BOB 22

6.9K 435 18
                                    

Arif berjalan mundar-mandir. Kehulur-kehilir. Kejap ke Barat, sekejap ke Utara. Kekanan,lepastu kekiri.

"Lamanya.." rungut Arif.

"Chill la bro." nasihat Saiful.

Doktor Amin keluar dari bilik Bella. "Bella dah sedar."

Semua orang meraup muka tanda penuh kesyukuran. Allhamdulilah! 7 days Bella in 50/50. Allah masih memberi peluang untuk Bella melihat dunia.

"Boleh masuk ke doktor?" tanya Arif.

"Encik siapa?" tanya Doktor Amin pula.

"Husband Bella, doktor!" celah Saiful.

Semua yang berada di situ ketawa sakan termasuk Encik Ramli dan Puan Zana.

Arif menjeling Saiful. Mukanya bertukar kemerahan akibat malu yang teramat. Siap kau Saiful! Nanti aku 'cuci' kau!

"Maaflah, bukan apa. Sejak peristiwa wayar pernafasan Bella dicabut, semua pihak hospital mengambil langkah berjaga-jaga. Tapi, kalau Encik suami Bella, bolehla masuk." kata Doktor Amin lagi.

Semua yang berada disitu ketawa lagi sekali. Doktor percaya la pulak! hahahahaha!

Muka Arif yang tadinya sudah merah,sudah menjadi semakin merah. Alahai doktor ni!

"Doktor, diorang main-main je. Ini Arif, kawan kolej Bella." kata Encik Ramli dengan ketawa yang masih berbisa.

"La yeke.. Maafkan saya ye. " kata Doktor Amin lalu tergelak kecil.

"Masuklah ye. Keluarga, Husband and kawan Bella semua." kata Doktor Amin lalu menjeling jam tangannya. Ada pesakit lain yang harus diberikan rawatan.

"Thanks doktor." kata Puan Zana pula.

Doktor Amin yang sudah melangkah pergi melaung "tugas saya!"

"Uncle dengan aunty masuk dulu ye. Jangan ramai-ramai. Penuh bilik tu ." kata Puan Zana lalu menolak pintu bilik.

"Abang, jom masuk dengan kitaorang." kata Amirul. Lengan Arif ditarik.

"Arif! Pergila! Bakal adik ipar ajak tu." usik Saiful lagi.

Arif merengus. "Nanti la kau."

Arif mengikut langkah Amirul masuk ke dalam bilik.

"Kakak! Lamanya kau koma! Kesian aku main monopoly sorang-sorang." kata Amirul. Kakaknya dipeluk. Rindunya!

Bella membalas pelukan adiknya. "Eleh, aku lagi kesian."

"Kakak okay? Ada sakit-sakit?" tanya Encik Ramli.

"Kakak okay." kata Bella. Senyuman dihadiahkan.

"Kakak, ibu dengan ayah pergi dulu ye. Ayah kena masuk office harini. Ibu pun sama, dah lama ambil cuti. Allhamdulilah kakak dah sedar. Amirul ada. Arif dengan kawan-kawan Kakak pun ada." kata Puan Zana. Dahi anaknya dikucup perlahan.

Bella mencium tangan Puan Zana dan Encik Ramli. "Bai ayah! Bai ibu!"

"Kau okay ke? Ingat aku tak?" tanya Arif apabila Encik Ramli dan Puan Zana keluar dari bilik.

"Aku koma je. Bukan amnesia." kata Bella bersahaja.

'koma je kau kata? Aku risau gila tau!' bebel Arif di dalam hati.

"Kakak, kau borakla dengan Abang Arif dulu. Aku nak pergi toilet." kata Amirul meminta diri.

"Weyh, berapa hari aku koma?" tanya Bella kepada Arif.

"7 hari." jawab Arif.

"What?! Habistu? Aku tak ambil test la ni?!" kata Bella terkejut.

"Alah, degree boleh repeat." kata Arif lagi, selamba.

Bella mengeluh perlahan. Kalau masa boleh putar, aku putar. Taknak pergi ambil laptop dekat kereta. Nak test! Nak graduate degree!

"Bella! We miss you!" kata Farah yang baru sahaja masuk di dalam bilik. Tubuh Bella dipeluk. Rindunya!

Bella membalas pelukan Farah.

Pelukan dileraikan. Kini, Puteri pula memeluk Farah.

Amirul yang baru masuk ke dalam bilik menggelengkan kepala. Haih inilah perempuan! Tak habis-habis dengan drama!

Amirul mengambil tempat disebelah Arif. "Abang, perempuan selalu drama kan."

Arif tergelak kecil.

'kalau abang mahram dengan kakak awak. Abang pun nak buat drama dekat sini.'

...

Bella tergelak mendengar cerita Puteri tentang persiapan perkahwinannya. Walaupun dia terlantar di atas katil hospital ni, kehadiran rakan-rakannya sangat membuatkan dia gembira!

"Drama queen la kau! Menangis pulak!" kata Bella.

"Terharu la sikit. Aku menangis sebab kau tau!" jawab Puteri.

"Bella!" kata Elina yang baru tiba. Tangannya terus memeluk tubuh Bella.

"Rileks la." kata Bella.

Elina meleraikan pelukan. "Rileks? Ni rileks kau!"

Elina menunjal kepala Bella perlahan lalu tergelak kecil. Rindunya dekat kau Bella!

"Siapa tu?" tanya Bella apabila melihat seseorang di sisi Elina.

"Classmates aku.Syahira." kata Elina.

Syahira menghulurkan tangan kepada Bella. "Hai!"

Bella menyambut tangan Syahira mesra "Hai! Nice to meet you."

Syahira tersenyum. Rupanya, inilah Bella! Baru dapat tengok muka. Selama ni, muka Bella kene tutup dengan topeng pernafasan je.

'kening perfect. Mata bulat. Hidung.. mm not bad. Mulut kecik. Pipi chubby sikit. Lawanya dia! ' getus Syahira.

"We love you. Cepat-cepat la sembuh okay!"

...

bestfriend or boyfriend?Where stories live. Discover now