" Macam mana wedding Bella dengan Syazwan ?" tanya Arif. Tidak mahu bertanya tetapi entah mengapa dia tanya. Haih. Dah lama baru nak tanya pulak tu!
Saiful membulatkan mata. Mulutnya yang hampir ternganga, dikawal. Arif tak tau? Selang beberapa saat,Saiful tersenyum sinis. Idea nakal mula muncul dibenaknya.
"Hai Arif!" tegur Farah lalu duduk disebelah Saiful. Dia baru kembali dari memanggil Bella yang berada di dalam bilik.
Opsy, lupa bagitau. Farah dan Saiful sekarang berada di rumah keluarga Bella. Farah nak bagi hadiah dekat Bella. Jeng jeng jeng.
Arif tersenyum lalu menegur Farah kembali. "Sihat?"
"Sihat,Allhamdulilah. Kau?"
"Allhamdulilah."
"Wedding Bella okay je. Dua kali lafaz la jugak. Syazwan nervous tu." celah Saiful sambil menghantar isyarat mata kepada Farah.
Farah mengerutkan dahi apabila mendengar jawapan Saiful tetapi apabila Saiful menghantar isyarat kepadanya, dia terus faham. Ouh okay okay.
Arif tersenyum hambar mendengar jawapan daripada mulut Saiful. Bella sudah bergelar isteri orang. Arif cuba mengawal perasaannya sebaik mungkin. Mukanya kelihatan kemerahan.
Arif tidak mahu tahu bagaimana Bella dan Syazwan berbaik. Tidak mahu tahu bagaimana mereka berdua boleh meneruskan perkahwinan ini. Dia tidak mahu tahu. Yang dia tahu bahawa sekarang ini, hatinya hancur. Dia pula terasa dipermainkan. Bukan ke tidak lama sebelum ini Saiful memberitahu bahawa Bella memerlukan dia?
Saiful dan Farah melihat wajah sayu Arif. Muncul rasa bersalah kerena mempermainkan sahabatnya itu.
"Kau nak kena fly ke?" tanya Saiful. Baru perasan pakaian seragam juruterbang yang tersarung dibadan Arif. Latar belakang tempati Arif juga seperti lapangan terbang.
Sebenarnya Saiful enggan membiarkan Arif terlampau kecewa dengan berita palsu yang diciptanya. Niatnya hanya satu, mahu memberi kejutan kepada sahabatnya itu apabila Arif pulang ke Malaysia.
"Dah habis dah. Kejap lagi nak balik." jawab Arif.
Saiful mengangguk seraya menarik nafas lega. Risau juga jika rakannya membawa nyawa berpuluh-puluh orang dalam keadaan begini. "Jangan sedih. Nanti kau balik, aku ada calon untuk kau. Nama dia Myra."
Arif mengangkat kening. Haih Saiful ni, buat lawak ke? Aku tengah patah hati ni.
"Apesal? Kau dah ada calon orang Amerika?" tanya Farah sambil tersenyum mengusik. Tahulah dia bahawa Myra itu ialah Bella. Well, nama penuh Bella is Myra Bella Alana. Mesti Arif tak perasan tu.
"Hish korang ni, takdela. Myra mana? Tak kenal la. Janganla pandai-pandai."
"Richard Templar said in his book The Rules Of Love is 'If you're going to be a friend, be a good friend'. Rule 92, page 192. It means, kitorang kawan yang baik la nak carikan kau jodoh." kata Farah sambil mengangkat dua jarinya tanda peace.
Farah sememangnya pembaca setia Richard Templar. Semua buku milik penulis itu dia sudah menjadi kepunyaannya. See, sampai page berapa pun Farah boleh hafal.
"Hmm yela." jawab Arif,malas tetapi masih tersenyum. Dia sangat menghargai jasa rakan-rakannya yang sedaya upaya membuatkan dia bahagia.
"Okaylah we. Kitorang nak hang call ni." kata Saiful apabila melihat Bella sedang menuruni tangga.
"Bai, Assalamualaikum. Much love here from Americano." kata Arif sambil melambai ke arah mereka daripada dalam skrin telefon.
"Waalaikumusalam. Much love from here too." kata Saiful lalu cepat-cepat menutup panggilan. Telefon bimbitnya disimpan ke dalam poket.
"VC dengan siapa?" tanya Bella yang baru sahaja melabuhkan punggung diatas sofa berhadapan dengan Farah dan Saiful.
"Kawan sekolah aku." jawab Saiful.
Bella mengangguk. Air teh 'O' panas yang sudah sedia dituang didalam cawan dan diletakkan di atas meja berhadapan dengan sofa dicapai lalu dihirup.
"Sedap Kak Yan buat teh." puji Bella.
Kak Yan yang sedang menghidangkan keropok ikan terseyum. Elelelele, banggala tu.
