Bella baring di atas ketil. Sekejap dia berpaling ke kiri, sekejap lagi ke kanan. Tangan kananya diletakkan di atas dahi. Alahai, weekend-weekend ni apa nak buat.
Bella turun dari katilnya lalu melangkah ke meja belajar. Tapi kini, dah jadi meja kerja kerana bersepah dengan file. Nasib baik laptop tak sepah!
Bunga lili pemberian Arif semalam dicapai lalu dihidu. Hmm wanginya! Bella tersenyum apabila teringat 'date' semalam. Arif Arif, ada je modal kau nak buat aku happy.
"Hah berangan. " sergah Amirul lalu masuk kedalam bilik kakaknya. Dia bersandar di tiang katil.
Bella menjulingkan mata ke atas. Budak ni! Suka kacau!
"Pergi belajar la! Sibuk je! Ingatla sikit awak tu nak SPM." bebel Bella. Adiknya seorang itu, tak nampak nervous pun nak SPM. Siap boleh hang out lagi.
"Alah kakak. Lama lagi SPM tu. " kata Amirul sambil lewa.
"Yela haih. Nanti failed menyesal tak sudah. Ni handsome-handsome ni nak pergi mana?" tanya Bella apabila adiknya kelihatan seperti mahu keluar. Adiknya memakai sweat shirt Adidas, Jeans dan lengkap berstokin.
"Nak pergi tengok movie. " jawab Amirul.
"Nak ikut!" kata Bella sambil buat muka comel.
"Orang nak pergi dengan Abang Arif la. Tak malu. " kata Amirul lalu melangkah keluar dari bilik kakaknya.
Bella menjenguk ke arah tingkap. Hmm betulla, kereta Ferari milik Arif ada je kat bawah. Bella merengus . Nak tackle aku tapi bukan nak ajak keluar ke, belanja makan ke ergh. Hm biarla.
Bella mencapai shawl yang berada di belakang pintu lalu disilang kiri dan kanan. Lengan baju yang dilipat diturunkan. Memang dari tadi dia memakai baju T-shirt lengan panjang tetapi lengannya ditarik sedikit.
Bella melangkah menuruni tangga lalu membawa dirinya ke luar. Kelihatan Arif sedang duduk bersandar di keretanya. Apabila melihat kehadiran Bella, Arif terus mengusap rambutnya. Hakalah, poyo! Fikir handsome ke.
Arif tersenyum apabila melihat Bella semakin menghampiri. 'cantiknya minah ni' puji Arif didalam hati. Pertama kali melihat Bella memakai shawl sebegitu. Nampak style!
"Berseri-seri muka. Nak kawin ke. " tegur Arif.
Bella mencebik. Ada je modal nak usik aku.
"Tak jadi kawinla sebab bakal suami aku nak bawak Amirul je keluar. Aku bukan nak ajak. " kata Bella.
Arif cuba menyembunyikan senyuman terlebih dos apabila Bella menggelarnya 'bakal suami'. Dia berdeham beberapa kali sebelum bersuara. "Oh yeke, takpela. Nak tackle kakak, kene tackle adik dia dulu kan. "
"Pandai la kau." kata Bella lalu tergelak.
Arif juga turut tergelak.
"Jom masuk, duduk kat gazebo. Panas la dekat sini, nanti gelap. " ajak Bella.
"Sayang jugak kau dekat aku taknak bagi aku gelap eh. " kata Arif sambil tersengih.
"Takde maknanya. Kau tu memang nampak gelap sikit, berjemur ke apa dengan awek seksi dekat pantai." kata Bella lalu melamgkah menuju ke gazebo.
Arif tergelak. Alahai princess ni. Jeles yang bukan-bukan!
"Aku main bola la. Duduk dekat sini nak sebulan terasa fatty. " kata Arif apabila dia sudah duduk bersila di gazebo.
"Nak air?" tanya Bella. Bukan nak tukar topik tapi dia tiba-tiba haus. Bertekak dengan 'bakal suami' punya pasal.
"Boleh jugak. " jawab Arif.
YOU ARE READING
bestfriend or boyfriend?
Teen FictionI failed on writing sinopsis so read pls (done story) "kalau aku cakap aku suka kau, kau percaya ke?" - arif " aku pun suka kau." - bella " seriously?"- arif "kau kan kawan aku."- bella Ketahuilah kisah cerita persahabatan dan cinta Bella dan Arif...