18♤

5K 605 41
                                    

Tuan kim dan datuk kim muncul di hadapan jaehyun dan tuan jung. "ingatkan dah lari tadi"perli tuan jung sinis. "Apa kau nak hah?! sampai serang puak golden werewolf dekat sini?!".

"Hoi orang tua mulut tu jaga sikit. Hormat sikit dengan appa aku!"tegur jaehyun berani. Datuk kim hanya tersenyum senget. "baguslah anak sama je dengan bapa dia. Dua-dua syaitan dan dua-dua berlagak hebat".

"Apa motif kau datang sini? sedangkan puak aku langsung tak serang korang!"tengking tuan kim bila-bila masa dia boleh mengeluarkan kuasanya menyerang mereka.

"motif? kami nak liontin biru tu! serahkan liontin tu baru kami pergi secara baik"ujar jaehyun memberitahu niat asalnya. "langkah mayat aku dulu sebelum kau sentuh cucu aku!"datuk kim menganggap byul sebagai cucunya sendiri.

"HAHAHAHA bila masa manusia selemah tu jadi cucu kau hah?! jangan nak mengarut boleh tak?! serahkan byul pada kami!"tengking tuan jung.

"langkah mayat aku dulu orang tua"cabar datuk kim.

Mula lah tuan jung menyerang datuk kim. Mereka menyerang antara satu sama lain dengan pantas. Manakala nct127 bersama jaehyun menyerang tuan kim. Puan kim juga terlibat sama. Jihyun dan nenek kim hanya memerhati mereka dari jauh.

Tuan kim kesakitan. Segera puan kim menghampiri suami nya itu. "sayang awak okay tak ni?!"nampak raut wajahnya yang risau. Jaehyun dan nct127 ketawa besar. "Kau ingat kau boleh lawan orang-orang muda macam kami ni?"ujar yuta sombong.

Membulat mata jaehyun melihat tuan jung terhempas teruk. "appa!!"jaehyun geram lalu menyerang datuk kim habis habisan. Nct127 juga bertarung bersama. Datuk kim mula hilang tenaga nya tapi dia tetap juga lawan.

"baik awak semua pergi!"tengking datuk kim. Datuk kim juga tak sangka jaehyun kuat seperti tuan jung. Apabila jaehyun ingin menyerang tiba-tiba mereka semua terdengar satu tepukan gemuruh dari arah tangga.

Taehyung menepuk tangannya sambil turun tangga dengan bergaya. Semua orang memerhati nya pun turut terkejut dengan imej taehyung yang berlainan sebelum ini.

"kenapa taehyung ni lain je aku tengok?"tanya taeil. Yang lain hanya diam. "ALPHA" sebut datuk kim perlahan. Tuan jung mendengarnya turut terkejut. "Anak kita dah awake macam mana ni sayang?"tanya puan kim risau.

Taehyung melihat mereka satu persatu lalu tersenyum senget. "kenapa terkejut tengok aku?"tanya nya sambil tergelak sinis. "puas bertarung sampai tak sedar siapa dekat sini paling berkuasa? ke tak sedar diri?"nct127 mula memandang antara satu sama lain.

"Taehyung cuba bawa bertenang..
"pujuk tuan kim lembut. Dia tahu bila-bila masa alpha ni boleh mengamuk sampai mereka juga kena tempiasnya. "Jangan nak arah aku sesuka hati walaupun aku tahu kau tu appa aku. Aku still hormat kau" tuan kim tahu taehyung yang dahulu mungkin sudah tiada.

"Alpha sekarang kamu lah tuan kami!!"tuan jung berlari ke arah taehyung lalu melutut di depan taehyung. "appa! buat apa ni?!"jerit jaehyun dan dia tak sangka tuan jung sanggup melutut depan musuh.

"Jaehyun kamu kena hormat tuan baru kita ni!"arah tuan jung. "apa yang appa merepek ni?! jae tak kan sesekali melutut depan dia?! dia musuh jae!!"bantah jaehyun sepuas hati. "nct127 serang dia!"arah jaehyun.

"Jangan Jaehyun!!"jerit tuan jung. Johnny dan yuta menyerang dari belakang. Taehyung yang melihatnya hanya tersenyum sinis. Bagi dia ni perkara senang di buat kepada budak-budak mentah macam ni. Terus dia mencekik leher johnny dan yuta serentak. Dia mengangkat kedua duanya ke atas.

