Byul merasakan dirinya dipeluk oleh seseorang. Perlahan lahan dia membuka matanya. Dia tersenyum lebar apabila melihat taehyung berada di hadapannya. Dipeluknya erat tubuh taehyung.
Byul mula mengusap rambut taehyung yang bewarna hitam itu. Tiba-tiba dia rasa pelik. Sejak bila warna rambut taehyung bertukar ni?. Dia mula melihat dengan jelas bahawa orang yang memeluknya sekarang bukan taehyung tapi orang lain.
Byul terkejut lalu menolak lelaki itu dengan kuat. Segera dia bangun dari situ. "kau siapa?!"jerit byul. Baru dia sedar dia di dalam bilik yang asing. Lelaki itu nampak kecewa apabila byul tidak mengenali dirinya. Dia hanya tersenyum kecil.
Byul cuba mengingati wajah namja tersebut. Tiba-tiba ada satu ingatan yang singgah di mindanya. "baekhyun?"sebut byul. "rupanya awak masih ingat saya lagi si cantik?"senyumnya.
Byul mengeluh. "kenapa awak bawa saya pergi sini baekhyun? awak sedar tak saya ni isteri kepada alpha?! awak tahu tak yang awak boleh terbunuh bila-bila masa?!"ujar byul tak puas hati. Baekhyun bangun dan mula menghampiri byul.
Dia ingin menyentuh wajah byul tetapi ditepis byul dengan kasar. "jangan sentuh saya. Awak kena ingat saya isteri orang!!"byul menjelingnya. Baekhyun agak terasa dengan perbuatan byul. "tapi saya tahu macam mana nak leraikan ikatan awak berdua byul. Saya ada cara".
"saya takkan leraikan ikatan saya dengan taehyung! awak pujuklah saya banyak kali! saya takkan buat!"byul tetapkan pendiriannya. "byul saya dah lama cintakan awak"
"baekhyun awak kena sedar saya dah jadi hak orang lain. Banyak lagi yeoja werewolf dekat luar sana. Saya tahu ada yeoja yang lebih baik untuk awak"ujar byul lembut. "tak boleh ke awak cuba cintakan saya byul? saya janji akan jaga awak lebih baik daripada taehyung"rayu baekhyun.
"mianhae Baekhyun saya cintakan taehyung seorang sahaja"balas byul tanpa memandang baekhyun. "saya tahu awak baik baekhyun. Lepaskan saya baekhyun sebelum taehyung tahu lokasi awak nanti. Saya tak nak dia bunuh awak nanti. Sebab saya dah anggap awak macam kawan saya sendiri"tambah byul.
"Baekhyun awak dengar tak apa yang saya cakap ni?"tanya byul. "Baiklah saya akan lepaskan awak dengan satu syarat. Saya nak luangkan masa dengan awak selama satu hari. Maksud saya untuk hari esok saya nak date dengan awak. Lepastu saya akan lepaskan awak dan takkan ganggu awak lagi. Saya janji kim byul".
Byul berasa berat hati menyetujui syarat baekhyun. Mungkin baekhyun tak pernah mengajaknya keluar seperti pasangan lain. Tapi byul akan beri baekhyun peluang yang terakhir dan ini kali terakhir baekhyun akan bersamanya dengannya.
Byul berharap sangat baekhyun akan jumpa wanita yang lebih baik daripada dia apabila berakhirnya perjanjian ini. "baiklah saya setuju. Ingat baekhyun. Saya pegang janji awak"baekhyun tersenyum lebar.
🌼🌼🌼
Anna dan namjoon pening kepala bila melihat semua ahli bts mengejar liontin yang telah dipilih oleh mereka pagi tadi. Boleh pula liontin iti tidak mahu bersama dengan mereka. Anna mengeluh dan eunwoo disebelahnya hanya ketawa kecil.
"baik kau turun sekarang!! woii liontin hijau!!"suga geram lalu menghentak kakinya beberapa kali bila melihat liontin hijau yang dipilihnya masih lagi terapung tinggi sama dengan pokok berhampiran dengannya.
"kau degil eh? tak nak kawan dengan kau!! kite majok ah!!"suga mula muncungkan mulutnya dan dia menyilangkan tangannya lalu merajuk. Dia menjeling dengan tajam liontin bewarna hijau itu.
"anna cuba kau baca ni. Semua liontin ni perlukan masa untuk kenali tuan ataupun pasangan masing-masing" anna mengangguk faham apa yang cuba disampaikan namjoon kepadanya. Tapi sampai bila lagi? dah lah ambil masa yang lama untuk belajar mengunakan semua liontin ni.
