" Kakak, kemas barang elok-elok ye. Jangan ada yang tertinggal. " pesan Puan Razana.
" Passport tu terus letak dalam handbag. Awak tu cepat lupa." pesan Encik Ramli , ayah Bella
"Okay" kata Bella sambil mengenyit mata.
"Kakak, dah-dah la makan tu. Kesian Kak Farah tunggu." kata Amirul pula.
Bella menjeling . Sukahati aku la.
Oh yea! Lupa nak bagitau! Farah tu classmates Bella yang pergi Japan jugak! Farah juga membuat permohonan bahawa ditempatkan satu kumpulan bersama Bella.
Disebabkan orang tua Farah sibuk, Farah mengambil langkah untuk bermalam di rumah Bella sahaja.
"Kakak, dah la tu. Pergi basuh tangan. Kesian Farah." kata Encik Ramli pula.
Bella mengalah "okay."
Pinggannya dibawa menuju ke dapur. Selepas membasuh pinggan, Bella kembali ke ruang makan.
"Ayah, ibu,..." belum sempat Bella menghabiskan ayat, Amirul memotong.
"dan Amirul yang handsome."
Bella menjeling adiknya. Apahal tah Amirul malam ni hyper semacam.
" Kakak naik dulu kemas barang dengan Farah." Kata Bella meminta diri.
Air Oren yang dibancuh oleh ibunya dituangkan sedikit ke dalam gelas. Gulp, Gulp, Gulp. Bella meneguknya.
"Ya Allah. Kakak! Mak mentua tengok mesti kene reject!" tegur Puan Razana.
"So bad, ibu! Kakak takde mak mentua lagi. Okla! Bai, kakak naik dulu!" Bella mencuit tangan Farah lalu memberi isyarat mata 'jom naik!'
Tergeleng-geleng kepala Puan Razana melihat telatah anak sulungnya.
"Kau lari dari kene bebel eh?" Soal Farah.
"Yeaaa!" jawab Bella.
Mereka berdua tergelak kecil.
...
"Weyh! Mana coat aku?! " tanya Bella.
Dia terpusing-pusing mencari coatnya.
"Atas katil" kata Farah sambil menunding jari ke atas katil Bella.
Bella mencapai coatnya lalu dilipat.
Farah menggeleng kepala. Haru sungguh! Nasib baik aku dah kemas barang awal-awal. Eh, memanglah aku aku kemas awal-awal sebelum datang rumah Bella. Ha, mula la tu kepala otak merapu!
"Kakak! Apa bising-bising tu?" kata Puan Razana lalu membuka pintu bilik anaknya.
Puan Razana terkejut melihat bilik anaknya yang kelihatan seperti tongkang pecah!
"Kakak! What are you doing?" marah Puan Razana.
"Serabut la, ibu." kata Bella perlahan.
Puan Razana menggeleng. " Mari ibu tolong"
Bella mengangguk. Haih, memang serabut!
Puan Razana melipat baju anaknya lalu diletakkan dalam beg.
"Ibu, kalau bawak shampoo and body spray lepas ke kat airport?" tanya Bella.
Tangannya penuh dengan alatan mandi. Ada berus gigi, ubat gigi,shampoo, sabun mandi,body spray dan macam-macam lagi.
"Shampoo dengan sabun tu beli kat sana je nak, oi! Yang lain tu, meh sini ibu letakkan dalam beg ni."
Bella menghulurkan barang-barang itu kepada ibunya.
"Nanti dah kawin, macam mana nak uruskan beg suami?" Puan Razana membebel.
"Ibu! i'm 23!"
Puan Razana tergelak kecil.
"Takde barang lagi kan nak masuk dalam beg? Ibu nak tutup ni."
Bella mengambil list. " Kejap ibu."
coat✔
winter jacket✔
hoodie✔
tracksuit✔
t-shirt✔
express shawl (dont need to iron)✔
towel✔
privacy item✔
brooch and jarum peniti
mini makeup pallet"Ibu! Mini makeup pallet dengan brooch belum masuk!" kata Bella lalu mencari 2 barang tersebut.
"Nah." Hulur Farah
"Thanks!"
"Dah?" tanya Puan Razana lagi sekali.
Bella tersenyum "Done!"
"Okay, ibu keluar dulu. Awak berdua tidur awal ye. Esok nak bangun awal." kata Puan Razana sebelum meninggalkan bilik anaknya.
"Goodnight ibu!"
"Goodnight aunty!"
Plak! Suis lampu ditutup.
"Weyh, aku nak tidur tepi!" minta Farah.
"Tidur jela mana-mana! Bawah lagi bagus!" kata Bella.
"Esok kejutkan aku tau!" kata Farah sebelum menutup mata.
Bella mengangguk. Dia tersenyum.
JAPAN! WAIT FOR ME!
...
YOU ARE READING
bestfriend or boyfriend?
Teen FictionI failed on writing sinopsis so read pls (done story) "kalau aku cakap aku suka kau, kau percaya ke?" - arif " aku pun suka kau." - bella " seriously?"- arif "kau kan kawan aku."- bella Ketahuilah kisah cerita persahabatan dan cinta Bella dan Arif...