BOB 18

7.3K 428 0
                                    

Bella menyelak buku notanya. Ya Allah! Test lagi sejam! Inalilah aku!

Bella akui, sejak balik daripada Japan, jadualnya dikelilingi dengan persiapan test. Sampai Elina ajak temankan pilih baju kawin pun terpaksa tolak! Semua sebab test!

"We,chill la." tegur Puteri yang duduk disebelah Bella.

"Can't weyh. Taknak repeat!" kata Bella. Matanya fokus membaca nota.

"Haih, kau best student la. Tak failed punya!" kata Puteri, menenangkan hati Bella.

"Kalau aku best student, aku tak duduk second class." kata Bella selamba.

"Jomla borak dengan aku. Ada bende bahagia nak cakap ni" ajak Puteri.

Bella menyusun bukunya lalu diletakkan ke tepi. "Kenapa?"

"Degree dah nak habis kan? So? Apa plan kau lepas degree?" tanya Puteri.

"Ambil master la. Kau?" tanya Bella pula.

Puteri menunjukkan jari manisnya kepada Bella. "nak kawin "

Bella terlopong. Puteri pun dah tunang? Tumpang bahagia!

"Bila kau tunang tu?" kata Bella.

"Semalam." kata Puteri pendek. Cincin mutiara di jari manisnya dipandang. Counting days!

Bella tersenyum. Apabila melihat rakan-rakannya yang lain mahu berkahwin, hatinya juga terdetik mahu berkahwin.

'ish! boyfriend pun takde.' gerutu Bella dalam hatinya.

"Dengan Iqram eh?" tanya Bella lagi.

"nanti dapat card tengok la sendiri"

"Bila hari bagianya? Taknak jemput aku?" tanya Bella. Happynya bila kawan nak kawin!

"Lagi dua minggu. Jangan lupa datang! " kata Puteri.

Bella melopong. Sekejapnya tunang! Mesti dah lama plan tapi Puteri taknak bagi tau ni!

"Inshaalah!" Bella tersenyum.

"Bella, before terlupa. Arif kirim salam. Dia cakap goodluck." kata Puteri.

Bella mengangkat kening "Arif mana?"

"Arif Syahrin."

Bella mengangguk lalu menjawab salam dalam Hati.

Bella teringat 'kenangannya' bersama Arif Syahrin. Aduh rindunya! Kenapa aku tak rapat dengan dia eh? Kalau tak, aku boleh bau perfume arwah abang hari-hari!

"Kau dengan dia ada apa-apa?" tanya Puteri, mengaharapkan jawapan.

"Haah. Ada!" kata Farah yang datang secara tiba-tiba.

"Arif suka dia." kata Farah lagi.

"Pandai-pandai je kau" kata Bella. Malas layan Farah!

"Bella, Umaira nak jumpa kau. Kat luar kelas. Sekarang." kata Fatin yang juga datang secara tiba-tiba.

Farah dan Puteri kelihatan terkejut. Bella rapat dengan Umaira ?

Bella melangkah ke pintu kelas. Enggan membiarkan Umaira menunggunya lama.

"Bella rapat dengan Umaira?" tanya Puteri.

Farah dan Fatin mengangkat bahu.

Puteri mempamerkan riak risau. Bella ni! Dia tau je Si Umaira tu 'tak betul'. Pergi rapat-rapat pulak.

...

"Baik you jujur. You ada apa-apa ke dengan Arif?" tanya Umaira.

Bella tercengang. Hakalah minah ni. Salam pun takde. Dah la kejap lagi nak test. Jangan serabutkan kepala aku!

"Kalau ada pun kenapa?" kata Bella berani. Yes, maybe selama ni aku relakan jadi 'balaci' kau. But, not now babeh!

Umaira merengus kasar. "Betulla gossip yang I dengar?"

"Mulai harini, aku dah taknak berurusan apa-apa dengan kau. Kau nak Arif, goda sendiri. Jangan suruh aku." luah Bella. Penat! Penat!

"Oo. You dah main kasar eh." kata Umaira.

"Apa kes main lembut-lembut ni." kata Bella lalu melangkah kembali masuk ke kelas. Malas layan minah tu!

"You're booked your ticket to sadness Myra Bella Allana! I takkan biar you bahagia sebab Arif only mine." kata Umaira dengan penuh dendam.

...

"Bella, kau okay?" tanya Puteri apabila Bella duduk kembali di tempat asalnya.

"Kenapa pulak tak okay?" kata Bella, selamba.

"Dia ada pukul, cubit, tampar kau?" tanya Puteri. Tangannya memegang wajah Bella untuk mencari kesan tamparan di wajah rakannya itu.

Bella menurunkan tangan Puteri lalu tersenyum sinis "Berani ke dia?"

Puteri menggeleng. Bella Bella!

"Takpayah la caring sangat. Aku okay." kata Bella, menenangkan hati Puteri.

"Kau tu berani sangat. Memang la aku risau." kata Puteri.

Bella tergelak kecil.

"Class! Boleh get ready ye. Test dah nak start!" kata Puan Naielah.

Bella menyimpan segala notanya ke dalam beg.Pen dikeluarkan. Doa dititipkan supaya lulus dalam ujian kali ini. Bolehla graduate awal-awal. Taknak repeat!

"Goodluck, orang sebelah." kata Bella kepada Puteri.

"Goodluck jugak orang sebelah!"

...

bestfriend or boyfriend?Where stories live. Discover now