BOB 62

7.2K 351 5
                                    

"Thank you, sayang. " kata Arif sambil mencuit hidung Bella.

Bella masih lagi mengemaskan tuxedo di badan Arif. Kolar dilipat kemas. Susah kalau dapat husband yang tak reti nak pakai in coporate style while wife is office profesional style. Hm langit dengan bumi.

"Ui, pengantin baru. Dah ready?" jenguk Puteri dihadapan bilik bersiap Bella dan Arif.

Bella dan Arif mengangguk serentak. Bella mencapai bunga dan terus berdiri ditepi Arif atas arahan juru gambar.

"Mama Bella!"

Bella berpaling terus melutut dan memeluk anak kecil itu. Alahai rindunya dia ni!

"Qilla rindu mama tak?" tanya Bella. Pipi Qilla dicium berkali-kali.

Qilla mengangguk. "Rindu tapi mummy kata mama Bella busy. Mama Bella busy ke? Kenapa mama dah lama tak bawak Qilla main playground?" tanya Qilla dengan 'slang' pelat dia sikit.

"Qilla! Mummy kata jangan kacau Mama Bella! Mama Bella kan pengantin harini!Nanti uncle Arif marah mummy taknak tolong Qilla!" laung Puteri memanggil anaknya. Haih budak ni.. Bukan boleh percaya. Nanti dia tarik tudung Bella ke, tarik manik dekat baju ke. Haih!

Qilla mencebik. "Ala mummy. "

Bella tergelak kecil lalu mencium pipi Qilla lagi sekali. Comel je dia cebik.

Arif tersenyum melihat betapa rapatnya Bella dengan Qilla. Dia turut melutut. "Qilla rindu Mama Bella ye?"

Qilla mengangguk. Dia kelihatan seperti takut-takut dengan Arif. Tak biasa jumpa dengan Arif kan..

"Janganla takut dengan Uncle. Come here. Nanti uncle dengan Mama Bella bawak Bella main playground eh. " kata Arif lalu terus berdiri membawa Qilla dalam dukungannya.

"Hah, nanti boleh kita keluar bawak Qilla?" tanya Bella, teruja.

"Of course sayang. Plus, i like to see you when you're with kids. Practise to be real mama after this. " kata Arif dengan nada perlahan. Mata dikenyitkan pada Bella.

Bella memukul lengan Arif. Ish chill, seminggu pun belum dah excited nak ada anak. Honeymoon pun tak sempat!

"Korang layankan la sangat Qilla tu. Nanti mengada hari-hari nak jumpa. " celah Iqram yang berada disebelah Puteri.

"Alah aku dah bagi can korang dating ni. Nanti time kitorang bawak Qilla keluar korang pergila date." kata Arif. Matanya masih fokus pada Qilla yang berada dalam dukungannya. Aduh tak sabar pulak rasa nak ada anak comel-comel macam ni!

Bella pula, dia tak sabar nak tunggu anak second Puteri. Alahai comelnya!

"Wah good idea!" kata Iqram lalu tergelak. Puteri, Bella dan Arif juga turut tergelak.

"Ya Allah Ya Rabbi! Gelak apa lagi ni! Abang dengan kakak dah nak kena masuk la!" kata Zulaikha yang baru sahaja tiba.

Arif menurunkan Qilla. "Nanti uncle jumpa Qilla lagi eh. " kata Arif kepada Qilla. Qilla mengangguk lalu pergi kepada mummy dan daddy nya. Malu dengan Arif letuw!

"Jom. " kata Bella. Dia menarik tangan Arif menuju di hadapan pintu masuk dewan. Bella dan Arif akan masuk sendiri. Tiada bridesmates yang mengiringi. Bukan apa, semak gambar plus semua kawan-kawan dah jadi isteri orang and baby bump. Taknak la!

"Pandai awak ambil hati Qilla. " kata Bella sementara tiada arahan untuk masuk dari sesiapa.

"Saya memang suka budak-budak. " balas Arif. Fakta tentang dirinya yang memang tidak boleh diubah lagi.

bestfriend or boyfriend?Where stories live. Discover now