"Miss Myra, husband miss ada dekat luar. " kata PA Bella disebalik pintu. Bella mengangkat kening lalu mengerling jam tangannya. Baru pukul 3:40. Dah kenapa pulak laki aku ni? Rasanya dia baru balik fly to KK, tak penat ke?
"Miss busy ke? " tanya PA yang diberi nama Yana.
"I busy, nak siapkan dokumen ni lagi 1 page." kata Bella. Dia berfikir sebentar. "Hm macamni, you suruh dia masuk bilik Saiful dulu. Kalau Saiful busy, pandai-pandai la dia ye. Ni company ayah mentua dia, takkan la dia tak tau or suruh dia tutor Amirul sekejap pun okay. " arah Bella.
Yana mengangguk. "Ada apa-apa lagi miss?" tanya Yana.
"Bancuhkan I vanilla latte. Mengantuk pulak. " kata Bella. Dia menyambung menakan papan kunci komputer.
Yana hanya mengangguk lalu keluar dari bilik kerja Bella. 1 jam kemudian, Saiful pula masuk dengan fail ditangannya.
"Teruknya kau Bella, biarkan suami dekat luar. " kata Saiful. Fail di tangannya diletakkan diatas meja Bella.
"Siapa suruh dia datang office hour. " respon Bella. Dia masih khusyuk menghadap komputer sambil menekan papan kekunci. Saiful menarik kerusi dihadapan meja kerja Bella lalu melabuhkan punggungnya pada kerusi itu. Fail yang diletaknya tadi dicapai lalu diselak.
"Banyak untung bulan lepas. Bolehla miss myra bagi bonus. " gurau Saiful.
Bella tergelak kecil. "Banyakla kau punya bonus. Kerja pun banyak curi tulang. Mentang-mentangla ayah aku sayang dekat kau. "
"Alah Miss Myra, saya pun teringin nak bawak isteri saya pergi tinggal 4 musim dekat korea. Mentang-mentang suami dia nak bawak." kata Saiful lalu tergelak kecil.
"Suami siapa?" tanya Bella. Kini, matanya fokus memandang kearah mata Saiful.
Saiful menyedari keterlanjuran katanya terus menghadiahkan cubitan pada peha kanannya sendiri. Didalam otaknya mencerna jawapan untuk menyelamatkan rahsia Arif.
"Hm suami.. Suami.. Suami orang la. Takkanla suami kau kot. Eee simpang malaikat 44! Arif tu dahla kedekut!" kata Saiful.
Bella tergelak kecil. Kalaulah Saiful tahu betapa pemurahnya Arif membelanja Bella semasa shoping di Japan haritu, pasti tidak sampai 1 saat Saiful menarik balik kata-katanya. Habis Arif beli semua. Katanya, bukan selalu datang Japan.
"Sukahati je kata suami aku kedekut. " kata Bella. Dia menggerakkan tetikus komputer lalu menekan butang save.
"Banyak lagi ke kerja kau?" tanya Saiful. "Dah siap dah. Nak discuss apa ni?" tanya Bella.
"Nak explain sikit tentang account bulan lepas." kata Saiful. Bella hanya mengangguk dan memberikan 100% fokusnya kepada penerangan Saiful. Bella kalau bab kerja, memang serius! Kalah dato bos besar!
"Okay that's all." Saiful memberhentikan penerangannya apabila jam menunjukkan tepat pukul 5 petang.
"Okay, nanti just pass this fail dekat ayah aku. " arah Bella. Dia menuliskan sesuatu didalam fail tersebut. Fail itu ditutup dan Bella menyerahkan fail itu kepada Saiful.
"Okay. Aku balik dulu eh. Thanks. " kata Saiful lalu bangun dari duduknya.
"Kirim salam dekat Farah. " kata-kata Bella itu Saiful balas dengan satu anggukan.
Apabila Saiful hilang dari pandangan, Bella mengeluarkan bedak padat dari dalam beg tangannya dan menyapukan sedikit bedak padat kemukanya. Setelah puas hati, Bella menggerakkan tetikus lalu menekan shut down. Dia menutup plug komputer lalu bangun dari duduknya.
Bella keluar dari bilik. Kelihatan PA nya juga bersiap-siap mahu pulang ke rumah.
"Balik, miss. " kata Yana, sopan. Memang Bella adalah majikan yang dihormati walaupun pangkatnya tidak lagi setaraf COO atau CEO. Ini kerana, Bella mengambil berat terhadap dan baik hati semua stafnya. Easy to say, Bella adalah head department yang layak dihormati.
YOU ARE READING
bestfriend or boyfriend?
Teen FictionI failed on writing sinopsis so read pls (done story) "kalau aku cakap aku suka kau, kau percaya ke?" - arif " aku pun suka kau." - bella " seriously?"- arif "kau kan kawan aku."- bella Ketahuilah kisah cerita persahabatan dan cinta Bella dan Arif...