Ahli nct127 tergamam terus berhenti menyerang taehyung. "aku kira sampai tiga kalau korang tak melutut juga depan aku!! kawan-kawan kau mati!"ugut taehyung. Semua orang melutut kecuali jaehyun seorang yang tidak mahu mendengarya.

"Jae!! kau nak biarkan ke johnny dan yuta mati hah?!"taeyong cuba menarik tangan jaehyun supaya melutut. "jae dengar cakap appa. Kalau jae tak melutut kita semua akan mati nanti. Ni bukan taehyung yang dulu. Dia alpha jae dia alpha. Jae tak ingat appa pernah cerita mengenai alpha"pujuk tuan jung.

Jaehyun akhirnya melutut dengan terpaksa. Dia rasa dirinya lemah dan tak berguna. Taehyung melihat perkata itu hanya ketawa dan melepaskannya johnny dan yuta serentak. Johnny dan yuta memegang leher masing-masing. Ada kesan merah di leher mereka.

Mereka berdua juga ikut bersama yang lain. "ingat! aku tuan baru korang. Ingkar arahan aku lorang tahu kan apa balasannya?"mereka semua mengangguk. Datuk kim dan tuan kim tak boleh berbuat apa-apa selain mengikut arahan taehyung.

Tiba-tiba ada gelombang warna hitam muncul. Kelihatan empat lelaki dan dua orang perempuan keluar dari situ. Datuk kim tahu mereka siapa. Mereka bertujuh ialah orang setia alpha dari zaman dulu lagi. Mereka bertujuh tak pernah mati dan kekal muda.

Tetapi mereka bertujuh akan dikurung di suatu tempat apabila alpha hilang dan belum muncul lagi. "Freedom!!!"jerit seorang lelaki memakai jaket berkulit hitam. Dia seorang yang aktif dan liar. Di kenali sebagai Joe. Mempunyai rupa paras yang kacak tetapi dia ialah vampire yang suka menghisap darah manusia sesuka hati.

"Alpha lama tak jumpa kau bro?!"ditepuknya belakang taehyung. "sana lah kau!"tolak taehyung kasar. Dia tersengih. Dua orang gadis yang berpakaian seksi warna merah dan biru merupakan kembar tidak seiras.

Mereka berdua mempunyai sifat dan perangai yang sama iaitu licik, suka menggoda dan pandai menyihir. Dikenali sebagai Belle dan bella. Mereka berdua adalah ahli sihir yang licik dan kedua duanya menyukai alpha.

Mereka berdua mencebik apabila taehyung memberi amaran supaya tidak mendekatinya. Dua orang lagi ialah lelaki werewolf sama sepertinya tapi mereka berdua unik. Kekuatan mereka tiada tandingan kecuali alpha sahaja mereka tidak kalahkannya. Dikenali sebagai wojin dan hajoo.

Terakhir sekali paling bahaya antara mereka semua dikenali sebagai luke. Dia ialah demon. Satu satunya demon yang tinggal di dunia ini. Dia sentiasa memakai jubahnya yang bewarna merah dan dia memakai topeng.

Mereka semua berdiri di belakang taehyung. Mereka semua memanggil taehyung ialah alpha.

"Taehyung kau?!"jhope dan suga yang baru sampai terkejut melihat semua yang terjadi. Dengan pantas suga menyembunyikan bola tersebut di dalam bajunya.

"wojin! hajoo! tangkap mereka sekarang!"arah taehyung. "kita kena beredar dari sini!!"ujar suga. Tetapi mereka berdua dihalangi wojin dan hajoo. Mereka berdua terpaksa bertarung.

Suga menarik jhope ke suatu bilik. Sekejap sahaja mereka berdua cedera dengan teruk kerana lawan mereka terlalu kuat. Segera suga meleparkan bola tersebut dan teleportasi ke tempat byul dan bts tadi.

Wojin dan hajoo menghampiri taehyung. "maaf alpha mereka dah lari. Mereka ada bawa bola teleportasi"terang hajoo. Taehyung hanya mengangguk. "aku yakin mereka semua akan muncul kembali"ujarnya sambil senyum sinis.

🌼🌼🌼

Jangan lupa vote tau!

Fighting

TBC

[C] BLUE EYES + Kim TaehyungWhere stories live. Discover now