Tentang Aku

5.1K 339 8
                                    

Aku? Alhamdulillah aku semakin bahagia. Kandunganku yang hanya menunggu masa untuk dilahirkan lebih membahagiakan aku.

Sepanjang aku mengandung, aku masih bekerja di pejabat. Tapi aku mempunyai tiket VIP. Aku boleh keluar dan masuk ke pejabat bila-bila masa sahaja. Ya, aku mengaku. Aku buat macam pejabat aku sendiri. Aku masuk pukul 10, balik pukul 4. Lunch hour? Aku ambil sampai dua jam hahahahahaha.

Arif juga banyak mengambil alih kerja rumah sepanjang aku mengandung. Katanya special treatment to mom to be hehehehe. Ketika Arif ada  penerbangan,  dia terus menghantar aku ke rumah ibu. Risau betul dia!

Mabuk aku ketika mengandung kalini tidaklah seteruk dulu. Ada mabuk,  tetapi sikit sahaja. Aku lebih kepada mengidam. Macam-macam aku nak makan!

Memandangkan aku hanya menunggu masa untuk melahirkan, ibu dan mama sering menjengukku dan memberikan tips. Macam-macam mereka pesan. Itula inilah,  kadang-kadang aku penat mendengar tapi aku layankan aje.

Selepas bersalin? Aku sudah dibebel siap-siap supaya berpantang oleh ibu dan mama. Kata mereka biar lama asalkan aku selamat. Aku dan Arif sudah berbincang dan kami memutuskan bahawa aku akan menjadi suri rumah tangga memandangkan Arif tidak mahu anaknya dihantar ke pusat jagaan. Mula-mula, aku ingin melawan tetapi bila difikirkan kembali aku dulu juga diberikan penjagaan dan kasih sayang sepenuhnya daripada ibu. Jadi,  aku harus berkorban sama seperti ibu.

Nama anak? Jika mesin scanner tu tak salah, inshaallah aku dan Arif akan menimang anak lelaki. Aku dan Arif amat bersyukur. Memang harapan kami mahukan anak pertama seorang lelaki supaya boleh membimbing adik-adik yang lain nanti. Nama aku dan Arif pilih ialah Eiyrif Amir. Moden, mempunyai maksud tersendiri dan enak didengar.

Nak cakap pasal tak sabar? Ya memang aku tak sabar! Excited! Hari-hari aku tersenyum apabila anakku menendang. Hari-hari aku akan melihat gambar baby di google yang comel-comel haih!

Aku dan Arif bercadang untuk menunaikan umrah setelah Amir berumur 1 tahun. Alhamdulillah rezeki Arif agak melimpah tahun ini. Betulla kat semua,  anak pembawa rezeki walaupun anak kami tidak dilahirkan lagi.

Aku mengangkat setinggi-tinggi syukur kepada Allah kerana memberikan aku dan keluargaku kebahagiaan. Terima kasih,  Ya Allah.

❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

...

bestfriend or boyfriend?Where stories live. Discover now