"aku penatlah weyh!! kalau macam ni!! aku putus asa!!"rengek jimin. Dia dahlah berpeluh satu badan kerana dari tadi cuba menangkap liontin bewarna ungu itu. Dia pun duduk kerana kepenatan dan dia geram bila liontin ungu itu cuba bermain main dengannya.
"tak pe kau!! bila aku dapat kau nanti. Tahu aku lunyaikan kau nanti"jimin mula berazam. Tapi yang penting berehat dulu. "kau sini!! kau ikut aku!!"jungkook menggunakan tenaganya menarik rantai liontin bewarna oren.
Tapi liontin oren itu berdegil tetap juga mahu larikan diri. Jimin hanya ternganga melihat kekuatan jungkook. "kalau lah aku kuat macam kook. Tapi aku ada abs hehehe"jimin mengusap perutnya yang berketul itu dengan bangga.
"kau warna je warna pink! tapi kau tak lembut apa yang aku anggap!! hish geram nya aku!!"jin merenung tajam liontin merah jambu yang sudah jauh darinya.
"jin hyung ingat dia faham ke apa yang kita cakap ni?"tanya namjoon. "aku dah baca buku anna tu. Liontin semua ni faham apa yang kita cakap. Masalahnya liontin ni cuma tak boleh balas apa yang kita cakap. Cuma satu je aku tak faham. Kenapa susah sangat nak kerjasama dengan liontin-liontin ni haih!"namjoon hanya diam.
"kau nak apa lagi? aku dah bacakan puisi,pantun,sajak semua mengenai warna merah. Semuanya kau tak berkenan. Bagi pickupline nanti orang ingat aku gila pula nak tackle liontin merah. Kalau kau yeoja boleh lah aku terima lagi. Anna!!!"jerit jhope lalu memanggil anna.
Semuanya bermasam muka bila berdiri sebaris di hadapan anna. Liontin pula semuanya terapung dekat atas kepala ahli bts. Semua liontin masih lagi tak nak berhampiran dengan bts
Anna bersama eunwoo dan namjoon mula membuat perancangan mengenai masalah ini.
🌼🌼🌼
"alpha bawa bertenang!"luke cuba menenangkan taehyung yang sedang mengamuk. Semua hiasan perabot, kaca dan lain-lain habis pecah disebabkan taehyung. Bella dan belle hanya menunduk. Mereka akui ini semua yang terjadi disebabkan kecuaian mereka.
Tiba-tiba tubuh bella dan belle terangkat sendiri. "ahhh!!"jerit mereka berdua nyaring. "maafkan kami alpha" mereka menahan sakit yang dihukum oleh taehyung. Hajoo dan wojin tak mampu berbuat apa-apa dan mereka hanya mampu melarikan pandangan masing-masing.
"aku dah bagi tugas yang senang kan!! tu pun kau tak boleh buat!! bella!! belle!!"tengking taehyung kuat. "maaf alpha!! ahh!"rayu mereka serta menahan sakit. "alpha aku yakin kita dapat cari byul secepat yang mungkin"ujar luke sambil memujuk taehyung untuk bertenang.
Terus bella dan belle dilepaskan. Segera hajoo dan wojin menyambut mereka berdua. Keadaan mereka berdua sangat lemah kerana hukuman yang diberi oleh taehyung tadi. "alpha dah lupa ke? yang alpha dah terikat dengan byul. Sekarang alpha senang nak kesan lokasi byul sekarang ni"tambah luke.
Taehyung mula memejamkan matanya untuk mengesan dimana byul berada. Taehyung tersenyum sinis bila dapat tahu sekali gerangan orang yang menculik byul darinya. "byun baekhyun"ketawanya sinis.
"aku tahu dekat mana byul berada! bila kita sampai nanti! pastikan kita musnahkan sekali tempat tu!"arah taehyung. "baik alpha!"jawab mereka semua kecuali bella dan belle terpaksa tinggal di rumah kerana masih lagi cedera dan perlu dirawat serta berehat sekali.
Terus taehyung bersama yang lain lesap dari situ untuk mencari byul.
🌼🌼🌼
Jangan lupa vote tau!
Fighting
TBC
YOU ARE READING
[C] BLUE EYES + Kim Taehyung
Fanfiction"I love it when you look at me, with those eyes of ocean blue, i love it when you say my name, our love strong and true, i love it when you hold me close, i miss you in my arms, i need your arms around me to protect me from all harm. I love you" BLU...