"andwae taehyung ah!! andwae!!"
Taewon memeluk byul dengan erat dan menghalang ibunya dari pergi mencari taehyung. Api begitu marak ketika ini dan bangtan sedaya upaya mencari taehyung. Taesa pula menangis dan nenek kim hanya mengusap belakangnya. Dia pun turut menangis.
"Macam mana ni sayang? saya takut tae--" tuan kim cuba menenangkan isterinya itu.
Jimin dan suga pula muncul di hadapannya mereka semua. Mereka berdua mengelengkan kepala. Mereka berdua langsung tidak menjumpai taehyung di mana-mana. Jhope pula datang bersama namjoon masih juga tidak membawa berita baik.
Jin pula terpaksa dirawat kerana kakinya yang cedera itu. Tinggal jungkook sahaja yang belum sampai.
Manakala dia baru sahaja sedar. Dia mula batuk dan pandangannya kabur. Kepalanya terasa sakit.
"uhuk! uhuk"
Asap mula banyak memenuhi di kawasannya. Dia tak larat nak bangun. "Tolong!! uhuk uhuk!!" jeritnya kuat dan matanya mula pedih.
Jungkook seperti mendengar sesuatu. "Taehyung hyung?!!!" jeritnya kuat dan mula mencari dengan pantas. "Tolong!!!!" dia melihat ada seseorang menghampirinya dan dia pun pengsan.
"hyung!!!"
💜💜💜
Byul menunggu sabar di luar bilik bersama dua orang anaknya. Hanya doktor bersama dengan namjoon berada di dalam bilik taehyung dan berbincang mengenai taehyung. Lega hati dia bila taehyung dijumpai. Tapi dia risau. Keadaan taehyung begitu lemah.
Namjoon dan doktor tu akhirnya keluar. "gomawo doc" namjoon berjabat tangan dengan doktor tersebut lalu doktor tu pergi setelah selesai dengan kerjanya. " byul aku perlu beritahu kau sesuatu" byul rasa tak sedap hati mengenai hal ini.
"Amnesia?"
Namjoon mengangguk. " Taehyung dia alami amnesia jangka pendek. Kalau kau boleh tolong dia ingat semula buat masa terdekat. Dia akan pulih. Kepala dia terkena hentakan yang kuat byul. Aku pun terkejut bila dia cakap dia tak kenal aku" terang namjoon.
"omma!! tadi appa cakap dia tak kenal taesa. Dia halau ae dengan won oppa!" taesa mula menangis lalu memeluk tubuh byul dengan erat. Muka taewon pun nampak kecewa. "Bagi lah appa kamu masa. Dia masih sakit lagi sayang.." dia mengelus rambut taesa dengan lembut. Taewon pun mengeluh.
Byul dapat tahu dari pembantunya sampai sekarang taehyung tak makan apa-apa lagi. Byul mula risau. Dia pun takut nak menjenguk taehyung. Dia takut dia kecewa bila taehyung tidak mengingati langsung pasal dirinya. Nenek kim dan puan kim pun tidak dilayan olehnya sebaliknya dia diam dan dingin.
Byul melihat jam mula menandakan pukul 3 petang. Dia tak kisah dia kena paksa juga taehyung makan tak kira apa pun. Kesihatannya lebih penting. Byul mula mengambil dulang makanan dan pergi ke arah bilik taehyung.
Dia menarik nafasnya. Pintu bilik taehyung diketuk. Diam, tiada sahutan. Dengan berani dia membuka nya. Dia tahu taehyung melihat ke arahnya.
YOU ARE READING
[C] BLUE EYES + Kim Taehyung
Fanfiction"I love it when you look at me, with those eyes of ocean blue, i love it when you say my name, our love strong and true, i love it when you hold me close, i miss you in my arms, i need your arms around me to protect me from all harm. I love you" BLU...