BOB 68

5.4K 335 8
                                    

"Bella!" Bella berpaling lalu mengangkat kening. Kelihatan Farah sedang berlari kearahnya. Since when this girl ada dekat New York? Ops sorry bukan girl, lupa pulak Farah dah jadi bini orang.

Farah menuju kearahnya lalu terus memeluk Bella. Pelukan dileraikan. Kedua-dua belah pipi Bella dipegang. "Eiy perempuan ni! Kau pergi mana? Tau tak semua orang cari kau? Lagi-lagi Arif, macam nak mati aku tengok dia. " bebel Farah.

"Hah? Lepastu dah mati ke belum?" terpacul soalan itu dari mulut Bella. Farah melepaskan pegangan di pipi Bella lalu memandang Bella, pelik. "Kau nak laki kau mati ke?" tanya Farah. Lantas Bella menggeleng. Farah menepuk dahinya. Dah kenapa pulak innoncent laim macam pulak?

"Laki kau belum mati la sayang oi! Dah! Sakit otak aku bercakap dengan kau. Oh, hai Umaira!" Farah menegur Umaira yang berada disebelah Bella. Tangan kanan dihulur dan disambut dengan baik. Farah juga gembira dan kagum akan perubahan Umaira.

"Korang nak pergi mana?" tanya Farah.

"I nak bawak kawan you ni pergi klinik. Asyik muntah je dua tiga hari ni. Then, tak lalu makan. " terang Umaira.

Farah membulatkan matanya. "Really? Tah-tah kau pregnant. " kata Farah.

Giliran Bella pula yang membulatkan matanya. Bella mengingati kembali. Erm, sudah lama juga dia tidak 'bersama' dengan Arif.

Ya, dia sudahpun menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri terhadap Arif. Dulu memang dia takut sangat tetapi apabila sudah dileteri oleh ibunya tentang tanggungjawab, dia bagi juga. Taknak jadi isteri derhaka.

"Ha Bella. Entah-entah you pregnant." sokong Umaira pula.

"Tapi, I tengok you tak muntah pun. " kata Bella. Ya, Umaira tidak lihat seperti orang mengandung pun. Jika perutnya tidak membesar, pasti orang lain tak tahu Umaira mengandung. Biasa je dia...

"Kau ni! Setiap orang lain-lain." celah Farah. Menyampah pula apabila Bella tunjuk muka innoncent dia tu.

"Dah. Kita bertekak sampai terkeluar anak tekak pun taktau Bella ni pregnant ke tak. Jom pergi klinik. "

...

Arif membaca whatsapp dari Farah yang katanya telah menemui Bella. Arif mendail nombor telefon Saiful. Dia tau, time macam ni mesti Saiful bongkang lagi atas katil. Bukannya nak teman si Farah tu keluar. Farah pun satu, berani yang bukan-bukan.

"Hello." kata Saiful di talian.

"Cik abang tengah tidur lagi ke?" tanya Arif.

"Dah mandila. Asal?"

"Jom pergi klinik. " ajak Arif.

"Kau sakit apa?" tanya Saiful. Tetiba je nak pergi klinik. Okay ke tak mamat ni?

"Ada Bella dekat sana. Aduh kau ni. Janganla banyak tanya. Jom jela. " kata Arif.

"Okay. Lagi 10 minit aku ada dekat lobby. "

Arif meletakkan panggilan. Dia tersenyum. Akhirnya dapat juga menemui Bella.

...

"Kalau mengandung macam mana?" tanya Bella. Jauh dari planningnya nak dapat anak dalam masa lebih kurang ha dah nak masuk 4 bulan.

Farah menggelengkan kepalanya. "Kalau mengandung tu rezeki la. Soalan kau ni macam orang tak betul je tau tak?" kata Farah.

Umaira hanya tersengih. Memang sejak menumpang di rumahnya Bella bersikap blur-blur. Tah apa masalah tah.

Sebentar kemudian, doktor perempuan yang memeriksa Bella tadi masuk kedalam bilik rawatan dengan hasil ujian air kencing Bella. Doktor itu duduk dikerusinya.

"How doctor?" tanya Farah. Riaknya teruja.

Bella menjeling Farah. Hekeleh minah ni, dia pulak yang excited.

"The result is positive. " kata doktor tersebut.

Bella diam. Tidak lansung memikirkan pasal planningnya. Dia gembira tetapi pada masa yang sama dia berfikir. Aku mengandung at the same time situation aku dengan Arif macam ni?

Farah lekas memeluk Bella. "Weh! Congrats lah nak jadi mama dah!" kata Farah. Ya Allah happynya!

Apabila Farah meleraikan pelukan, Umaira memegang bahu Bella. "Take care of your baby, darling. Dont think to much. "

Bella mengangguk. Dia memegang perutnya. Tidak sangka ada yang bernyawa didalam perutnya. Dia menitiskan air mata. Setitik dua. Gembira tapi pada masa yang sama rindukan suaminya. Arif... Mana awak. "

"Tahniah Puan, awak mengandung lebih kurang dalam 3 minggu. Datang sini nak holiday ke?" tanya doktor itu ramah. Bella, Umaira dan Farah terlopong sebentar. Ooo doktor ni pandai cakap Melayu!

Ngam-ngam sahaja doktor menghabiskan ayatnya, seseorang menolak pintu bilik rawatan. Bella berpaling. Jantungnya berdegup kencang.

Arif menuju kearah Bella lalu memeluk isterinya erat. Dia mencium dahi Bella. Tidak peduli apa kata-kata orang ketika ini. Dia rindukan isterinya. Plus, dia sangat gembira apabila mendengar perkhabaran doktor tadi. Alhamdulillah ya Allah!

"Arif dahla tu. Sambung drama dekat rumah. " tegur Saiful. Terkejut jugak dia apabila Arif tiba-tiba membuka pintu tadi.

Arif meleraikan pelukannya. Matanya memandang Bella lalu pandangannya berkalih kearah doktor pula. "So, ada apa-apa tips or ubat apa yang kena ambil doktor?" tanya Arif. Gembirnya sekarang tidak terucap.

Doktor tersebut tersenyum. "Tips untuk awaklah, sebagai suami awak kena banyak bersabar. Ibu mengandung ni memang macam-macam perangai dia. Lagi-lagi bila anak first macam ni. " nasihat doktor.

Arif mengangguk. "Tak jadi masalah kan doktor nak balik Malaysia nanti nak naik flight?" tanya Arif lagi.

"Seeloknya naik flight bagi ibu mengandung memang patut dielakkan lagi-lagi apabila kandungannya masih baru. Cadangan saya, encik ambilah pilot yang berpengalaman dan ambil flight bisnes class supaya isteri Encik selesa. "

"Alah doktor. Encik ni pun profesional pilot. Berapa sijil tah dia dapat. " celah Saiful.

"Ouh i see. Lagi senang la kalau macam tu. "

Arif menjeling Saiful. Menyampuk je tau. "Okay doctor. Thanks"

Semuanya bangun dari duduk dan mahu keluar. Semua mengucapkan terima kasih kepada doktor.

"Welcome. Ambil ubat dan buat payment di kaunter ye."

Arif mengangguk. Mereka semua keluar dari bilik rawatan tersebut.

"Nak check Bella je. Tapi semua masuk. " kata Saiful lalu ketawa kecil.

Tapi, kata-kata Saiful tiada sambutan. Semua diam.
Arif memandang Bella. Bella jugu turut memandang Arif apabila terasa dirinya diperhati.

"Dah kenapa?" tanya Bella.

"I love you and thank you. " kata Arif.

....

bestfriend or boyfriend?Where stories live. Discover now