BOB 71

6K 370 19
                                    

"Abang Saiful boleh diam tak? Dari tadi membebel ni. Bising. " kata Amirul. Rimas mendengar Saiful yang dari tadi asyik membebel yang tak tentu pasal.

"Salah abang la. Allahuakbar. " Saiful mengetuk kepalanya. Penyesalannya membuak. Kalau dia ikut Arif pergi tadi, mesti takkan jadi macam ni.

Amirul menggelengkan kepala. Rasanya, 10 kali dah Saiful ulang ayat yang sama. Arif sedang berada didalam wad kecemasan. Semoga abang iparnya tidak apa-apa. Orang lain tidak dimaklumkan lagi tentang kemalangan Arif termasuk Bella.

Throwback

"Alah kakak. Abang Arif tu sayang kakak la. " kata Amirul meyakinkan kakaknya. Orang kalau dah kecewa ni, otak memang letak kat lutut. Semua negatif!

"Dahla. Ambilkan kakak buah boleh?" Bella menukar topik. Malas membebankan kepalanya sendiri lagi-lagi dengan kesihatannya yang tidak memuaskan sekarang. Kalau ada jodoh, ada. Kalau habus, habis.

Amirul menjeling kakaknya sebelum mencapai buah di meja. Eiy geram! Kalau tak sayang, takdenye orang tu tunggu sampai bertahun-tahun!

Telefon bimbit Bella didalam poket seluar jeans Amirul bergetar. Sengaja Amirul tukar kepada mod vibrate supaya Bella tidak tahu telefon bimbitnya ada bersama Amirul. Memang dari tadi Bella cuba mencari telefon bimbitnya tapi Amirul diamkan sahaja. Getaran itu berhenti.

"Adik keluar jap eh." Amirul meminta diri. Bella hanya mengangguk. Tidak bersangka apa-apa. Lagi-lagi, dia penat. Nak tidur. Kalau Amirul ada, diajaknya borak je .

Amirul keluar dari bilik rawatan kakaknya. Saiful yang sedang duduk diatas kerusi dicuit. Dia memberikan hint mata memandankmgkan Farah berada disebelah Saiful.

Saiful faham lalu bangun dari duduknya. "Jap eh. Saya pergi keluar dengan Amirul cari Arif. " Saiful meminta diri. Farah pula hanya mengangguk dan sambung bergosip dengan Fatin.

Amirul dan Saiful masuk kedalam tandas lelaki. Amirul mengeluarkan telefon bimbit Bella dari dalam poket seluarnya.

"See, abang. Nombor tadi. " Amirul menunjukkan nombor yang membuat panggilan sebentar tadi sama dengan nombot yang menelefon Bella sebelum telefon bimbit itu ter off.

Saiful bertindak mengeluarkan telefon bimbitnya lalu mendail nombor telefon tersebut menggunakan telefonnya. Acah gantleman la konon. Taknak pakai credit Bella.

"Hello. I'm Saiful, kawan Myra Bella Alana. You ada call dia kan?"

Amirul hanya memerhati. Tidak boleh mendengar kerana Saiful tidak memasang loud speaker.

Riak muka Saiful berubah. "Okay, ill come. " kata Saiful lalu terus menutup panggilan dan menarik tangan Amirul keluar dari tandas dan kini mereka berada hadapan pintu gerbang hospital.

"Kenapa?" tanya Amirul.

"Abang ipar awak excident!" balas Saiful. Dia menarik tangan Amirul menuju ke tempat kereta diparking.

"Hospital mana?" tanya Amirul..

"Columbia Asia." balas Saiful.

Amirul membuat muka pelik. Kini, giliran Amirul pula menarik tangan Saiful ke pintu gerbang tadi. "Baca" arah Amirul.

"Columbia Asia." Saiful tersengih atas kelalaian dirinya sendiri. Malu pulak dengan budak ni haih Saiful Saiful.

Dan mereka berdua pun bergerak ke wad kecemasan.

End throwback

"Family Arif Syahrin?"

"Ya, saya adik ipar dia. " kata Amirul.

bestfriend or boyfriend?Where stories live. Discover now