Tok! Tok! Tok!
Saiful mengetuk pintu rumah milik Syazwan sudah hampir tiga kali.
"Takde orang pun..." kata Saiful sambil cuba mengetuk pintu lagi.
Farah, Fatin dan Syahira masing-masing mengangkat bahu tanda tidak tahu.
"Sana sana." kata Bella meminta laluan daripada Fatin yang duduk bersandar di rak kasut.
Bella membuka rak kasut tersebut apabila Fatin beredar. Bella memeriksa kasut tunangnya itu satu persatu.
"Apa kau buat?" tanya Farah, pelik.
"Cari kunci." jawab Bella sambil masih memeriksa kasut satu persatu.
"Ada ke orang letak kunci kat situ?" tanya Syahira pula.
"Syazwan la orangnya. Dia malas bawak kunci." jawab Bella.
"Aha! This is!" kata Bella sambil menyerahkan kunci kepada Saiful. Dia menyusun kembali kasut Syazwan yang sudah bersepah tadi.
Well, Bella buat kerja mana pernah nak elok.
"Tak kira menceroboh ke macam ni?" tanya Saiful. Masih ragu-ragu untuk membuka pintu rumah Saiful.
"Dah la kawasan rumah Syazwan ni kaya-kaya. Tak pasal-pasal kena tangkap." sambung Saiful lagi.
"Eiy, takdenya. Dia yang ajak kita datang lunch kan! Tak dikira menceroboh la. Aku tunang dia. Bukak la!" kata Bella. Menyampah mendengar alasan yang dianggapnya budak-budak yang keluar dari mulut Saiful.
Saiful membuka pintu rumah Syazwan dan membiarkan Bella, Syahira, Fatin dan Farah masuk dahulu.
"Takde macam nak lunch pun." respon Fatin dengan keadaan rumah Syazwan yang bersepah.
Takdela bersepah sangat tapi agak bersepah kerana bantal yang sepatutnya berada di sofa kini berada di atas lantai.
Bella dan Farah menjenguk ke arah dapur. Mereka berpandangan. Alat perkakas tersusun kemas. Tidak ada sebarang tanda bahawa Syazwan memasak untuk mereka.
Bella dan Farah kembali ke ruang tamu. "Dia tak masak apa-apa pun." kata Farah.
Kini, mereka semua saling berpandangan antara satu sama lain.
"Maybe Syazwan nak bawak kita lunch dekat luar." kata Syahira yang sedang cuba bersangka baik.
"Ya! And sekarang ni dia tengah bersiap dekat atas. Bella, pergi tengok." kata + arahan daripada Saiful.
"Takkan la awak nak suruh Bella naik sorang-sorang." kata Farah.
"Awak pergila teman dia." kata Saiful. Matanya sedang tekun membaca whatssap yang diterimanya.
"Mana boleh! Kalau kitorang naik, awak kena ikut sebab kena ada lelaki ." kata Farah lagi.
Saiful menjulingkan matanya ke atas. "Semua naik la kalau macam tu."
"Jom jom." kata Bella.
Kelima-lima mereka sedang menaiki tangga untuk menuju ke bilik Syazwan yang berada di tingkat atas.
"Besarnya rumah dia. Untung do kau Bella." kata Fatin.
Bella tersenyum. Sesungguhnya dia lansung tidak memandang harta yang dimiliki Syazwan.
Setibanya di bilik Syazwan, Saiful mengetuk pintu bilik. Keluar Syazwan dengan muka yang terkejut tetapi cuba dikawal dengan senyuman.
"Apa korang buat dekat sini?" tanya Syazwan.
Syazwan kelihatan seperti baru bangun tidur. Hanya bersinglet dam berseluar pendek paras lutut.
"Sayang... Ada orang ke?" tanya Sara yang menjenguk keluar dari bilik Syazwan.
YOU ARE READING
bestfriend or boyfriend?
Teen FictionI failed on writing sinopsis so read pls (done story) "kalau aku cakap aku suka kau, kau percaya ke?" - arif " aku pun suka kau." - bella " seriously?"- arif "kau kan kawan aku."- bella Ketahuilah kisah cerita persahabatan dan cinta Bella dan Arif...