Byul mula membuka pintu bilik dia dengan taehyung yang sudah beberapa minggu tidak digunakan. Ya dia dengan taehwan tidur berasingan sebab byul belum sedia lagi untuk tidur bersama dengannya. Dia tidak tahu apa yang tak kena dengan dirinya. Sering juga dia mengelakkan diri dari berjumpa dengan taehwan yang disangkanya taehyung itu.
Byul mula menukar cadar tilam. Dia rindu dengan taehyung. Maksud dia taehyung yang dulu. Dia mula membuka almari baju dan mengambil bajunya sedikit untuk bawa ke biliknya. Dia melihat baju kemeja taehyung. Dia mengambilnya dan menghidu bauan tersebut.
Bau badan suaminya masih lagi meninggalkan kesan pada baju ini. Dia rindu sekali. "Taehyung ah.." sebutnya perlahan. Dia pelik kenapa bau taehyung sangat berbeza sekarang. Tak macam dulu. Nak kata dia bukan taehyung memang lah tak munasabah baginya. Mungkin disebabkan kebakaran tu punca segala galanya.
Dia mula membawa keluar bajunya. "awak buat apa dalam bilik tu?" tiba-tiba taehwan muncul dan ingin melihat sesuatu dalam bilik itu. Dengan cepat byul menutup pintu tersebut. "bilik lama saya lah tulah nak ambil baju" tipu byul sambil sengih. Taehwan pun percaya.
"Jom teman saya makan. Saya lapar" dia meraih jari jemari byul dengan lembut lalu bawa bersamanya. Byul pun pasrah dan hanya mengikutinya. "Tapi lepas tu saya nak awak bawa saya jalan-jalan sekitar taman dekat sini boleh? saya nak luangkan masa dengan awak" senyum taehwan lebar.
Byul melihat senyuman itu masih sama. Sangat serupa. "Sayang?" disentuhnya wajah byul. "baik lah nanti saya bawa awak" balas byul.
💜💜💜
"Hyung asal layan taehyung macam tu? Lepas kita balik dari hutan tu hyung terus layan tae dingin macam dia musuh kita. Kenapa hyung?" tanya jungkook. Sejak akhir-akhir ini hubungan taehyung dengan suga tak lah beberapa bagus. Dia boleh nampak betapa tak sukanya suga apabila taehyung bersama dengan mereka.
"mungkin mood aku tak beberapa baik kut masa tu. Jangan risau aku okay dan aku dah minta maaf dengan taehyung" tipunya. Jungkook tersenyum lega dan dia pun pergi masuk ke biliknya. Suga mula berfikir dengan mendalam. "Kalau taehyung dah tiada? mustahil byul tak rasa apa-apa kan?" tekanya.
Dia melihat byul baik-baik sahaja. Setahu dia lah kalau mate meninggal dunia akan meninggalkan kesan yang mendalam kepada pasangan tetapi byul tidak. "Halmeoni! aku kena tanya halmeoni!" terus suga mencari nenek kim. Nenek kim lebih tahu bila pasal werewolf.
Suga bertembung dengan nenek kim ketika dia hendak menuju ke taman. Nenek kim gemar melihat tanaman dan taman di situ. "halmeoni!!" panggil suga lalu berlari anak ke arahnya. "ya yoongi? kenapa?" tanya nenek kim. "emm yoongi ada sesuatu nak tanya dengan halmeoni ni. Boleh tak kalau kita duduk dekat sana" tunjuk suga ke arah kerusi yang paling terdekat dengan lokasinya.
"Baik lah apa yang kamu nak tanya?" soal nenek kim. "Pasal mate yang dah kahwin. Kalau pasangan dia dah meninggal apa kesan dia halmeoni?" pertanyaan itu membuatkan nenek kim tersenyum lebar. "Kesan dia ialah pasangan dia akan rasa sakit untuk seharian sebab sebahagian dari jiwa dia telah hilang. Bila dah kahwin jiwa kita akan jadi satu. Untuk teruskan hidup dia kena lah move on ataupun cari pasangan yang lain" terang nenek kim dengan baik.
"Tapi kan halmeoni. Yoongi tengok kawan yoongi okay jer tiada effect langsung padahal pasangan dia dah tiada. Tak ditemui langsung dan kami anggap dia dah meninggal. Dia rasa sedih pada mulanya" tambah suga dan nenek kim ketawa kecil. "Tak yoongi. Pasangan dia masih hidup lagi. Percaya lah cakap halmeoni. Kamu pun boleh tanya harabeoji kim. Kamu semua kena cari dia sampai dapat. Dia hidup lagi yoongi".
