"Bella!! Omaigad!!" teriak Puteri lalu terus memeluk Bella.
Bella membuat muka pelik tetapi pelukan Puteri dibalas. Orang yang tengah baby bump macam Puteri ni memang agak pelik sikit.
"Kau nak kahwin dah, omaigad happy nya! Come gais, friendship huge!" panggil Puteri dan kini Farah, Fatin, Elina dan Syahira sama-sama memeluk Bella.
Selang beberapa minit, pelukan dileraikan. "Habis rosak tudung aku. " kata Bella lalu tergelak kecil. Dia memandang cermin lalu membetulkan sedikit tudungnya. Rakan-rakannya turut membantu.
"Geng, our plan from 23 years old success kan. " kata Farah sambil mengenyit mata.
"Plan from 23 years old?" tanya Bella pelik.
"Takdelah. Cepat-cepat betulkan apa yang patut." kata Puteri, masa ni la nak throwback. Pukul berapa dah ni!
Bella mengangkat bahu. Dibiarkan sahaja rakan-rakannya membetulkan tudungnya. Siapa suruh main peluk-peluk tadi!
"Okay girls! Take position! " kata abang photographer.
Masing-masing kini berdiri menghadap kamera kecuali Bella yang hanya duduk diatas kerusi. Sempat lagi dia mencapai bunga lili yang diikat kemas diatas meja solek.
"Okay, 1...2...3..., one more, 1..2..3.. Nice. " kata abang photographer tersebut.
"Erm bang, crew abang lagi sorang ada ambil gambar Arif kan?" tanya Bella.
"Ada ada. Dia dah gerak sebelum abang dah. " kata photographer itu.
Bella mengangguk.
"Eh, dah siap dah? Jomla gerak. " kata Puan Zana yang terjengul di pintu bilik.
"Ha dah ibu. Jom la korang. " kata Bella lalu bangun dari duduknya. Dia melihat cermin buat kali yang terakhir.
"Abang naik kereta abang je. Dah sampai masjid baru abang shoot gambar balik eh. " kata Bella. Photographer itu hanya mengangguk lalu turun kebawah.
"Mana kasut aku?" Bella memandang Fatin. Dia suruh Fatin pegang kasut waktu dia disolek oleh makeup artist tadi.
"Ada. Dalam kereta aku. Kau nak naik kereta siapa?"
"Kasut ada dalam kereta kau. Aku naik kau jela. " kata Bella lalu keluar dari bilik setelah memastikan semua suis ditutup.
"Ibu! Kakak naik dengan Fatin je, kasut kakak ada dalam kereta dia. Erm, Farah. Kau naik kereta parents aku eh. " kata Bella.
Farah mengangguk lalu pergi menaiki kereta Encik Ramli sebelum kereta itu meluncur dahulu meninggalkan halaman rumah Bella.
"Yang lain semua satu kereta?" tanya Bella.
Semua mengangguk. Bella memeriksa pintu rumah buat kali yang terakhir lalu masuk kedalam kerera Fatin.
Kini, kedua-dua buah kereta sama-sama meninggalkan halaman rumah Bella.
Bella menyarung kasutnya apabila dia duduk disebelah tempat pemandu. Apabila sudah siap, Bella membaca surah bagi menenangkan hatinya yang sedang nervous. Ibu kata, jangan negatif. Ini perkara normal bagi sesiapa yang mahu berkahwin.
Fatin merendahkan suara radio apabila melihat Bella sedang terkumat kumit membaca surah. Tidak mahu mengganggu bacaan Bella.
...
"Nervous eh bro. " usik Saiful apabila melihat Arif kehulur-kehilir. Mereka sudah sampai dimasjid sebelum waktu asar. Memang terpaksa la menunggu Bella yang harus solat asar, bersiap lagi. Fuh!
YOU ARE READING
bestfriend or boyfriend?
Teen FictionI failed on writing sinopsis so read pls (done story) "kalau aku cakap aku suka kau, kau percaya ke?" - arif " aku pun suka kau." - bella " seriously?"- arif "kau kan kawan aku."- bella Ketahuilah kisah cerita persahabatan dan cinta Bella dan Arif...