"Bella,jom." ajak Farah yang sedang menjenguk di pintu bilik Bella. Bella kelihatan sudah menyarung baju kurung bewarna merah bersama tudung berona merah jambu.
Bella yang dari tadi tunduk kini mengangkat muka dan tersenyum hambar kepada Farah.
Farah melangkah masuk kedalam bilik Bella lalu duduk disebelah sahabatnya itu. Tangan Bella digenggam erat. Air mata yang membasahi pipi Bella disapu lembut.
" Ini jalan yang kau pilih, kau kena redha, bukan?" kata Farah. Mata Bella yang berair ditenung.
"Aku redha tapi redha tu memerlukan kekuatan...." kata Bella. Air matanya menitis lagi.
Farah meraih Bella dalam pelukannya. "Aku tahu kau kuat,Bella."
Puteri,Syahira dan Fatin masuk kedalam bilik lalu turut memeluk Bella. Kini, lima sahabat itu sedang dalam keadaan berpelukan. Masing-masing menyalurkan kekuatan kepada Bella.
Setelah hampir 5 minit, pelukan dileraikan. Bella memandang keempat-empat sahabatnya. Rindunya kepada Arif mula terbit.
"Elina kirim salam. Dia tak larat nak datang. Dah sarat, tunggu masa baby nak keluar je." kata Puteri sambil mengelap butiran jernih di pipi Bella.
Bella mengangguk. Senyuman-nya dikuntum. Rasa gembira pula Elina bakal menjadi ibu tidak lama lagi.
"Jom,kita gerak. Semua dah tunggu dekat bawah." ajak Fatin sambil memegang tangan Bella.
Bella mengangguk lalu bangun dari duduknya. Kekuatannya dikumpul. May Allah, make me strong as before.
"Chup!" kata Syahira.
Semua mata memandang kearah Syahira dengan pandangan yang pelik. "Why?" tanya Fatin.
Syahira menarik tangan Bella lalu mendudukkan Bella kembali keatas katil. Bella hanya menurut dengan muka yang penuh tanda tanya.
"I nak touch up muka you sikit. Nampak pucat lah." kata Syahira sambil mengeluarkan bb cream, mascara, lipstick dan beberapa jenis berus mekap dari dalam beg tangannya.
Semua yang berada disitu tergelak. Bella juga turut tergelak dan membiarkan sahaja brush lembut milik Syahira menyentuh pipinya.
'Thank you Allah because you send them as a good friend and always cheer me up.' kata Bella didalam hati.
...
"Assalamualaikum."
Semua mata yang berada disitu memandang Bella dengan pandangan yang tidak mampu dibaca.
Bella tahu. Mesti mereka semua dalam perasaan yang penuh tanda tanya tetapi Bella menghiraukan sahaja. Senyuman dihadiahkan kepada semua lalu melangkah masuk kedalam rumah milik orang tua Syazwan. Semua kelihatan berbisik sambil memandang Bella.
"Eiy makcik-makcik ni." kata Farah, tidak berpuas hati.
"Tula, rasa nak sound je."kata Puteri pula.
"Ish korang ni, biar jela. Nama pun makcik." kata Bella. Enggan membiarkan perkara menjadi besar.
Bella menyalami tangan Puan Aishah aka Ibu Syazwan. Meleset dari jangkaan Bella, Puan Aishah melayannya dengan sangat baik dan juga meminta maaf atas apa yang sudah berlaku. Bella hanya mengangguk sahaja dan menjawab "bukan jodoh".
Bella dan sahabatnya duduk bersimpuh di satu tempat kosong. Keluarga Bella dan juga Saiful memilih untuk duduk diluar sahaja. Kawasan halaman rumah milik keluarga Syazwan ini sangat indah dan mendamaikan. Bak kata Saiful "Best place for OOTD."
Syazwan yang baru turun dari tingkat atas terkejut melihat kehadiran Bella.Bella yang terasa dirinya diperhati, terus berpaling. Mata mereka bertembung. Bella sempat menghadiahkan senyuman hambar kearah Syazwan sebelum mengalihkan pandangan. Sekali lagi Syazwan terkejut. Nampaknya dia masih lagi sudi beri senyuman kepada aku setelah aku menyakiti hati dia?
YOU ARE READING
bestfriend or boyfriend?
Teen FictionI failed on writing sinopsis so read pls (done story) "kalau aku cakap aku suka kau, kau percaya ke?" - arif " aku pun suka kau." - bella " seriously?"- arif "kau kan kawan aku."- bella Ketahuilah kisah cerita persahabatan dan cinta Bella dan Arif...