Bella memandang kotak hadiah yang terletak di tepi mejanya. Setiap kali dia melihat kotak itu, hatinya sebak walaupun Arif sudah meninggalkan bumi Malaysia hampir 3 bulan.
Bella memejamkan matanya. Mengelakkan air matanya untuk jatuh lagi.
Harini, Bella tekad. Dia tidak mahu menangis lagi. Dia sudah penat menangis dan bersedih hari-hari.
Bella mencapai kotak hadiah tersebut. Bella bangun dari duduknya lalu mencapai patung beruang yang terletak elok di atas katilnya.
"Kenapalah comel sangat haih." kata Bella sambil memicit micit pipi patung beruang itu.
Bella melihat patung beruang itu lalu tersenyum sendiri. Inilah hadiah idamannya. A big teddy bear. Or maybe people should say 'giant bear' because it's too big!
Bibirnya meniti senyuman yang kecil. Tidak sangka pula Arif yang memberikannya hadiah ini. Tiba-tiba, Bella terasa satu perasaan muncul pada benaknya.
Rindu.
Ya! Dia sangat rindu. Rindu akan whatssap Arif setiap pagi apabila dia bagun dari tidur, rindu akan rungutan Arif apabila dia membalas whatssap itu lambat, ya dia rindu! Tersangat rindu!
Bella menarik nafasnya dalam-dalam. Kedua-dua tangannya diletakkan di dada. "Arif, from now on. Aku akan jadi macam kau nak! Aku akan bahagia macam kau nak!"
"Kau cakap dengan siapa kak?" tanya Amirul disebalik pintu bilik Bella.
Bella menurunkan tangannya. Pipinya sudah kemerahan.
Amirul sudah tergelak sambil memegang perutnya. Haish, kakak aku berangan rupanya HAHAHAHA.
"Ish, kau nak apa masuk bilik kakak?" tanya Bella. Enggan membiarkan dirinya digelakkan Amirul.
"Nak tengok kakak berangan HAHAHAHAHAHAHA." kata Amirul. Gelaknya masih belum berhenti. Lagi-lagi apabila melihat muka Bella semakin merah.
"Eiy!" Bella bangun dari duduknya dan menolak Amirul keluar. "Ish, keluar la."
"Okay, adik tak gelak dah." kata Amirul sambil menarik nafas menahan gelak.
Bella memeluk tubuhnya. "What do you want little brother?"
"Jap. Adik banyak gelak tadi dah lupa dah apa nak cakap. "
Bella menunjal kepala adiknya.
"Sakit la kak!" rungut Amirul.
"Lain kali, sengal tu kurangkan." kata Bella.
Amirul masuk kedalam bilik Bella. "Kakak nak buat apa dengan barang-barang semua ni?" kata Amirul sambil menunjukkan deretan barang-barang yang tersusun di atas meja belajar kakaknya.
"Nak balut." jawab Bella.
"Adik tak suruh kakak buat kelakar kat sini."
"Kakak tak buat kelakar. Betulla. Barang tu semua Abang Arif bagi dan belanja. So, kakak nak balut cantik-cantik dan simpan as a memories." kata Bella.
Amirul mengangkat patung beruang. "Yang ni macam mana nak balut?"
"Yang tu tak balut. Peneman kakak tidur ni." Bella mengambil patung beruang di tangan adiknya lalu diletakkan di atas katil.
"Kakak sayang eh Abang Arif."
"Gila tak sayang." kata Bella perlahan.
"Eiy! Kakak ni. Nak cakap bangang, kakak pandai! Kalau sayang buat apa pergi tunang dengan Abang Syazwan!" marah Amirul.
Sekali lagi, kepala Amirul ditunjal oleh Bella. "Kau diam. Adik tu baru form3. Jangan kata SPM, PT3 pun tak lepas lagi ada hati nak cakap soal perasaan. Pergi belajar sana!"
"Kakak jugak cakap otak adik 51."
"Dua beradik ni buat apa dekat sini ni?" tanya Puan Zana yang baru memasuki bilik Bella.
"Tah. Dia ni, nak cakap pastu lupa. Sengal." kata Bella sambil menundin jari kepada Amirul.
Amirul tersengih. Sebenarnya bukan dia lupa pun. Sengaja, tengok mood kakaknya baik harini, borak la kita.
Puan Zana menggeleng-gelengkan kepala. "Ibu suruh adik panggil kakak turun."
"Kenapa? Jangan cakap yang ibu suruh kakak siang ikan lagi." kata Bella sambil menunjukkan muka takut.
Puan Zana dan Amirul tergelak. Teringat pula waktu Bella sedang belajar menyiang ikan dan hampir pengsan kerana melihat darah.
Bella mencebik. "Jangan la gelak."
"Takdela. Kawan-kawan kakak ada dekat bawah tu. Pakai tudung, Saiful ada." pesan Puan Zana.
Bella mengangguk. "Okay. Ibu dengan adik keluarla. Nak tukar baju lengan panjang."
Amirul dan Puan Zana mengangguk lalu keluar dari bilik Bella. Bella membuka almarinya. Sehelai baju lengan panjang dicapai dan disarung. Tudung pula dililit biasa. Alah turum bawah je!
Setelah selesai, Bella melangkah menuruni tangga dan menuju ke ruang tamu.
Bella bersalaman dan bercium pipi dengan Farah, Fatin dan Syahira. Senyumannya dilontarkan kepada Saiful. Teringat pula Puteri dan Elina. Bila sudah berkahwin dan mempunyai tanggungjawab yang besar, kedua sahabatnya itu jarang nampak muka. Maklumla, nak keluar kena minta izin suami.
"How are you today?" tanya Farah sambil memeluk bahu Bella.
"Today is new me! " kata Bella sambil tersenyum menampakkan giginya.
Farah, Fatin, Syahira dan Saiful menarik nafas lega. Akhirnya, tiga bulan barulah Bella memberikan mereka senyuman yang ikhlas.
"Kitorang datang sini actually nak ajak kau pergi makan rumah Syazwan. Dia masej kitaorang suruh lunch dekat sana." kata Saiful.
Bella mengangkat kening. "Dia tak ajak aku pun."
"Kau yang tak on phone kan." celah Fatin.
Bella bangun dan naik keatas untuk mengambil telefon bimbitnya yang berada di dalam bilik. Langkahnya kini menuruni tangga dan duduk kembali bersama rakan-rakannya di ruang tamu.
'Saya ada masak untuk lunch! Datangla tau.'-Syazwan.
"Kak Yan! Tolong ambilkan handbag saya. Penat la naik!" arah Bella kepada orang gajinya.
Kak Yan yang berada diatas, turun kebawah apabila sudah mengambil beg tangan Bella.
Bella mencapai beg tangannya. "Thank Kak Yan."
"Jomla." ajak Bella.
"Okay jom. Bawak satu kereta muat kan?" tanya Saiful.
"Muat je." kata Farah.
Bella melangkah ke belakang rumah lalu mendapatkan Puan Zana yang sedang membelek pokok bunganya. "Ibu, kakak pergi lunch dengan diorang dekat rumah Syazwan."
"Jangan balik lambat." pesan Puan Zana.
Bella menyalami tangan ibunya. "Okay bai."
Bella kembali ke ruang tamu.
"Okay, lets go."
...
YOU ARE READING
bestfriend or boyfriend?
Teen FictionI failed on writing sinopsis so read pls (done story) "kalau aku cakap aku suka kau, kau percaya ke?" - arif " aku pun suka kau." - bella " seriously?"- arif "kau kan kawan aku."- bella Ketahuilah kisah cerita persahabatan dan cinta Bella dan Arif...