"Cakap dengan byul hal sebenar!!!"
Semua orang memandang ke arah suga dan eunwoo baru sahaja masuk ke dalam ruang tamu. Suga menarik kasar coat baju eunwoo menghampiri mereka semua lalu melepaskannya dengan kasar.
"kenapa ni?"tanya byul lalu bangun dan diikuti oleh taehyung sekali. Eunwoo hanya diam dan dia elakkan diri daripada memandang byul. Suga mendengus geram. "aku dapat tahu yang eunwoo nak buat kerja bodoh nak pergi tempat minho seorang diri padahal kita semua rancang nak pergi malam ni? dia saja nak tempah maut aku rasa"kata suga lalu merenung tajam ke arah eunwoo.
"kau kenapa eunwoo?"jin mula bangun dan menghampiri eunwoo yang masih lagi mendiamkan diri. Anna yang melihat dari jauh mampu diam dan dia takut rahsia mereka berdua terbongkar. Tiba-tiba byul teringat sesuatu yang minho beritahu yang eunwoo ada kaitan dengan jihyun.
"eunwoo boleh aku tahu yang kau tahu apa-apa pasal aunty jihyun sebab sebelum aku pengsan minho cakap kau tahu sesuatu"terus eunwoo mengangkat mukanya. Anna mula cuak dan tapak tangannya mula berpeluh.
"aunty anna okay ke?"tanya taesa tiba-tiba melihat kelakuan anna yang agak pelik baginya. Anna hanya mengangguk laju dan cuba menyembunyikan rasa gemuruhnya.
"beritahu cepat eunwoo sebelum aku ceritakan semuanya"keras sekali nada suga menyuruhnya. Eunwoo melihat semua orang memandangnya dan byul yang perlukan jawapan daripadanya. Tapi dia takut byul akan membencinya. Dia mula mencari kelibat anna. Anna mengelengkan kepalanya dan eunwoo dapat lihat yang anna cuba menahan dirinya daripada nangis.
Dia tahu anna tidak menyuruhnya memberitahu byul hal sebenar. "cha eunwoo!" suga pula tak sabar dan tak puas hati. Dia juga tak sangka eunwoo sanggup berbuat begitu. Dia mendengar jelas perbualan antara anna dan eunwoo berkaitan dengan byul dan aunty jihyun.
"Sebenarnya aunty jihyun dah mati tapi min-minho hidupkan semula aunty jihyun" membesar mata semua orang mendengarnya. Terus byul mendekati eunwoo dengan cepat. "apa maksud kau ni eunwoo?!! aku tak faham!!"taesa dan taewon melihat semua itu dan tidak faham apa yang berlaku.
"kau ingat masa kau bawa mayat aunty jihyun. Kau suruh aku kebumikan aunty jihyun tapi aku tak buat byul. Aku terpaksa serahkan mayat aunty jihyun dekat minho disebabkan satu perjanjian aku dengan minho dah buat. Tapi ini demi keselamatan kau byul!! aku terpaksa!!"eunwoo menjelaskannya satu persatu.
"aku ingatkan minho dah janji yang dia tak ganggu kita semua lagi tapi tiba-tiba dia culik aku. Aku tengok yang minho hidupkan semula aunty jihyun sebagai vampire dengan nama lee jihae. Aku cuba hentikan perbuatan minho tapi aku tak berdaya byul. Aku tak sangka minho buat perkara kejam macam tu. DIA CUBA NAK BUNUH KAU?! aku tak tahu sebab apa"
"Tapi byul aku buat semua ini demi keselamatan kau dan kita semua. Aku minta maaf byul aku betul-betul minta ma--"
PPANG!!
Satu tamparan kuat diberikan pada eunwoo daripada byul. Eunwoo tergamam dan dia melihat air mata byul mula jatuh. "byul mianhae aku bukan sengaja"rayu eunwoo.
"kau tipu aku hidup-hidup cha eunwoo?!!!"
"kau penipu!!"
"pengkhianat!!!"
"aku ingatkan kau kawan baik aku CHA EUNWOO?!!"
"sanggup kau buat aku macam ni?!!"
Lagi sekali byul ingin menampar eunwoo tetapi dihalang oleh anna.
"byul!! eunwoo buat semua ni demi kita semua?!! tolonglah jangan macam ni"pujuk anna. Tiba-tiba byul tersenyum sinis.
"aku tahu bae anna kau pun bersubahat sekali kan dengan eunwoo?!!"
YOU ARE READING
[C] BLUE EYES + Kim Taehyung
Fanfiction"I love it when you look at me, with those eyes of ocean blue, i love it when you say my name, our love strong and true, i love it when you hold me close, i miss you in my arms, i need your arms around me to protect me from all harm. I love you" BLU...