BOB 51

6.5K 384 11
                                    

*3 tahun kemudian*

When my siblings and I were small, we would occasionally break things in her house, as small children do. My mother would get cross with us, probaly out of guilt as much as anything, but my grandma would ignore it completely saying, 'It doesn't matter darling. People are more important that things. '

Deringan telefon bimbit memberhentikan bacaan Bella. Bella membuka beg tangannya untuk mencapai telefon bimbit lalu mengangkat panggilan tersebut.

Siapa lagi kalau bukan Farah, bridge to be kita ni! Farah, dah nak kawin ni kerap call. Mesti ada latu nak minta tolong.

"Assalamualaikum, kau kat mana?" tanya Farah.

"Waalaikumusalam. Dekat Terminal Sky Park. " jawab Bella.

"Apa kau buat kat sana?" tanya Farah, pelik.

"Bawak Qilla jalan-jalan. Ni dia tengah main playground. " kata Bella. Matanya dilirikkan kepada Qilla yang sedang seronok bermain gelongsor.

Anak kecil yang berumur lebih kurang 2 tahun itu tidak kurang juga aktifnya. Payah jugakla Bella kawal hehehehe.

"Apa kes main playground dalam Terminal Sky Park hahahahaha." Farah tergelak kecil. Sanggup Bella melayan kerenah budak tu sampai ke Subang .

"Aku main drive je tadi. Taktau nak pergi mana. Then lalu sebelah Terminal Sky Park, Qilla kata dia nak makan McDonalds. Aku pun belok jela hahaha. " Bella juga tergelak kecil.

"Hhahahaha yela. Weyh, nanti teman aku beli cincin tau. Teman jugak. Sebarang alasan tidak diterima, bai. " kata Farah lalu terus menutup panggilan.

Bella memandang telefon bimbitnya yang sudah berskrin gelap. Kepalanya digeleng perlahan. Haih Farah Farah. Nasib baik dalam minggu ni aku free. Selepas habis degree, Bella mengambil pengalaman bekerja dahulu di syarikat ayahnya. Mood belajar balik belum on lagi.

Buku The Rules of Love tulisan Richard Templar disimpan didalam beg tangan. Telefon masih lagi dalam pegangan. Bella tersenyum melihat buku tersebut sebelum menutup zip beg tangannya.

Buku itu pemberian Farah kepadanya 3 tahun lepas. Tidak pernah jemu berpuluh-puluh kali menghabiskan bacaan buku tersebut. Dia sudah jatuh cinta dengan hasil tulisan penulis yang agak terkenal itu.

Bella bangun dari duduknya. Kakinya melangkah menuju ke Qilla yang kini sedang bermain jongkang-jongket. Bahu kanak-kanak itu disentuh. "Jom balik, sayang. Dah petang dah ni." kata Bella sambil melirik jam tangannya.

Qilla angguk lalu turun dari jongkang-jongket. Lambaian diberikan kepada rakan-rakan yang bermain dengannya sebentar tadi.

Bella tersenyum. Senang melihat perilaku Qilla. Mudah mengikut kata dan mudah didekati.

Bella membantu Qilla memakai kasut. Setelah selesai, tangan Qilla dipimpin. "Kita balik okay."

"Haus la,mama. " kata Qilla sambil memegang mulutnya.

Bella tergelak. Alahai Qilla Qilla. "Okay, let's buy some drinks and then kita balik eh? Ke Qilla lapar? Nak makan sekali?"

Qilla menggeleng. "Tak, nak minum je." kata Qilla sambil tersenyum menunjukkan barisan gigi putihnya.

Bella duduk melutut sebentar lalu mencium pipi Qilla. "Okay, let's go."

...

Arif meneliti jam tangannya. Hmm pukul 3 dah. Manala Cik Abang Saiful kita ni. Penat aku tunggu.

Telefon bimbit yang berada di dalam poket seluar dikeluarkan. Pesanan ringkas kepada Saiful dihantar.

'Bro, lamanya kau. '- Arif.

bestfriend or boyfriend?Where stories live. Discover now