90💜(S2)

2.1K 281 49
                                    

"Sebelum itu kamu cakap yang taehyung dan taehwan kena tiba-tiba pula byul? Apa ni irene?" Datuk kim mula keliru dan tuan kim pula cuba menenangkan irene yang masih menangis itu.

"Cuba beritahu dengan jelas apa yang kamu tengok irene? boleh kan? Ini demi kebaikan kita semua" pujuk tuan kim.

"Memang betul irene nampak yang taehwan dan taehyung hampir kena. Tapi sasaran tu terkena pada taehyung tetapi byul yang halang dan dia yang terkena. Irene nampak yang itu tapi irene tak pasti byul hidup ke tidak tapi irene dengar taehyung menjerit nama byul!!" ujar dan tubuhnya mengeletar. Adegan itu tergiang-giang di mindanya.

"Baik kamu berehat dulu. Tenangkan diri kamu faham?" irene mengangguk lalu ditemani oleh tuan kim menuju ke biliknya. Datuk kim pasti yang taehwan akan muncul bersama seorang lelaki mengikut ramalan irene sendiri.

Dia perlu berjumpa dengan Bts. Dia juga perlu terangkan semuanya pada mereka semua lagi-lagi kepada taehyung sendiri.

💜💜💜

"Kenapa awak marah irene macam tu jungkook. Awak kena terima takdir anak kita" kata seulhi isteri kepada jungkook. "Awak sanggup tengok anak kita terseksa macam tu. Terpaksa tengok ramalan yang masa akan datang? Mana tenang dia hidup macam tu" terang jungkook.

"Gguk sendiri yang beritahu saya. Dia nak bersama dengan irene. Mereka berdua ada ikatan yang tak boleh kita pisahkan sesuka hati jungkook?! macam awak dan saya!. Awak kena terima itu takdir anak kita. Saya yakin irene dapat tolong dia" kata putus daripada seulhi membuatkan jungkook terdiam.

Seulhi mula mengambil jeongguk yang lena tidur di atas sofa itu lalu membawanya masuk ke bilik. "Apa yang wife kau cakap tu betul jungkook. Kau tak boleh pisahkan irene dengan gguk" membuatkan jungkook menoleh ke arah jin.

"Tapi hyung..."

Jungkook mula duduk dan meramas rambutnya dengan geram. "tapi kenapa mesti anak kook juga yang kena?!" jin mengusap belakang jungkook pelan.

"Ada sebab dia terpilih jungkook. Kau kena terima demi kebaikan dia" nasihat jin itu menbuatkan jungkook pasrah dan mula terima nasib menimpa satu satunya anak lelakinya itu.

"Jungkook! jin hyung!! harabeoji nak jumpa dengan kita semua sekarang juga!" ujar jimin penting dan mereka berdua mula bergegas menuju ke bilik datuk kim.

Melihat semua bangtan telah berkumpul di dalam biliknya. Datuk kim menyuruh mereka semua duduk. "kenapa ni harabeoji?" tanya taehyung dan dia tahu hal ini mesti penting apabila datuk kim menyuruh mereka semua berkumpul sebegini.

"kamu semua tahu kan yang Irene tu peramal? ramalan dia tak pernah silap sekalipun" Mereka semua mengangguk faham. Datuk kim mula menarik nafasnya.

"Apa yang harabeoji tahu yang Park Taehwan akan muncul lagi sekali di depan kita semua bersama seorang lelaki yang kita semua tak kenal" sambungnya. Mereka semua mendengar dengan teliti.

"Apa motif mereka berdua harabeoji. Bukan taehwan sendiri ke yang serahkan byul semula dekat kita semua?" soal jhope. "Mungkin ini satu rancangan bagi mengaburi pandangan kita semua. Tetapi lelaki bersama taehwan tu harabeoji nak tahu siapa. Berdasarkan ramalan irene. Lelaki misteri tu merupakan vampire"

Dahi semua orang berkerut. "maksud harabeoji?"

"Salah seorang daripada kamu ada tak musuh dengan vampire? Lagi-lagi vampire tu dari Clan Dark Moon" mereka semua mengelengkan kepala masing-masing kecuali seorang iaitu namjoon.

"Lee minho dia dari clan yang sama" mendengar hal itu dari namjoon membuatkan mereka semua terkedu.

"Tak guna!"

"Bukan semua dari keluarga dia dah mati ke?"

"Ayah Lee minho masih hidup lagi lah lembab!".

"Eh suga hyung ni!! chim tanya jer!!"

Mereka semua mula bergaduh mulut kecuali namjoon.

"Aku rasa kan dia nak balas dendam bagi kematian anak-anak dia dekat kita semua harabeoji" tekaan namjoon tepat sekali. Mereka semua mula pening dan rupanya masalah ini belum selesai lagi.

