BOB 32

6.2K 454 15
                                    

"Ayah harap kakak dapat buat keputusan yang terbaik. Jangan terlalu ikut emosi." kata Encik Ramli.

Bella mengangguk. Shawlnya dibetulkan sedikit.

"Ayah takkan paksa kakak." sambung Encik Ramli lagi.

"Thanks ayah." kata Bella.

Puan Zana dan Amirul tidak mengikuti perbicaraan ini kerana Amirul bawah umur dan Puan Razana terpaksa meneman Amirul.

"Boleh masuk ye." kata Peguam keluarga Arif yang bernama Encik Hakimi.

Bella, Encik Ramli, Arif dan Farah masuk je dalam bilik perbicaraan.

Bella disuruh duduk disatu tempat yang dikhaskan manakala Farah dan Arif duduk di tempat saksi. Encik Ramli pula hanya duduk ditempat penonton.

Selang beberapa minit, Umaira masuk kedalam bilik perbicaraan bersama seorang sahabatnya dan Zulaikha.

Zulaikha memberikan senyuman sinis kepada Bella sebelum membalas jelingan abangnya.

Umaira berlagak biasa, pakaiannya juga tidak menunjukkan ciri-ciri mahu menghadiri perbicaraan.

"Encik Hakimi, sementara hakim belum tiba, boleh saya bercakap dengan adik saya sebentar?" tanya Arif, meminta kebenaran.

Encik Hakimi mengangguk.

Arif menarik tangan Zualikha ke hujung sudut bilik perbicaraan. Yang lain hanya memerhati. Bella berdoa didalam hati supaya Arif tidak marahkan Zulaikha. Zulaikha tak salah, cuma fikirannya sudah diracuni.

"What are you doing here?" tanya Arif.

"I just nak bela my kakak ipar to be." jawab Zulaikha,selamba.

"I told you for thousand times that i will never marry her!"

"Do I care? If abang kawin dengan Bella, she will know what she's deserve."

Arif menjeling adiknya. Susahla macam ni!

...

"Encik Hakimi, sila jelaskan tentang kes ini." kata Hakim.

Encik Hakimi mengangguk. "Terima Kasih yang Arif."

Encik Hakimi bangun sebelum meneruskan katanya.

"Psst, Farah, nama aku famous do." bisik Arif.

Farah menjeling Arif yang berada di sebelahnya "Diamla"

"25 Jun 2016.Mangsa, Myra Bella Alana telah dilanggar oleh seorang pelajar kolej MSU dan telah koma selama seminggu. Setelah disiasat, Nurul Umaira telah disyaki melanggar mangsa kerana kereta yang melanggar mangsa adalah kereta milik beliau, iaitu Mini Cooper."

Encik Hakimi berhenti sebentar sebelum menyambung percakapannya. Hakim hanya mendengar dengan teliti.

"Setelah dibawa ke balai polis, Nurul Umaira mengaku bersalah. Mengikut undang-undang, Myra Bella Alana yang akan memutuskan hukuman tetapi pada waktu itu, Bella koma dan warisnya yang memutuskan hukuman."

"Siapa warisnya?" tanya hakim.

"Ayah mangsa, Encik Ramli bin Hassan." kata Encik Hakimi sambil menunding jari ke arah Encik Ramli.

"Okay, teruskan."kata Hakim.

"Encik Ramli memutuskan hal ini dibicarakan apabila Myra Bella Alana telah sedar. Sementara Myra Bella Alana belum sedar, Nurul Umaira dilepaskan. Sekarang Myra Bella Alana sudah sedar. Jadi, harini kita akan mendengar hukuman yang akan dijatuhkan ke atas Nurul Umaira."

"Itu sahaja dari saya Yang Arif, sekian terima kasih." kata Encik Hakimi lalu duduk kembali ditempatnya.

"Okay, Nurul Umaira, sila angkat sumpah sekarang." kata Hakim.

bestfriend or boyfriend?Where stories live. Discover now