"Macam-macam ah!" Arif meraup rambutnya. Eh gila gila! Aduh!
"Jumpa orang je pun. Bukan jumpa monster." kata Saiful dengan ketawa yang berdekah-dekah. Kelakar la!
Farah yang duduk disebelah Saiful juga turut tergelak. Kelakarnya!
Arif menjeling dua orang rakannya. Aduh mati-mati aku fikir dorang main-main! Ada-ada je laki bini ni. Dari couple sampai kawin ada je! Haish, apelah nasib!
"Look.. " kata Saiful apabila ketawanya telah reda. "Aku tahu kau tak boleh move on lagi tapi salah satu cara untuk kau move on. Manatau Myra tu sama personaliti dengan Bella ke. "
Arif meraup mukanya. "Ada-ada jela korang ni. "
"Ala weyh, pergi jela eh. Kau kan kawan yang baik. " pujuk Farah dengan menggunakan teknik reverse psychology.
Arif kelihatan seperti sedang berfikir. Teragak-agak mahu membuat keputusan. "Yelah yelah. Tapi kalau dia tu jenis bimbo, diva, gedik, aku terus tinggal tau. "
"Yeah! Comfirm tak bimbo, diva, gedik and seangkatan dengannya!" kata Farah lalu terus bangun dari duduknya. Kakinya melangkah menuju ke arah bilik dia dan Saiful.
"Apesal bini kau tu?" tanya Arif, pelik. Tiba-tiba je bangun berlari-lari. Macam budak nampak lolipop!
Saiful tergelak kecil. Tahulah dia bahawa Farah mahu proceed next plan.
"Biarla dia. Kau ni, sampai bila nak makan tidur je dekat rumah? Taknak sambung membelah awan biru ke?" tanya Saiful.
"Next week aku sambung. Dah apply dah. " jawab Arif. Sukahati je Saiful kata aku makan tidur. Macam aku dah setahun je duduk dekat sini makan tidur. Padahal baru sebulan sampai Malaysia!
"Lah, apesal tak roger. Company apa?" tanya Saiful.
"Malaysia Airlines."
Saiful mengangguk. "oooo"
"Kau pulak, sampai bila nak jadi office boy? Belajar tinggi-tinggi, nak jadi office boy jeke? Kau nak bagi Farah tu kurus kering ke apa?" tanya Arif pula.
Saiful mencebik. Bini aku, dia pulak yang kesah! "Nyanyok la kau ni! Aku dah masuk company Uncle Ramli as account assistant before kau balik sini lagi. Kau fikir aku nak ke jadi office boy sampai bila-bila."
Arif tergelak. Lupa pula, Saiful pernah inform on Skype.
Dulu, sementara menunggu result pengajiannya, Saiful membuka langkah untuk mengumpul duit dengan bekerja sebagai office boy dulu. Sekaligus, dapat pengalaman sikit-sikit.
"Ouh lupa. Kau jadi kuli Bella ah ni. Dia kan head department accountant. Mesti dia buli kau HAHAHAHAHAHA kesian. "
"Eh, aku staff kesayangan kot. Hari-hari Cik Bella belanja lunch." bidas Saiful.
Arif berdeham. "Report dekat Farah kau keluar lunch dengan isteri orang a.k.a perempuan lain."
"Farah tahu. Dia pun join sekaki jugak tapi en, I heard something on your voice. " kata Saiful sambil tersenyum sinis.
Arif mengangkat kening. "What?"
"Jealousy. "
"Bini orang takde kesnya aku nak jelous. Dah ada anak dah Bella tu weyh! " kata Arif sambil buat muka menyampah. Ada je modal nak usik aku.
"Elelelelele. "
...
"Kakak, esok pergi lunch meeting dengan klien tau. " pesan Encik Ramli apabila mereka sekeluarga duduk bersantai di gazebo pada malam itu.
YOU ARE READING
bestfriend or boyfriend?
Teen FictionI failed on writing sinopsis so read pls (done story) "kalau aku cakap aku suka kau, kau percaya ke?" - arif " aku pun suka kau." - bella " seriously?"- arif "kau kan kawan aku."- bella Ketahuilah kisah cerita persahabatan dan cinta Bella dan Arif...