Dendam yang tak berkesudahan.

"Patut ke kita akhirkan Clan tu harabeoji?" tanya jimin. Keselamatan mereka semua lagi penting. Tapi sampai bila lagi Clan itu mahu menganggu mereka semua lagi.

"Setahu harabeoji, Clan tu tak ramai yang wujud. Mungkin dalam 100 orang yang tinggal masih setia dengan keluarga Lee. Kita semua terpaksa lawan balik. Maaf sebab babitkan kamu semua dalam keluarga ini".

"Tak mengapa harabeoji. Kami semua mana ada dah keluarga lagi. Semua dah tiada. Cuma tinggal harabeoji sekeluarga lah anggap kami semua ni macam keluarga. Harabeoji tak payah risau" balas jin lalu menyentuh bahu datuk kim.

"Nanti harabeoji beritahu keluarga park mengenai taehwan. Kalau boleh keluar dari rumah ni kena lah ada antara satu sama lain. Taehyung jaga byul baik-baik. Bila-bila masa dia boleh kena culik dengan Clan tersebut. Sebab itu sahaja cara nak umpan kamu dan kita semua pula akan terbabit sekali".

Mereka semua mengangguk faham. Security di rumah agam mereka diperketatkan lagi oleh datuk kim untuk memastikan keselamatan semua orang di rumah. Walaupun begitu mereka semua kena berjaga-jaga. Musuh bukan orang sebarangan tetapi licik dan hebat.

"Jungkook"

Jungkook mula mengangkat kepala bila datuk kim memanggil namanya.

"Lepas ini biarkan irene dengan gguk luangkan masa bersama-sama. Mereka berdua perlukan antara satu sama lain. Hanya gguk sahaja boleh tenangkan minda irene. Ada sebab dia terpilih untuk tolong irene. Jadi harabeoji harap kamu dapat beri kerjasama sepenuhnya demi kebaikan kita semua"

"Baiklah harabeoji. Malam ini kook hantar gguk ke bilik irene" datuk kim tersenyum lebar dan nampaknya jungkook juga sudah pun boleh terima takdir anaknya itu.

"Taewon dengan taesa pun harabeoji nak kamu semua latih mereka berdua. Umur mereka berdua hampir 18 tahun jadi kekuatan mereka pun hampir setanding dengan kita semua. Harabeoji akan minta pertolongan dari puak vampire yang lain".

Namjoon mula bersuara "Aunty jihyun pun tak lama lagi akan balik kan?. Kita boleh minta tolong baekhyun hyung bawa kan kai dengan sehun sekali".

"Aku ada contact nombor baekhyun nanti aku hubungi dia" balas taehyung dan lama juga mereka semua tak berjumpa. Lagi-lagi aunty jihyun yang telah lama mengembara di luar sejak menjadi vampire ini. Taehyung yakin byul mestikan rindukan aunty jihyun. Sekurangnya kurangnya jihyun dapat melindungi byul bersamanya.

"Taehyung! Jangan sesekali serang taehwan. Kalau boleh harabeoji nak kamu berdua berdamai" hal itu membuatkan taehyung bangun. Nampak jelas riak wajahnya menunjukkan dia tidak suka keputusan datuk kim.

"Harabeoji?! kenapa tae nak kena berdamai dengan dia?! Dia yang buat byul macam tu dan hampir nak musnahkan rumah tangga taehyung sendiri! buat apa tae nak berdamai dengan dia?! lebih baik tae bunuh Black werewolf macam taehwan tu?!" nafas taehyung naik turun. Dia benci segala galanya pasal taehwan.

"Jangan kurang ajar taehyung!! Dengar cakap harabeoji!! Harabeoji tak benarkan kamu bunuh dia?!!" Datuk kim mula naikkan suaranya. Bangtan tidak berani masuk campur dan hanya melihat.

"Tae tak faham lah dengan harabeoji?! kenapa harabeoji baik sangat?!! Keturunan taehwan tu pemusnah dan jijik?!! Tae tak kira dia akan mati juga!!"

"Jaga mulut kamu tu Kim taehyung!!! kamu sedar tak apa yang kamu cakap tu?!!".

Taehyung enggan mendengar cakap datuk kim. Dia ingin keluar dari bilik tersebut. "maaf harabeoji kali ini tae tak nak ikut apa yang harabeoji cakap tu " dia mula melangkah pergi ke arah pintu. Datuk kim mula bangun.

"Dia kembar kamu kim taehyung?!!!!!"


💜💜💜

Jangan lupa vote tau!

Fighting

TBC

[C] BLUE EYES + Kim TaehyungWhere stories live. Discover now