BOB 75 ❤LAST❤

8.3K 453 32
                                    

1 tahun kemudian.

Bella berjalan perlahan-lahan menyusuri Nami Island. Tangannya diletakkan kedalam poket kot. Sejuk teramat!

Dia menghayati pemandangan Nami Island. Sesekali melihat orang yang mengambil gambar.

Bella menyanyi kecil. Entah kenapa didalam nyanyiannya dia menyanyikan lagu Spring Day yang dinyanyikan oleh Bangtan Boys. Kumpulan Kpop yang sangat dikenali diserata dunia.

"Bogoshipda..Bogoshipda.."

Bella berhenti menyanyi. Rindu siapa? Rindu Malaysia! 1 tahun dia menetap di Korea membuatkan dia rindu teramat sangat! Tidak sabar pula rasanya menunggu lusa. Lusa dia akan pulang ke Malaysia. Walaupun gembira mahu pulang ke Malaysia, dia mengaku. Dia juga pasti merindui Korea.

Lamunan Bella terhenti apabila satu tangan memeluk bahunya. Bella memandang muka itu. Lama. Sangat lama. Cintanya terhadap lelaki itu tidak akan terpadam malahan semakin kuat.

Disebabkan lelaki itu jugalah, dia dapat mencapai impiannya. Impiannya adalah tinggal di Korea selama setahun dan merasai pengalaman 4 musim iaitu musim sejuk, musim panas, musim salji dan musim luruh. Bella sudah melalui musim-musim tersebut apabila dia 1 tahun di Korea atas usaha lelaki yang amat dia cinta.

Arif Syahrin. Lelaki ini amat penuh dengan rahsia dan kejutan tetapi semuanya adalah untuk mengembirakan seorang wanita yang bernama Myra Bella Alana. Isterinya.

Bella tidak tahu dimana Arif dapat tahu tentang impiannya.
Bella tidak tahu bagaimana Arif menguruskan segalanya untuk ke Korea.
Bella tidak tahu bagaimana Arif dapat tiket Greet And Meet Lee Min Ho yang mereka pergi pada bulan lepas.
Bella tidak tahu bagaimana otak Arif memproses mahu membawanya kesini kerana Arif memang tak minat Korea!
Ya, semua itu Bella tidak tahu.
Tapi yang Bella tahu, Arif tidak pernah berhenti untuk mengembirakan hatinya .

Teringat pula Bella akan reaksi tahun lepas semasa mahu ke Korea. Haru!

...

Setahun yang lepas. Flashback

"Awak cakap dengan saya sekarang, kita nak pergi mana?" tanya Bella. Kakinya terus melangkah untuk menyaingi langkah Arif yang agak laju.

"We want to feel summer, spring, winter and rainy. So, shut up. " kata Arif. Dia sedang menguruskan segala kemasukan mereka berdua untuk ke sana.

Bella hanya menjeling. Tah pape tah! Nak bawak pergi holiday surprised surpried pulak. Eeee!

Arif memegang passport dan tiket miliknya dan milik Bella dengan kemas. Excited!

Bella pula hanya memimpin tangan Arif. Malas bertanya lagi. Bukan Arif nak jawab pun!

Sebelum mereka berdua menaiki kapal terbang, Arif menghulurkan sehelai winter coat yang. bewarna dark purple kepada Bella. "Pakai. We're going to a really really cold country. " arah Arif. Dia juga sedang menyarungkan winter coat pada badannya.

Bella hanya menyarungkan winter coat tanpa sebarang suara kemudian menyumbat earphones pada telinganya. Enggan berbicara dengan Arif. Merajuk.

Arif hanya membiarkan sahaja. Tidak sabar mahu melihat ekperasi Bella.

Bella dan Arif masuk kedalam kapal terbang dan duduk di seat masing-masing. Memandang Arif memilih flight bussines class, keadaan sedikit lenggang dan menyelesakan Bella.

Bella menyandarkan diri pada seat. Dia sedar kapal terbang sudah berlepas tapi masih tidak mahu bercakap dengan Arif. Pengumuman daripada juruterbang yang bertugas juga diendahkan kerana dia memakai earphones. Bella memejamkan matanya. Inilah Bella. Naik flight je mesti mengantuk!

bestfriend or boyfriend?Where stories live. Discover now