BOB 47

6.2K 390 3
                                    

"Seriously?" tanya Arif dengan nada tidak percaya.

Saiful mengangguk. "Betula. Kenapa aku nak tipu kau pulak?"

Arif mengerutkan dahinya.

Saiful pula menggaru kepalanya yang tidak gatal. Haih, susah betul nak percaya. "Balik la bro. Bella perlukan kau." kata Saiful.

Arif menundukkan mukanya. "Bukan taknak balik bro.... tapi....."

"Take your time. Aku tak suruh kau balik esok tapi ingatla. Bella perlukan kau. Orang yang kau sayang dan cinta perlukan kau bro." kata Saiful lagi.

Arif masih diam. Tidak tahu apa yang perlu dilakukan.

"Weyh! Lupa nak bagitau! Aku dah dapat jadi pilot!" kata Arif. Cuba menukar topik. Topi juruterbang di tayang-tayang kepada Saiful.

Saiful tersenyum senget. "Kau jadi pilot tu pun sebab Bella kan? Bella sukakan lelaki pilot kan?"

Arif diam. Cubaannya untuk menukar topik tidak berjaya. Memang topik Bella tidak akan lari walaupun kini dia sudah berada di Amerika.

"Takpe. Aku tak paksa kau." kata Saiful. Terasa bersalah pula. Rakannya itu pergi ke Amerika untuk move on tetapi topik yang dibualkan asyik Bella Bella Bella.

"Bro, apesal gambar kabur-kabur ni? Suara pun tak jelas?" tanya Arif dalam talian.

"Line takdela bro. Okayla, ada masa aku skype kau lagi. Take care bro. Assalamualaikum." kata Saiful.

"Waalaikumusalam.." kata Arif lalu menutup talian.

Arif menutup laptopnya lalu menukarkan posisinya dari menairap kepada melintang. Kepalanya berputar.

'Bella perlukan kau.' kata-kata Saiful sebentar tadi terngiang-ngiang dalam kepalanya.

Perasaannya kini bercampur aduk. Geram, sedih, terluka semua ada! Geram kerana sikap Syazwan, tumpang bersedih untuk Bella. Semua ada!

Arif membuka telefon bimbitnya. Akaun instagram Bella dicari kini terpampang di skrin telefon bimbitnya. Arif menekan butang 'unblock' lalu menghantar direct massage kepada Bella. Ayatnya disusun rapi lalu menekan butang send.

Arif menarik nafasnya dalam-dalam. Bella Bella Bella Bella. Namanya itu bermain di fikirannya.

"Aku pun rindu kau, Bella."
Air mata lelakinya jatuh buat kali yang kedua.

...

"Kakak kena bincang elok-elok dengan Abang Syazwan. Kakak ni emotional la." kata Amirul. Matanya fokus pada PSP yang berada di tangan.

"Kakak tak mintak advised kau. So, diam. Awak tu pergi belajar untuk Pt3 tahun depan lagi bagus." kata Bella. Kepalanya masih terlentok di bahu Puan Zana. Mata? Hmm, panda habis! Macam vempire pun ada! Kalau masuk pemilihan untuk lakonan seram mesti peserta pertama diluluskan!

"Ayah rasa elok kalau kakak pergi tidur dan rehatkan diri. " kata Encik Ramli.

"Situasi kakak macam ni, tak elok untuk membuat apa-apa keputusan." sambung Encik Ramli lagi.

"Ayah...." panggil Bella meminta simpati. Sungguh, dia buntu!

"Pergi tidur kakak. Yang penting doa banyak-banyak. Inshaallah Allah bagi ketenangan dan petunjuk yang paling terbaik untuk kakak." kata Puan Zana pula.

"Kakak rindu Arif..." kata Bella dengan suara yang perlahan tetapi masih dapat ditangkap oleh telinga tiga orang yang terpenting dalam hidupnya.

"Salah ke kakak rindu dia, ayah?" tanya Bella.

bestfriend or boyfriend?Where stories live. Discover now