BOB 48

5.8K 365 10
                                    

"Kakak! Abang Syazwan nak jumpa!" laung Amirul dari ruang tamu rumah.

Bella yang sedang menghirup teh strawberi di ruang makan tersedak. Uhuk! Uhuk!

Puan Zana menggosok belakang Bella perlahan. Amirul dijeling tanda memberi amaran.

"Kau jerit macam kakak ada dekat atas je. Eiy !!" marah Bella sambil mengelap mulutnya menggunakan tisu yang dihulurkan oleh Puan Zana.

Amirul tersengih . "Abang Syazwan nak jumpa kakak. Dia ada dekat gazebo depan tengah borak dengan ayah." beritahu Amirul lagi sekali.

Bella mencebik. Dah hilang seminggu baru nak datang cari aku!

" Kakak... Pergi jumpa dia. Bincang elok-elok. Kalau kakak lari sampai bila pun masalah tak selesai. Anak ibu baik kan..." nasihat Puan Zana sambil membetulkan rambut Bella.

"Entah kakak ni! Macam budak-budak bercinta je. Budak-budak bercinta pun tak macam ni." sampuk Amirul.

"Diamla. Yang budak tu awak." kata Bella kepada Amirul.

Cincin mutiara yang masih tersarung elok dijari manisnya dipandang sekilas lalu bangun dari duduk. "Kakak naik atas dulu pakai tudung."

Amirul dan Puan Zana mengangguk serentak. Di sudut hati masing-masing, mengaharapkan yang terbaik untuk Bella.

Bella masuk ke dalam biliknya. Kardigan yang bewarna hitam disarung. Shawl yang sudah tersangkut dibelakang pintu dicapai lalu disilang kiri dan kanan. Bella mencapai kotak cincin yang bewarna merah lalu membuka cincin yang berada di jarinya . Cincin tersebut diletakkan elok didalam kotak lalu membawa kotak cincin tersebut turun kebawah.

Bella keluar ke halaman rumah dan melihat Encik Ramli dan Syazwan sedang duduk berborak di gazebo. Ceh, cara diorang borak macam tidak ada masalah pula! Ayah siap gelak-gelak lagi! Apatah yang kelakar sangat. Taktau agaknya anak dia sedang berperang dengan perasaan, hati ergh!

Menyedari kehadiran Bella, Encik Ramli bangun dari duduknya. Langkahnya diatur menuju ke arah anak perempuan tuggalnya. "Bincang elok-elok.Ayah dan Ibu akan ikut segala keputusan kakak." bisik Encik Ramli lalu melangkah masuk ke dalam rumah.

Bella menarik nafas lalu melangkah menuju ke gazebo. Dia duduk bersila dihdapan Syazwan. Matanya memandang Syazwan, rambutnya sedikit serabai dan kolar baju tidak dilipat kemas. 'too bad' kutuk Bella didalam hati. "Kenapa awak selekeh semacam je?Mana awak yang dulu?" tanya Bella membuka bicara.

"I lost my half soul." jawab Syazwan. Cuba meminta simpati Bella.

Mendengar jawapan daripada Syazwan, api kemarahan Bella serta merta naik. Wajah Bella sudah merah. "After a week baru awak datang cari saya! And now you're going to say you lost your half soul?! ouh lupa, half soul awak Sara." marah Bella dengan intonasi yang cuba dikawal tetapi gagal.

"Bella please. What happen to me and Sara tak sama macam yang awak fikir!" kata Syazwan separuh merayu.

"5 minutes explaination." kata Bella sambil mengangkat kelima-lima jari tangan kanannya.

Syazwan tersenyum lalu memulakan ceritanya. Bella cuba fokus untuk mendengar penerangan Syazwan tetapi gagal. Bayangannya lebih kepada apa yang terjadi seminggu lepas. Di mana, dia melihat segalanya di hadapan mata.

"Do you hear me?" tanya Syazwan apabila melihat mata Bella hanya fokus kearah kolam ikan koi yang terletak disebelah gazebo.

"No." balas Bella pendek sambil menyilangkan tangan ketubuhnya.

