"Thank you for choosing Malaysia Airlines service. I'm captain Shukri and my assistant, captain Aliff as your pilot today. We're going to Japan. Our distance will take time about 3 untill 4 hours."
Bella tersenyum. Seat belt dipasang.
"Kenapa kau senyum-senyum?" tanya Arif yang berada di sebelahnya.
Memandangkan Farah dan Saiful mahu duduk bersama, terpaksa Bella duduk sebelah mamat ni! Tak rela sungguh!
"Setiap kali pilot cakap, aku mesti bayangkan muka pilot tu handsome." kata Bella.
"Sebab aku nak husband pilot." kata Bella lagi. Pipinya sudah bertukar kemerahan.
Arif hanya tersenyum.
"We.. Memandangkan kau duduk sebelah aku, kau kene tahu satu bende." kata Bella.
Arif membuka matanya. " Apa dia?"
" Aku takut waktu flight naik and mendarat. So, bila muka aku pucat, kau kene faham."
Arif menaikkan keningnya. Pelik betul perempuan ni!
"Bella! Kalau kau takut, Arif kan ada kat sebelah tu!" kata Saiful dari kerusi hadapan.
Bella menjeling Saiful.
"Bella! Dah nak naik." kata Farah pula.
"Arif." panggil Bella perlahan.
"Aku takut." kata Bella apabila menyedari flight telahpun bergerak.
"Tutup mata" kata Arif.
Bella berdiam diri. Tubuhnya sudah kaku. Tidak mahu bergerak.
"Bella? Kau okay ke?" tanya Arif .
Diam. Tiada sahutan.
"Pstt. Farah. Bella ni macam mana?" bisik Arif. Mukannya menunjukkan riak risau.
"Peluk je dia tu. Nanti dia okay la." Kata Farah.
"Weyh!" jerit Arif perlahan. Terkejut dengan kata-kata Farah.
"Main-main je. Bukak jaket kau. Letak atas dia." Arah Farah.
Arif membuka jaketnya lalu diletakkan diatas tubuh Bella.
Dia asyik memerhati Bella sepanjang Flight naik ke atas. Bella kelihatan sangat takut.Arif! Kau ni kenapa? Kenapa kau risau sangat pasal dia ni?
Apabila flight sudah berada di awan biru, Arif menegur.
"Bella.. Bella.."
Bella membuka matanya. "Thanks." kata Bella perlahan.
"Pinjam jacket kau kejap. Please." pinta Bella.
"Kenapa?" Arif memandang Bella,pelik.
Cer kau cakap kau nak pinjam hati aku . Kan senang sikit telinga dengar. Arif ! Wakeup! Apesal kau ni!
"Sebab perfume kau, sama dengan perfume arwah abang aku." kata Bella berterus terang.
Arif terkejut. "Sorry, aku tak tau."
"Takpe. Abang aku meninggal waktu aku umur 12 and waktu tu abang aku 14 tahun. Abang aku sama macam kau. Poyo habis! Tapi dia caring pasal aku . Dia excident dan meninggal di tempat kejadian." kata Bella nafasnya ditarik sebelum meneruskan kata-kata.
Arif mendengar dengan penuh teliti.
" Lepas abang aku meninggal, mak aku trauma. Ayah aku tak bagi aku sentuh barang arwah abang. Ayah aku kata, Ibu aku cuba mengelak bau abang . Waktu pergi shopping mall pun takboleh pergi tempat perfume. So, bila aku bau jaket kau ni. Aku rasa dekat je dengan abang aku. Paling kesian, Amirul. Dia tak pernah jumpa abang dia."
"Sorry Arif, kita baru kenal. Aku dah cerita kat kau macam-macam." kata Bella.
"Takpe. I feel you. Kalau kau nak, sebotol perfume aku bagi ." Arif bergurau, menenangkan hati Bella .
Bella tergelak kecil. "Thanks Arif."
"Kalau aku nak jadi abang Amirul?" kata Arif perlahan.
"Apa dia?" tanya Bella.
"Eh takde apa-apa. Aku cakap, kesian Amirul." kata Arif, berselindung.
"Bella, Arif cakap dia nak mphhhhhhh..." kata-kata Saiful tersekat disitu. Arif menutup mulut Saiful .
"Diamla!" kata Arif.
Tangannya dimulut Saiful dilepaskan lalu duduk kembali.
Farah hanya ketawa.
Bella menggeleng. Macam budak-budak!
Jauh disudut hati Bella, dia mula berasa selesa dengan Arif walaupun ini kali pertama mereka bersua muka.
Bella akui, perangai Arif sangat mirip abangnya. Itu juga membuatkan Bella berasa selesa.Bagi Arif pula, Bella seakan telah mengusik hatinya. Adakah ini love at the first sight? Bella bukan perempuan yang gedik mengejarnya. Malah, Bella pernah memarahinya. Rupa paras Bella? Lawa lagi Elina! Tetapi perwatakan Bella telah menambat hati lelaki Arif. Adakah Bella mampu membuatkan Arif lupa akan kisah silamnya?
...
YOU ARE READING
bestfriend or boyfriend?
Teen FictionI failed on writing sinopsis so read pls (done story) "kalau aku cakap aku suka kau, kau percaya ke?" - arif " aku pun suka kau." - bella " seriously?"- arif "kau kan kawan aku."- bella Ketahuilah kisah cerita persahabatan dan cinta Bella dan Arif...