Suga tak dapat kawal riak mukanya dan dia betul-betul lega yang taehyung sebenarnya masih hidup lagi. "Halmeoni tahu kamu tanya ni mesti pasal seseorang kan? jujur yoongi siapa dia?" suga mula menceritakan segala galanya pada nenek kim. Nenek kim terkedu.
"Tapi halmeoni jangan beritahu siapa-siapa dahulu. Yoongi kena cari taehyung sampai dapat takut byul sedih pula" rayu suga dan nenek kim hanya mengangguk. "kalau macam tu yoongi pergi dulu. Gomawo halmeoni" dipeluknya perlahan tubuh nenek kim lalu pergi dari situ.
"Ramalan irene tak pernah silap. Nampaknya taehyung dengan taehwan memang ditakdirkan bertemu juga" nenek kim mula risau.
💜💜💜
"Dia siapa harabeoji?" tunjuk taesa kepada irene.
Irene tersenyum lalu menunduk sopan. Taesa pun membalasnya. "Dia Bae Irene dah jadi sebahagian daripada keluarga kita dah lama dah. Sebelum kamu lahir lagi taesa. Dia boleh dikatakan aunty kamu lah" kata datuk kim.
"mwo?!!"
Taesa melihat irene atas bawah. Tak macam mak cik dia tapi macam sebaya dia mungkin lebih tua sikit dari dia. "Tapi macam muda jer ae tengok" irene mula ketawa kecil. "Kamu mesti kim taesa. Boleh panggil saya unnie kalau kamu tak selesa dengan panggilan aunty" balas irene lembut.
"Oppa!! sini!!" Taewon mula menoleh ke arah taesa yang melambainya. Dia pun mengeluh dan menuju ke arah taesa yang bersama dengan seorang perempuan membelakanginya dan datuk kim turut berada di situ. Irene mula pusingkan badannya. Dia tersenyum lebar pada taewon.
Taewon pula terus berhenti. Hatinya berdebar semacam. Tak pernah dia melihat wanita secantik itu lagi-lagi senyuman yang diberikan oleh irene padanya. "oppa cepat lah!" jeritan kuat dari taesa membuatkannya sedar lalu menghampiri mereka dengan cepat.
"hi!" tegur taewon sambil sengih malu. "Saya taewon dan abang kandung kepada taesa" sambung taewon sambil kenalkan dirinya. Irene hanya mengangguk. "oppa hormat lah dia sikit. Dia lagi tua dari kita lah!!" bisik taesa. Berkerut dahi taewon mendengarnya. "kau jangan merepek boleh tak?" balasnya semula tak percaya.
"Jadi ae dengan won hormat lah sikit aunty kamu ni. Walaupun tiada pertalian darah masih juga dia dianggap keluarga dalam keluarga kim. Macam aunty irene kamu ni cakap. Panggil dia unnie jelah" irene tersengih kecil dan dia tahu datuk kim saja memerlinya.
"Jeongguk!!!"
Mereka semua melihat budak lelaki yang baru sahaja berumur 9 tahun itu melarikan diri daripada jungkook. Ya jeon jeongguk satu-satunya anak lelaki tunggal kepada jungkook. "Tak nak!! gguk!! tak nak!!" jeritnya. Kakinya tersadung dan mula jatuh.
Segera taesa dan taewon berlari ke arahnya. Jeongguk mula menangis kuat. Irene mula menghampiri mereka semua. Tiba-tiba ada satu ramalan singgah di mindanya mengenai budak itu membuatkan irene terkejut.
"kan appa cakap jangan lari. Hah sekarang siapa susah? gguk juga yang susah" jungkook mula mengangkat anak lelakinya itu dan memujuknya. Irene masih lagi melihat budak itu. "Kenapa ni irene?" datuk kim tahu ada yang tak kena dengan irene. "budak lelaki tu" irene menunjuk ke arah jeongguk.
"Kenapa dengan jeongguk?" soal datuk kim dan irene mula memberitahu hal sebenar pada datuk kim.
"Jeongguk, he is the chosen one"
💜💜💜Jangan lupa vote tau!
Fighting
TBC
YOU ARE READING
[C] BLUE EYES + Kim Taehyung
Fanfiction"I love it when you look at me, with those eyes of ocean blue, i love it when you say my name, our love strong and true, i love it when you hold me close, i miss you in my arms, i need your arms around me to protect me from all harm. I love you" BLU...