23♤

5.7K 648 68
                                    

Pagi ini jin menolong puan kim dan nenek kim menyediakan sarapan pagi buat mereka semua. Tuan kim dan datuk kim turun bersama untuk sarapan pagi. Sekarang ni mereka semua dah macam satu keluarga.

Hanya tempat ini sahaja yang selamat untuk mereka semua buat sementara. "sarapan!!"jungkook dengan jimin mula berlari dan turun dari tangga. "hati-hati turun nanti jatuhlah!!"marah namjoon lalu menggelengkan kepalanya. Pantas jimin dan jungkook mengambil tempat masing-masing.

"aduh!! sakit woi!! belakang aku sakit!!"rungut suga sambil meletakkan tangannya di pinggangnya. Jhope menolong suga untuk turun. Perlahan lahan suga turun dengan wajah yang berkerut.

Ni semua sebab semalam lah. Angkat si jungkook dia pula yang kena padahnya. Jhope menarik kerusi untuk suga duduk. "adededeh! adududuhhh !!"punya lah nak duduk rasa sesakit ini. Jungkook melihatnya pelik.

"suga hyung kenapa?"tanya jungkook sambil meletakkan sosej dan telur dadar ke atas pingannya. Suga merenungnya tajam. "lena tidur semalam!"tanya suga dingin. Jungkook mengangguk lalu tayang gigi arnab sambil tersengih.

"kook rasa macam kena dodoi semalam. Macam ada orang angkat kook huhu" mendengar hal itu membuat jin dan namjoon ketawa besar. "kook nak tahu semalam suga yang angkat kook"ujar tuan kim.

Terus jungkook bangun lalu memandang suga. "apa? ingat badan aku kecik! tak larat angkat kau ke?"perli suga. "nanti kook urut badan hyung sebagai ganti semalam"sengih jungkook.

"semalam sempat lagi suga nyanyi untuk kau kook. Nak dodoi kau tidur"namjoon menahan gelak. "lagu ape?"tanya jungkook. Namjoon dan jim mula menyanyi"baby rabbit doo doo doo doo baby rabbit doo doo doo doo doo baby rabbit doo doo doo doo oh baby kook" lalu mereka berdua ketawa terbahak bahak.

Muka jin habis merah sebab ketawakan suga. Tuan kim dan puan kim mendengarnya turut ketawa kecil. Jimin dengan jhope jangan cakap lah kedua-dua jatuh dari kerusi sebab ketawa terlalu kuat.

"yah!!"suga geram lalu bangun tiba-tiba belakangnya sakit. "aduh!! tolong aku weyh!! sakit!! huargh!! sakit!!"suga meminta tolong. Terus mereka semua bangun dan kelam kabut menolong suga yang kesakitan tu.

1 jam kemudian

"suga kan aku kata berehat je dekat rumah. Kau ni degil lah nak juga ikut kitorang pergi library"bebel jin. "biarlah aku ikut"suga menjeling jin dengan tajam. "nanti esok pula jungkook yang sakit belakang"jhope melihat giliran jungkook pula mengangkat suga kali ini.

"Tak mengapa hyung. Kook kuat ada muscle lagi tau! suga hyung ringan je" yang lain mula buat muka menyampah. "nak kook dodoikan hyung ke?"terus suga menentangnya dengan sekeras yang mungkin. Nanti jatuh maruah imej swag dia tu.

"tak payah! pagi-pagi macam ni jangan nak buat aku mengamuk"marah suga. Jungkook tergelak kecil."macam mana lah taehyung sekarang ni. Haih aku rindu dengan tae tae" luah jimin. Mereka semua mula mendiamkan diri bila teringat pasal taehyung.

"Kita kena percaya kepada byul. Kita kena tunggu"

🌼🌼🌼

Pintu gerbang di buka. Semua pembantu menunduk hormat kepada taehyung yang baru balik bersama dengan luke, wojin, hajoo dan joe. "selamat kembali alpha"ujar mereka semua.

Taehyung hanya mengangguk. Taehyung melihat sekeliling rumah tersebut. Masih dalam keadaan yang sama dan seperti biasa. Dia teruja hendak bertemu dengan byul. Ya seminggu ni dia menahan rindu tidak berjumpa dengan byul.

"nampak byul pergi mana?"tanya taehyung. Ramai yang menggelengkan kepala. Tiba-tiba seorang pembantu lelaki menjawab. "saya ada nampak cik byul masuk ke dalam bilik perpustakaan tadi tuan" kening taehyung terangkat.

"dah lama ke atau baru tadi?"taehyung berasa pelik sejak bila byul rajin baca buku ni?. "baru beberapa minit tadi tuan"taehyung mengangguk lalu mengatur langkahnya menuju ke perpustakaan.

Byul dapat dengar pintu dibuka lalu mendongak melihat siapa yang masuk. Dia terkejut melihat taehyung yang masuk. Terus terlepas buku-buku yang berada di tangannya.

"taehyung?"

"byul awak buat apa dalam bilik ni? setahu saya awak tak berminat nak baca buku?"byul melihat renungan taehyung yang nampak tajam itu membuat dirinya berasa takut sedikit

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"byul awak buat apa dalam bilik ni? setahu saya awak tak berminat nak baca buku?"byul melihat renungan taehyung yang nampak tajam itu membuat dirinya berasa takut sedikit.

Byul tersengih. "saya bosan sebab tu lah saya masuk bilik ni. Nak cari buku yang bagus untuk dibaca"tipunya dengan cepat byul mengutip buku yang jatuh itu.

Taehyung menghampirinya lalu menolong byul mengutip buku-buku tersebut. "awak ni nak cari buku ke? atau buat sepah?"perli taehyung. Byul menjelingnya tajam. "awak sibuk kenapa? sukahati saya lah!"byul mendengus geram.

Taehyung tergelak kecil. "saya gurau je lah sayang"mereka berdua menyimpan buku-buku itu bersama sama.

"siap pun!"byul melihat buku-buku disusun rapi lalu memandang ke arah taehyung. Tangan taehyung mula melingkari pinggang byul dan memeluknya dengan erat. "tak rindu saya ke?"tanyanya sambil mengelus rambut byul ke tepi.

"Tak langsung. Seminggu je pun" jawapan itu membuat taehyung mencebik. "kalau awak pergi setahun baru saya rindukan awak"tambah byul lalu tergelak kecil. Taehyung tersenyum lebar mendengar pengakuan byul yang agak comel baginya.

"saya takkan pergi tinggalkan awak selama setahun byul. Tu kerja gila. Sebab saya tahu saya tak mampu nak berjauhan dengan awak dalam tempoh macam tu"mendengar hal itu byul hanya mampu berdiam diri. Tiba-tiba rasa bersalah menyelubungi dalam dirinya lalu menatap taehyung sambil tersenyum manis padahal dalam hati rasa kecewa.

🌼🌼🌼

Jangan lupa vote tau!

Fighting

TBC

[C] BLUE EYES + Kim TaehyungWhere stories live. Discover now