KIM BYUL melihat rantai liontin biru itu dengan lama.
Tangan kecilnya bermain-main mengusap rantai itu. Dia melihat ibunya datang ke arahnya. Laju sahaja tangan kecil itu menyorokkan rantai itu dibelakangnya.
"Byul bagi omma cepat!"
Byul mencebik dan dia terpaksa menyerahkan rantai itu. Terus membesar mata Puan Kim melihat satu-satunya anak tunggalnya dapat menyentuh rantai liontin biru itu.
"Mana kamu ambil ni Byul?"
"Rantai ni tiba-tiba jer dekat Byul? mana Byul tahu omma?"
Terang lagi bersuluh anak dia merupakan waris yang seterusnya untuk menjaga liontin biru ini selepas dia tiada nanti.
"Sayang berkemas cepat! Kita tiada masa sekarang ini?!" Puan Kim mula mengambil baju yang telah dia sediakan dahulu dan menyerahkan kepada suaminya.
Bergegas mereka sekeluarga meninggalkan rumah sendiri. Malangnya puak serigala hitam sudah dapat mengesan lokasi mereka sekeluarga. Jadi mereka perlu bertindak dan pergi.
"Saya risau dengan keselamatan Byul"
Puan kim melihat Byul dari cermin kereta yang sedang sibuk bermain dengan anak patungnya. Dia risau sangat kalau Byul tercedera.
"Awak dah beritahu adik awak?" Tanya suaminya dan puan kim mengangguk kecil.
Adik kandungnya Jihyun sedang menuju pulang ke korea selepas mendapat berita ini daripadanya. Tiba- tiba satu bayang hitam melimpasi kereta mereka dalam sekelip mata. Mereka berdua terkejut dan rasa takut.
"Omma appa.."
Byul mula rasa takut dan ingin menangis.
"Senyap byul!"
Byul mula mendiamkan diri selepas ditegur oleh ayahnya. Tiba-tiba kereta mereka dilanggar dari tepi dengan kuat.
Lama kelamaan kereta itu ditolak ketepi. Tanpa membuang masa puan kim mula memakaikan liontin biru itu di leher Byul supaya anaknya selamat.
Dalam sekelip mata kereta itu jatuh menjunam ke bawah.
"ARGH!!"
Byul mula membuka matanya. Dia melihat ibu dan ayahnya dalam keadaan yang amat parah kecederaannya. Segera dia berlari ke arah mereka.
"Appa!"
Byul mula menangis dan dia cuba mengerakkan tubuh ayahnya yang langsung tidak memberi respon itu.
"Omma!"
Puan kim tersenyum lemah melihat Byul. Satu satunya anak kesayangan dia. Dia mengusap pipi Byul dengan lembut. Mungkin ini kali terakhirnya dia akan melihat Byul selepas pergi dari dunia ini. Masanya tinggal sekejap sahaja.
"Maafkan omma sebab tak bersama kamu sampai kamu besar Byul. Omma harap kamu sihat sentiasa dan pandai jaga diri.Byul janji dengan omma yang Byul akan jaga baik-baik rantai ini sebab dia penting. Ini melibatkan hidup kamu juga sayang"
YOU ARE READING
[C] BLUE EYES + Kim Taehyung
Fanfiction"I love it when you look at me, with those eyes of ocean blue, i love it when you say my name, our love strong and true, i love it when you hold me close, i miss you in my arms, i need your arms around me to protect me from all harm. I love you" BLU...