"Awak nak saya cerita balik?" tanya Syazwan.

"No. Even im not 100 percent focus on you. But telinga saya masih boleh dengar." kata Bella.

"So, awak dah terlanjur dengan dia?" tanya Bella meminta kepastian. Air mata yang mahu menitis ditahan sepenuhnya daripada tumpah,

Syazwan mengangguk lemah. "But bukan kehendak saya! Trust me! Dia umpan saya and saya lelaki biasa,Bella."

"Kalau bukan kehendak awak, kehendak apa?! Nafsu awak?!!" marah Bella. Air matanya jatuh juga. Geram dengan kata-kata yang dianggap bodoh daripada Syazwan.

"Bella....."

Bella menolak kotak cincin yang berada di tangannya secara kasar kepada Saiful. "Stop! Kita putus tunang sekarang jugak ! "

Syazwan mencapai tangan Bella namun Bella menarik tangannya.

"Awak ada rasa nak kena penampar saya buat kali yang kedua ke?!" marah Bella lagi.

"I'm sorry. I love you Bella. Ambil balik cincin ni and forget this. We're open a new book together." kata Syazwan memohon maaf.

Bella mengelap airmatanya. Marahnya kepada Syazwan sangat membuak-buak. "Love? Open a new book? Hey! Saya rasa awak lecture awak pandai but not! You think its simple for me? Lepastu awak nak lepas tangan apa yang awak dah buat dekat Sara?!! Comeon Syazwan, jangan jadi budak-budak."

"Habistu awak nak saya kawin dengan dia?"

"Yes!"

"Merepek!Our wedding preparation dah hampir siap! Our! Me and you.Bukan saya dengan dia!" kata Syazwan sambil meraup rambutnya,

" Awak tukar nama saya kepada nama dia. Simple." kata Bella. Air matanya dibiarkan mengalir. Pandangannya lebih kearah bawah. Tidak mahu melihat wajah Syazwan.

"My feelings?"

"Awak nak fikir pasal perasaan awak je? Perasaan dia? Awak tak rasa? Please la. Jangan cakap macam orang bodoh Syazwan. Jangan lari dari tanggungjawab awak. Marry her and benda ni selesai!" kata Bella.

Sometimes the right things and the hardest things are same.

"Saya tau awak ada perasaan dekat Arif sebab tu awak senang campak saya dekat mana-mana awak nak kan." kata Syazwan. Kotak cincin dicapai lalu bangun dari duduknya.

Bella juga turut berdiri. "Kalau saya ada perasaan dekat dia,bukan masalah awak! At least, dia tak pernah sakitkan hati saya macam awak!"

"Awak memang nak menangkan Arif je. Memang saya takkan menang sampai bila-bila Bella." kata Syazwan sambil mengeluarkan kunci keretanya dari dalam poket.

"Kalau saya ada perasaan dekat dia, saya tak tunang dengan awak la!" nafi Bella.

"You just said just now jangan jadi budak-budak kan? And sekarang awak ingat saya budak-budak? Saya nampak Bella, lagi-lagi time awak nangis dia pergi Amerika. Saya tahu."

"I will marry Sara. Awak VIP. Kalau awak tak datang,it means i'm was right from everything." Syazwan masuk kedalam keretanya. Enjin dihidupkan dan keretanya terus meluncur laju meninggalkan halaman rumah Bella.

Bella terduduk lalu menangis. Perasaannya sukar diramal buat masa sekarang.

Telefon bimbit yang berada didalam poket dikeluarkan. Pesanan ringkas dihantar kepada Farah.

'im really need someone to talk. please come. at home.'- Bella

'keep calm. me and Saiful will be there about 5minutes.'- Farah

Bella menyimpan kembali telefon bimbitnya didalam poket seluar. Dia duduk di hujung gazebo sambil memerhati ikan koi yang sedang berenang didalam kolam.

Air mata dibiarkan mengalir. Tidak mahu menyeka walaupun sedikit.

'Ya Allah, berikanlah aku kekuatan.'

...

bestfriend or boyfriend?Where stories live. Discover now