apa. Biarla Elina beritahu sendiri!

"Dia reject." jawab Elina perlahan. Patah hati maybe.

Bella mengangkat muka. Tula aku dah cakap, bukan nak dengar. Sekarang siapa yang patah hati?

Bella menggosok perlahan belakang Elina bagi menenangkan rakannya itu.

"and dia cakap. Dia  suka orang lain." kata Elina lagi. Mukannya pasrah.

Air mata, tolongla jangan jatuh!

Bella merungus geram. Haih, mamat ni kurang asamnya! Takpayah la nak cakap suka orang lain bagai. Tunggu dia! Nak aku ajar budi bahasa ke?

...

'Muhahmmad Arif Syahrin!'-Bella

Bella menekan butang send. Marahnya membuak-buak. Takde hati perut mamat ni! Reject Elina satu bende. Lepastu, dia pergi cakap dia suka orang lain. Haih, mamat ni! Aku basuh dia cukup-cukup!

Bella naik marah sekali lagi. Dia bluetick je?!!?? Haih mamat ni. Memang cari pasal betul!

'Keyboard rosak ke? tak reti nak reply?- Bella.

'kau nak apa?'- Arif.

Bella tersenyum sinis. Reply pun kau.

'Kau manusia ke haiwan, hah?'- Bella.

Dia bluetick lagi?! Lama-lama, aku hapuskan bluetick ni. Ei!

'woi!'- Bella

'manusia la'- Arif

'dah tu? kenapa hati macam haiwan?'- Bella.

Wth? Memang sah binatang mamat ni. Dia bluetick lagi!

'Aku malas nak layan kau punya bluetick tu. Aku direct je. Kau, kalau tak suka orang, kau tolak la elok-elok. Cakap sorry! Dia orang yang pernah sayang kau bro! Kau takde hati ke?'- Bella.

Bella merungus. Mamat ni, la. Cari nahas betul! Bluetick aje kerja kau! Aku spam kang! Biar hang phone kau tu!

'and lagi satu ye. bila orang whatssap tu, reply! jangan nak bluetick!aku bagi nasihat elok-elok ni. Poyo tu kurangkan la sikit. Kau fikir kau handsome ke? Please la. Ramai lagi yang handsome. Aku tak tau la macam mana kawan aku boleh suka kat kau!'- Bella

'rezeki'- Arif.

Walawei! Poyonya! Memang layak masuk anugerah lelaki terpoyo dia malaysia. Mesti dapat tempat pertama!.

Bella meletakkan telefonnya. Malas dia layan mamat poyo tu. Gila dibuatnya!

Badannya direbahkan keatas katil. Dia perlukan rehat yang cukup.

Esok Elina mengajaknya 'tension released shopping'. Pada mulanya, Bella memang mahu menolak tetapi dia memikirkan Elina mungkin sedang patah hati. So, takpela. Dia pergi je. Anything for you Elina!

...

bestfriend or boyfriend?Where stories live. Discover now