BOB 14

7.8K 458 6
                                    

"Farah, Bella okay ke?" tanya Arif.

Farah mengangkat bahu.

"We,teruk sangat ke aku marah dia?" tanya Arif lagi.

"Takdela teruk. Tapi public." kata Farah.

"Yo yo yo. Kenapa ni?" tanya Saiful yang baru keluar dari bilik.

"Saiful, macam mana nak pujuk perempuan?" soalan Arif ditujukan kepada Saiful pula.

"Kenapa kau tanya aku?" tanya Saiful.

"Yela. Kau selalu pujuk Farah kan. Minah ni kan selalu merajuk." perli Arif.

Farah menjeling. Suka hati je cakap aku selalu merajuk!

Saiful tergelak.

"Kau kene kenal dulu dia macam mana. Baru kau boleh pujuk dia." kata Saiful.

Arif menggaru kepalanya. "tapi aku dah kenal Bella. Nama penuh dia Myra Bella Alana."

"Maksud aku, kau kene kenal hati dia, perasaan dia, dia tu perempuan jenis macam mana. Faham?" jawab Saiful.

Arif mengangguk. Aish susahnya! Bella tu sukar diramal!

"Arif, Bella dia tak sama macam aku. Yes, aku mengaku. Aku kuat merajuk dan aku nak dipujuk. Tapi Bella, dia tak merajuk. Dia marah! Bella tak suka orang terlalu ambil berat pasal dia. Dia tu garang orangnya, tapi ikut time. Takkan la dia nak marah orang sesuka hati. Dia tu terlampau brutal. Aku dengar cerita dari Elina, dia reject semua lelaki waktu sekolah sebab dia nak fokus study." terang Farah panjang lebar.

"Haih complicatednya!" kata Arif.

"Arif, kalau kau nak Bella, kau kene kurangkan poyo. sebab Bella tak suka lelaki yang poyo. Bagi orang lain mungkin poyo itu smart. but, Bella rasa lelaki poyo ni perasan."

"Nasib kau la bro, jatuh cinta dengan orang pelik." kata Saiful.

Farah mencubit lengan sasa Saiful. Sukahati je cakap Bella pelik.

"Dia bukan pelik. She's unique." kata Arif.

Perbulan mereka terhenti apabila Bella keluar dari bilik dan menuju ke dapur.

"Arif, pergila pujuk dia." tolak Saiful.

"Goodluck!" kata Farah pula.

Arif melangkah menuju ke dapur. "Kau nak buat apa tu?"

"Masak." jawab Bella pendek.

Bella membuka telefon bimbitnya. Misi bertanyakan resipi dekat Encik Google!

"Meh aku tolong cuci salmon tu." kata Arif. Salmon dicapai lalu dibawa ke sinki.

Bella membiarkan sahaja apa yang dilakukan oleh Arif. Lantak kau lah!

Tangan Bella laju memotong sayur. Disebabkan dia potong terlalu laju, pisau telah memakan tangannya. "aduh."

"Bella, kau okay?" tanya Arif. Riaknya risau.

"Pergi sambung buat kerja kau la." suara Bella tetapu dingin.

Bella mencuci luka di tangannya lalu sambung memotong sayur.

"Bella.." panggil Arif.

Tiada sahutan.

"Bella.." panggil Arif lagi.

"Kau nak apa?" tanya Bella.

"Aku taktau macam mana nak pujuk kau. Tapi, sorry sebab marah kau tadi." kata Arif.

Bella berpaling menghadap muka Arif.

"Sorry jugak sebab buat kau marah." kata Bella.

Arif tersenyum. Yes yes! Mission done!

...

Bella memandang Arif yang sedang memasak. Pro nya dia!

"Jangan pandang lama-lama. Nanti tergoda." kata Arif.

"Ei perasan." kata Bella lalu tergelak kecil.

Arif juga tergelak.

"Arif, kau macam pernah duduk Japan je?" tanya Bella

"Maksud kau?"

"Yela, kau reti masak masakan Japan, kau pandai cakap Japan ." kata Bella.

"Dulu aku pernah duduk Osaka dengan arwah Nenek aku." kata Arif.

Bella mengangguk. No wonder la! "Family kau orang sini?"

"Takla. arwah Nenek aku duduk sini sebab arwah atok aku kerja dekat sini. Aku duduk dengan diorang sebab parents aku busy." kata Arif.

Bella mengangguk. Dia dapat rasa bahawa Arif kurang kasih sayang dari orang tuanya. Namun, syukur. Arif tidak terlibat dengan gejala yang tidak sihat.

"Dah siap." kata Arif lalu menutup api dapur.

"Suruh Saiful dengan Farah hidang. Kita dah masak dah." kata Arif lalu membuka apron lalu memanggil Saiful dan Farah.

...

"Thanks for the surprised, gais." kata Encik Jack.

"Doyo ni!" kata Arif.

Seketul sushi diambil lalu disuapkan ke mulut Puan Jenny dan Encik Jack.

"Thanks dear." kata Puan Jenny.

Encik Jack mengusap lembut rambut Arif.

Arif tersenyum. Ya Allah, rindunya mama dengan papa!

Bella melihat air muka Arif. Bella tahu, Arif mesti terfikir akan orang tuanya. Sudah sebulan setengah mereka menginap disini, Arif yang paling rapat dengan haha dan Chichi.

'kuatkanlah hatimu Arif!' detik Bella.

...

dictinary!

doyo ni- sama2

bestfriend or boyfriend?Where stories live. Discover now