BOB 24

6.8K 424 7
                                    

"Siapa bagi spagatthi bolognaise tu?" tanya Arif apabila melihat Bella sedang bahagia menikmati spagatthi kegemarannya.

"Puteri. Dia datang hantar dalam pukul 7 tadi. Lepastu pergi test. Bukan macam kau, orang suruh pergi test tak nak!" kata Bella lalu meneruskan suapan.

Nyummy! So sedap!

Arif menjulingkan mata ke atas. Aku tanya satu soalan je. Dia bagi dua penerangan. Haih Bella Bella! Nasib sayang!

"So? Siapa nak makan Macaroni aku ni?" tanya Arif sambil menayangkan bekas makanan yang berisi macaroni.

"Kejap lagi aku makan la. Dahla, better kau diam.Aku nak makan ni."

"Sedap?" tanya Doktor Amin yang baru sahaja masuk ke dalam bilik.

Bella tersengih. Doktor ni datang wrong timing! Aku nak makan!

Bella menutup bekas spagatthi lalu diletakkan ke tepi.

Arif bangun dari duduknya, memberi ruang buat doktor untuk memeriksa Bella.

"Cik Bella, awak ada sakit kat mana-mana? Sengal-sengal ke?" tanya Doktor Amin.

Bella menggeleng. "Sakit sikit dekat tempat luka. Doktor kene bersyukur dapat patient macam saya. Tak banyak songeh."

Doktor Amin tergelak kecil. "Saya check, awak memang takda benda serious. Rasanya awak dah boleh discharge."

"Yeay!" sorak Bella. Ya Allah! Happynya discharge!

"But, no collage, no outdoor activity, no sport. MC awak dua minggu. Duduk rumah, rehat ye." sambung Doktor Amin sambil mencatat sesuatu.

"Alah! Doktor kata tiada apa-apa yang serious." kata Bella. Bosannya!

"Sebenarnya kami berani dischargekan awak selepas ayah awak beritahu bahawa keluarga awak ada doktor peribadi. Jangan banyak songeh. Nak discharge tak?" kata Doktor Amin. Tak banyak songeh konon!

"Nak." kata Bella, pendek. Hampanya!

"Encik boleh ikut saya untuk uruskan ubat dan lain-lain sementara Cik Bella berkemas?" tanya Doktor Amin kepada Arif.

Arif mengangguk. "Aku keluar dulu. Kau siap cepat. Kalau lambat, balik jalan kaki."

...

"Assalamualaikum!" laung Bella sebaik sahaja sampai dihadapan rumahnya.

"Waalaikumusalam." jawab Amirul lalu menekan butang pintu pagar automatik untuk kakaknya dan Arif.

Bella memeluk adiknya. "Best tak aku dah balik?"

Amirul melepaskan diri daripada pelukan kakaknya "Rimas la!"

Amirul bergegas membantu Arif yang sedang membawa beg dan bekas makanan.

"Teruk la kau ni,kakak. Semua Abang Arif angkat. bla bla bla....." bebel Amirul.

"Aku kan sakit. Kau tolong la."

"Dah sihat dah, sakit apanya." cebik Amirul.

Bella buat derk. Membebel macam makcik!

Arif pula tergelak.

"Kak Yan!" panggil Bella.

Kak Yan adalah orang gaji yang bertanggungjawab membersihkan rumah keluarga Bella. Ayah said, gaji dia sama dengan kerani dekat office. Wow!

"Oh Kak Yan!" panggil Bella lagi.

"Ye, cik." kata Kak Yan yang kini sudah berdiri terpacak di hadapan Bella.

"Tolong sediakan pinggan atas meja, ye. Jangan lupa bancuh air. Saya nak sirap bandung cincau." arah Bella.

Kak Yan mengangguk lalu menuju ke dapur. Puan muda yang baru sihat, kenala ikut cakap!

Bella memeriksa Arif dan adiknya yang sedang berbual dia ruang tamu. Tanpa sedar, senyumannya terukir.

'Amirul, anggaplah dia macam abang kau.... Sebagai pengganti Abang Akmal.' getus Bella.

"Kakak.. Usha siapa tu?"

Bella terkejut lalu melatah perlahan.

"Ibu! Bila ibu ada dekat sini?" tanya Bella.

"Baru je. " kata Puan Zana sambil tersengih. Belakang anaknya digosok perlahan

Bella mengurut dadanya. Nasib baik takde sakit jantung!

"Kalau itu pilihan kakak.. Ibu terima dia sebagai menantu dengan hati yang penuh rela.. By the way, welcome back to our home sweet home!"

...

Bella pusing ke kiri dan kekanan. Kenapa tidur bilik sendiri tak selesa ni? Tula, lama sangat dekat hospital tu!

Bella bangun dari baringnya. Kakinya yang terbalut akibat luka direnung. Haih, Umaira! How dare you!

Kata-kata Puan Zana petang tadi masih terngiang-ngiang dalam kotak memorinya.

"Ibu terima dia sebagai menantu dengan penuh rela.."

Arif? Menantu ibu? Ish merepeknya! Dah la poyo! Ibu ni serious ke?

Tapi... Kalau dah jodoh?

Bella istighfar. Mainan hati ini sangat dusta! Kau belum habis degree lagi Bella! Ingat tu!

Bella baring kembali. Muhammad Arif Syahrin, mohon jangan muncul dalam mimpi aku. Aku nak tidur lena ni!

...

bestfriend or boyfriend?Where stories live. Discover now