29♤

6K 590 119
                                    

"kita buang lah yeoja ni dekat sini jelah. Aku pun malas nak pergi jauh-jauh sana. Aku nak berehat"ujar hajoo melihat jihee diangkat oleh wojin. Wojin mengangguk lalu mencampak badan jihee ke dalam hutan gelap.

Mereka berdua terus lesap dan meninggalkan jihee seorang diri dalam keadaan lemah dan tak bermaya. Bila-bila masa jihee dapat menghembuskan nafasnya buat kali terakhir. Dengan keadaannya yang parah itu jihee berusaha mencari bantuan tapi tiada seorang pun berada di dalam hutan gelap itu.

Dia rasa putus asa dan niatnya ingin membalas dendam terhadap byul mungkin terkubur begitu sahaja. Tiba-tiba dia dapat dengar seorang mak cik memarahi seseorang. Jihee ingin sekali menjerit meminta tolong tapi keadaan dia begitu lemah.

Pandangan jihee tidak terlalu jelas. Tapi dia yakin mak cik itu sedang melihat dirinya yang berbaring lemah. "apa yang dah jadi dengan diri kamu ni?!" jihee tak mampu membalasnya. Akhirnya dia pengsan.

"Tolong angkat dia! kita akan bawa dia balik rumah"arahnya. "baik puan!"balas pembantu tersebut lalu mengangkat badan jihee perlahan lahan.

🌼🌼🌼

Anna melihat ahli-ahli bts dan eunwoo sedang menunggunya di ruang tamu. Dia membawa sebuah buku yang penting. Dia mendapatnya dari ayahnya ketika mereka semua diserang oleh team alpha. Segera anna menuju ke arah mereka.

Anna menghempas buku itu di atas meja dan hal itu membuatkan mereka semua terkejut. "yah!! anna! tak boleh letak elok-elok ke?"tegur jin mencebik. Anna tersengih lalu duduk bersama mereka. "buku apa ni?"jimin ingin membukanya tetapi tangannya dipukul oleh suga.

"orang punya lah chim kena minta izin dulu"pesan suga. Jimin hanya menggulingkan matanya ke atas dan rasa sentap pun ada. Jungkook pula ketawakan jimin dalam diam. "cepatlah anna apa yang kau nak beritahu sebenarnya?"tanya namjoon sambil melihat buku yang dibawa anna sebentar tadi.

"nak tahu buku ni semua pasal liontin-liontin yang ada dengan kita sekarang. Kalau kita faham betul-betul pasal liontin tu. Kita semua boleh pakai sama macam byul kecuali liontin krystal putih"terang anna teliti.

"maksud kau. Kita semua boleh guna kuasa-kuasa liontin yang ada dengan kita sekarang ni?"anna mengangguk dengan pertanyaan namjoon. "Tujuan aku buat macam ni. Sekurang kurangnya kita dapat kalahkan ahli alpha yang lain kecuali taehyung".

"senang kita nak bantu byul nanti"tambah anna. "bila diantara kita memang dah mahir guna salah satu liontin tu. Dengan mudah kita dapat kalahkan team alpha yang lain. Sebab dari segi kekuatan kita semua sama. Cuma kita perlu mahir gunakannya macam byul punya liontin biru"terang anna satu persatu supaya mereka semua faham.

"kita gunakan dulu liontin semua tu sementara. Tunggu byul datang sendiri kepada kita semua. Baru kita semua hasilkan liontin krystal putih. Untuk pengetahuan korang semua. Untuk hasilkan liontin krystal putih bukan ambil beberapa jam tapi dalam beberapa tahun. Paling lama pun 3 tahun apa yang aku baca dalam buku ni".

"aku tak tahu pula sampai macam tu sekali?! habis itu byul macam mana?"jin risau sebab tempoh tersebut agak lama. "kalau byul dengan kita semua masa tu. Kau rasa apa jadi?"tanya anna. "mesti taehyung akan cari byul sampai dapat dan bila-bila masa taehyung dengan kumpulan dia akan serang kita"ujar suga serius.

Jhope mengeluh dan perkara macam ni bukan boleh bawa main-masin. "Dalam tempoh macam tu. Kita semua kena lindungi byul daripada taehyung. Sebab belum masa lagi byul berdepan dengan taehyung selagi liontin krystal putih belum siap lagi" teka namjoon lalu memandang anna.

"tepat sekali namjoon!"anna yakin mereka dapat harungi cabaran tersebut. "Jadi kita kena berlatih guna liontin-liontin yang ada dengan kita sekarang ni. Aku takkan ambil sebaliknya aku serahkan kepada kamu semua. Aku cuma akan terangkan satu-satu liontin itu bila korang pilih nanti"mereka semua mengangguk faham.

[C] BLUE EYES + Kim TaehyungWhere stories live. Discover now