Bella mendepakan tanganya. Finnally! Hello Japan!
"Bella, dah dah la tu action titanic. Hero takdela." Usik Saiful.
Bella menjeling. Sibuk betul boyfriend Farah ni!
"Titanic atas kapal la! " jawab Bella.
"Attention! awak semua boleh jalan-jalan dekat airport ni selama 1jam sementara kami semua uruskan transport ke apartment. Kalau boleh, bergerak by grouping. Leader dan assistant sila ambil peranan masing-masing! Ingat ye! Ini bukan KLIA, this is Japan's airport. So, jaga diri!" kata Prof Wajihah.
Kesemua pelajar mengangguk.
Bella berpaling ke belakang. Kelihatan Farah, Saiful dan Arif sedang berbual.
Bella memanggil mereka. Kecik sangat ke suara aku sampai diorang tak dengar?
Bella mengangkat bahu. Pergi toilet sorangla!
Apabila kaki kirinya masuk ke dalam toilet, Bella terkasima. Daym! Ni toilet ke bilik tidur?
Bella mengambil gambar mirror selfie lalu memuat naik di instagram.
Bella menekan butang 'share' lalu menyimpan kembali telefon bimbitnya di dalam poket seluar. Bedak padat dikeluarkan dari beg tangan lalu disapu sedikit di muka. Bibir pula digoles dengan lip balm.
Setelah puas hati dengan penampilannya, Bella melangkah keluar dari toilet.
"aku nak pergi mana ni?" tanya Bella kepada diri sendiri.
Tiba-tiba, bahunya disentuh seseorang. Bella terkejut.
"Oh! Hai Fatin! Hai Puteri!" sapa Bella.
Fatin dan Puteri ialah classmates Bella yang juga menyertai program ini, tetapi berlainan kumpulan.
"Kenapa kau sorang-sorang ni?" tanya Puteri.
"Tah. Bahaya tau." sambung Fatin pula.
"Ahli group aku borak tadi, malas nak kacau. So, aku sorang,la" kata Bella. Senyuman yang manis dihadiahkan.
"Sorry girls, aku nak ambil assistant aku balik." celah Arif yang entah dari mana muncul.
Anak mata Arif memberi isyarat 'ikut aku!'
Bella melambai tangannya mesra ke arah Fatin dan Puteri.
...
"Bella! Kau pergi mana?!" Farah menerpa ke arahnya.
"Aku pergi toilet je" Jawab Bella, tenang.
Kerusi kosong dihadapan Farah ditarik lalu duduk.
"Kenapa tak cakap dulu?" Arif yang berada di sebelahnya bersuara dingin. Soalannya ditujukan ke arah Bella.
"Kau kene faham. This is Japan! Kalau kau hilang, siapa yang nak jawab dekat prof? Aku ! Aku yang kene jawab!" marah Arif.
"Kau tu dahla perempuan! Senang je jalan sorang-sorang. Kalau jadi apa-apa siapa yang nak bertanggungjawab?" tambah Arif.
"Kau tau tak? Aku terpusing-pusing dalam airport ni cari kau? Farah ni dah nangis dah tadi! Semua risau. Kau ada fikir tak?!" kata Arif lagi.
Diam. Tiada siapa yang berani bersuara.
Bella tunduk. Wajah Arif yang berada di sebelahnya tidak berani dipandang.
"Sorry." kata Bella, pendek. Mutiara manik halus kelihatan di pipinya.
Arif meraup mukanya lalu beristighfar. Astaghfirullahalazim. Arif! Apa yang kau dah buat sampai perempuan ni menangis?!
"Sorry we, sorry. " kata Arif. Bersalah habis weyh! Buat perempuan menangis!
Arif bangun melangkah ke kaunter kafe halal berdekatan.
"Aiskrim?" hulur Arif ke arah Bella.
Aiskrim kat Japan mahal ooo! Takpela, sekali sekala. Nak pujuk punya pasal!
" Thanks." Bella menyambut huluran aiskrim Arif. Rezeki jangan ditolak!
Arif tersenyum. Betulla orang cakap. Nak pujuk perempuan senang je. Bagi makanan!
...
"Korang! Apartment kita tingkat lima. Kena naik tangga. " kata Arif sambil meneliti kunci apartment tersebut.
"Semua group dah dapat kunci?" tanya Prof Wajihah.
"Dah!" jawab semua pelajar serentak.
"Sekali lagi saya ingatkan. Disini, awak akan tinggal bersama keluarga angkat. Manakala, ahli group awak adalah adik beradik awak. So, sila beri kerjasama yang baik dan jangan rosakkan nama kolej. Faham?" kata Prof Wajihah lagi.
"Faham, prof!"
"Okay, semua boleh naik. Hormat keluarga angkat masing-masing ye!"
"Okay Prof!"
...
Bella mengangkat bagasinya menaiki tangga. Comeone Bella! Baru tingkat 1!.
"Come here." Arif menarik bagasi Bella. Lalu diangkat ke atas bahunya.
"Eh takpela." Bella cuba mencapai kembali bagasinya.
"kau tu perempuan. Biar aku buat." kata Arif lalu berjalan menaiki tangga dengan bagasi di atas bahunya.
Bella tersenyum. " Thanks weyh! "
...
YOU ARE READING
bestfriend or boyfriend?
Teen FictionI failed on writing sinopsis so read pls (done story) "kalau aku cakap aku suka kau, kau percaya ke?" - arif " aku pun suka kau." - bella " seriously?"- arif "kau kan kawan aku."- bella Ketahuilah kisah cerita persahabatan dan cinta Bella dan Arif...