Byul memandang pantulan dirinya disebalik cermin dengan pandangan yang kosong. Dia tahu dirinya sudah siap berpakaian cantik dan juga dimekap. Dia hanya tiada keyakinan diri untuk bertemu janji dengan baekhyun hari ini walaupun ini kali terakhir.
Byul lagi suka kalau taehyung sendiri yang bertemu janji dengannya. Dia tersenyum sendiri bila teringat akan suami nya itu. Lagi-lagi senyuman petak milik taehyung.
Tiba-tiba pintu biliknya diketuk dan seorang pembantu menyuruhnya untuk turun dan memberitahu baekhyun sedang menunggunya di bawah.
Byul hanya mengangguk. Lagi sekali byul menatap dirinya. "ini kali terakhir byul! kau kena buat yang terbaik!"byul cuba memberi kata semangat buat dirinya.
Dia tahu kali ini dia terpaksa curang dengan taehyung buat pertama kali itu pun kerana ada hal mustahak dia perlu selesaikan antara perang baekhyun dengan taehyung.
Dia mula bangun dan keluar dari biliknya. Byul pun turun dan dia melihat baekhyun sedang menunggunya di bawah.
Byul akui baekhyun agak kacak hari ini tapi dia tetap menganggap baekhyun sebagai kawan. Tidak lebih dari itu. Hatinya tetap untuk kim taehyung. "baekhyun?"panggil byul.
Terus baekhyun bangun dan senyum kepadanya.
Byul hanya tersengih. "kita nak pergi mana sekarang ni?"tanya byul ingin tahu. Masih juga baekhyun menatap dirinya dengan lama.
"baekhyun!"byul meninggikan suaranya sedikit. Terus baekhyun tersedar akan perbuatannya. "Mian awak terlalu cantik" senyumnya malu. Tiba-tiba baekhyun menghulurkan tangannya.
Byul hanya melihatnya. Tapi dia kena ingat hari ini temu janji dia dengan baekhyun. Jadi dia perlu anggap baekhyun seperti kekasihnya pada hari ini. Byul menyambutnya perlahan.
Baekhyun mengenggam tangan byul dengan erat. Seolah olah byul miliknya seorang dan dia takkan sia siakan peluang ini. "jom ikut saya" baekhyun menarik tangannya dengan lembut.
YOU ARE READING
[C] BLUE EYES + Kim Taehyung
Fanfiction"I love it when you look at me, with those eyes of ocean blue, i love it when you say my name, our love strong and true, i love it when you hold me close, i miss you in my arms, i need your arms around me to protect me from all harm. I love you" BLU...