"Kenapa datang?" Bella membuka bicara dengan Farah dan Saiful yang berada dihadapannya.
"Bunyi macam tak suka kitorang datang je." kata Saiful.
"Tau takpe. Bosan aku, asyik muka korang berdua je hari-hari." gurau Bella sambil tergelak. Lagi-lagi apabila dia melihat Farah sudah mencebik.
"Alah gurau je. Aku suka la korang datang. Kurang bosan aku." kata Bella lagi.
"Dah tau bosan duduk bilik je apesal?" sampuk Amirul yang kebetulan lalu disebelah mereka.
Bella menjeling adiknya. Ish, sibuk.
"Tah, apesal duduk bilik je? Pergi rendam kaki dekat kolam ikan koi tu pun ada jugak faedah. Ikan-ikan kecil tu dapat buang kulit mati tau." laju Farah berkata-kata. Sebelum masuk tadi sempat jugaklah jenguk.
"Alah, kata jela kau teringin nak cuba. Aku taula rumah aku ni macam spa. Semua ada hahahahaha." kata Bella sambil tergelak lagi.
Memang betul pun, tidak lama sebelum ini, Puan Zana membeli tab mandi sekali dengan kelopak bunga ros dan sabun mandian aromaterapi. Tujuan Puan Zana beli nak menceriakan Bella tetapi dia dulu yang 'merasmikan' tab itu. Encik Ramli juga sprting melayan kerenah isteri dan anak perempuannya. Bilik yang kosong ditingkat atas dihias menjadi bilik ala-ala spa di Bali. Puan Zana turut melengkapkan bilik itu dengan segala kelangkapan facial. Kak Yan la yang selalu jadi tukang facial profesional mereka berdua hehehe.
"Tahu takpe. Save duit aku nak pergi spa hahahaha." gelak Farah pula.
Saiful hanya berdiam diri sambil menghirup teh 'O' . Biarla, hal perempuan ni bukan boleh masuk campur. Silap-silap dia yang kena tuangkan sabun dan tabur bunga dalam tab lagi macam minggu lepas. Balik-balik, seisi keluarga dia tegur kenapa bau perempuan. Eiy!
"Kenapa diam?" tanya Farah kepada Saiful.
"Insaf nak tolong korang tuang sabun ." Kata Saiful sambil tersengih.
Farah dan Bella tergelak serentak. HAHAHAHAHAH padan muka.
Farah bersyukur kerana Bella masih mahu gembira seperti dulu setelah lama rakannya itu menangis. Bukan selama ni Bella tak gembira, tetapi Farah tahu itu semua fake. FAKE!
Saiful menghulurkan plastik kedai buku popular kepada Farah.Membiarkan teman wanitanya itu menukar topik. Nak biar diorang ni borak fasal spa tu, sampai esok pun tak tentu habis.
"Kau beli buku apa?" tanya Bella apabila melihat plastik bercop popular itu. Macamlah dia tidak tahurakannya seorang ini kaki novel english.
"Nak bagi dekat kau. Nah." kata Farah sambil menghulurkan beg plastik itu kepada Bella.
Bella mengeluarkan buku yang berada didalam palstik tersebut.
The Rules Of Love by Richard Remplar.
Eh wait, ini macam buku Farah. Sebijik! Cuma yang ni baru. Masih berbalut dalam plastik.
"Aku beli untuk kau yang baru sebab aku nak kau simpan. Baca buku ni buat panduan." kata Farah. Mata sahabatnya itu ditenung dalam.
"Tapi...."
"Takde tapi. Aku dah beli, kau kena baca." kata Farah lalu bangun dari duduknya dan melangkah ke arah Bella. Dia duduk disebelah Bella pula. Tangannya memegang erat tangan Bella.
"Kau pernah gagal dalam satu perhubungan tidak mungkin kau akan gagal dalam perhubungan seterusnya. Aku yakin, Allah akan hantar lelaki yang lebih baik untuk kau."
Bella tunduk. "Mahal buku ni.."
"Tak semahal kasih sayang aku dekat kau Bella. Kau selalu ada dengan aku. Everytime. Time kau susah aku sedar aku tak selalu ada macam kau ada untuk aku. So, ambilla buku ni. Thanks for averything and......"
Bella yang sudah memandang muka Farah terus mengangkat kening. " And?"
"Be strong even what happen. Aku sayang kau."
...
YOU ARE READING
bestfriend or boyfriend?
Teen FictionI failed on writing sinopsis so read pls (done story) "kalau aku cakap aku suka kau, kau percaya ke?" - arif " aku pun suka kau." - bella " seriously?"- arif "kau kan kawan aku."- bella Ketahuilah kisah cerita persahabatan dan cinta Bella dan Arif...