76♤

3.2K 416 65
                                    

ZZAP!!

"Byul!!!"

Lengan byul tanpa sengaja terkena hirisan pisau oleh minho. Minho juga agak terkejut melihat betapa beraninya byul datang melindungi jihyun.

Darah mula menitik dan luka byul agak teruk. Byul tidak menghiraukannya sebaliknya dia mula mendapatkan jihyun dan melepaskan ikatannya. Jihyun melihat luka yang dialami byul. Hatinya sakit dan dia tahu luka ini akan meninggalkan parut kekal di lengan byul.

"tak guna!!!"minho ingin mengutip semula pisau yang jatuh tadi dan tiba-tiba baju kolarnya ditarik kasar oleh seseorang. "lawan kau ialah aku!! bukan mereka dua!!"minho tersengih sinis bila taehyung berkata sebegitu.

Tanpa membuang masa taehyung mula menghempaskan minho jauh. Mereka berdua bertarung dengan sengit sampai sukar orang sekeliling melihat kemunculan melalui pergerakan mereka berdua yang amat laju dan sememangnya mempunyai kemahiran berlawan yang begitu mahir.

"appa.."

Taewon tercenggang melihat betapa pantas dan hebat taehyung bertarung bersama minho. Dia kagum sampai tak sedar musuh ingin menyeranginya dari belakang.

"Hati-hati!! budak!!"

Dengan pantas suga membunuh musuh tersebut. Suga mula menghampiri taewon dan menepuk perlahan bahunya. "jangan sesekali leka dan perkara macam ni bukan boleh bawa main. Jangan risau pasal appa kamu. Dia kuat" taewon mengangguk lalu membantu bts.

"ae kamu okay tak?"taesa mengangguk dan dia sedikit takut dengan suasana begini sampai bella dan belle ditugaskan melindunginya. Nampak sangat yang taesa mula takut. Mungkin dia tak biasa dengan situasi berikut. "dengar cakap aunty. Berdiri je belakang kami berdua faham?"taesa terus mengangguk dan mendengar kata dari belle.

Orang suruhan minho bukan sedikit tetapi beratus orang. Satu persatu hilang apabila dibunuh. Bts bersama yang lain terperangkap di tengah-tengah apabila musuh-musuh mula mengelilingi mereka. Mereka semua berjaga jaga dan peka dengan keadaan sekeliling.

"Aku nak yang lain berpecah. Kalau tak kita semua kena. Aku nak masing-masing ada pasangan bawa sebahagian musuh ke tempat lain. Kalau boleh aku nak semua mati. Aku tak nak seorang pun suruhan minho yang tinggal. Aku nak tamatkan legasi dia"ujar namjoon dan semua orang mula bergerak.

"kau!! Tu semua salah mino sendiri!!!"

"kalau isteri kau tak guna tu tak bunuh adik aku!! Hidup aku takkan jadi macam ni!!!"

"Dia cuma pertahankan diri dia lee minho!!! dia manusia dan adik kau vampire cuba hisap darah dia!! dan dia boleh mati!!!"

"aku peduli apa?!! aku akan balas balik!! biar kau faham apa yang aku rasa!!!"

"byul!!!"jerit jihyun bila musuh mula menyerang byul dari belakang dan disebabkan itu taehyung mula mengalihkan pandangannya menuju ke arah byul. Minho tersenyum sinis.

"Taehyung!! jaga-jaga!!!"jerit baekhyun.

"argh!!!"jerit taehyung kuat apabila bahagian kiri pinggangnya ditikam lalu minho menumbuk perut taehyung dengan kuat sampai taehyung terhempas. "lemah!! tak berguna!!"segera minho mencari byul.

Ya dia ingin membunuh byul. Kai dan sehun bertindak pantas. Hampir separuh orang suruhan minho hancur disebabkan mereka berdua. "tak guna!"tanpa membuang masa minho berlari pantas apabila melihat kedudukan byul tidak jauh darinya.

"sayang!!! argh!!"jerit taehyung kesakitan dan dia memegang luka tikaman itu. Dia ingin bangun tetapi jatuh semula. Dia melihat byul tak sedar bahawa minho makin pantas menghampirinya. "jebal!!"perlahan lahan taehyung mula bangun.

[C] BLUE EYES + Kim TaehyungWhere stories live. Discover now