Semua orang merenung taehyung dengan tajam. Taehyung hanya bersandar sambil tersenyum sinis.
"Bukan kau dah lama mati ke alpha?" Akhirnya soalan itu keluar daripada mulut namjoon. Ya mereka semua berasa pelik. Sepatutnya alpha dalam diri taehyung menghilang sepenuhnya.
"Aku cuma hilang tak mati. Lagipun taehyung stress dan aku cuma keluar gantikan dia sahaja. Jangan risau dia okay. Aku tak akan apa-apa kan sesiapa pun" mereka semua menghembus nafas lega.
Kehadiran alpha sememangnya amat bahaya buat mereka semua. Kuasanya tiada tandingan. Taehyung sebenarnya lebih kuat ketika muncul sebagai alpha. Byul melihat taehyung dari jauh hanya memberi jelingan tajam.
Taehyung perasan hal itu membalas dengan kenyitan membuatkan byul menyampah. Dia ketawa kecil. Dia suka mengusik isterinya itu.
Ding Dong
Serentak mereka semua dikejutkan dengan bunyi loceng rumah agam itu.
"Siapa yang datang pada waktu malam macam ni? kenapa tiada satu pun pengawal yang maklumkan dekat aku ni?" ujar tuan kim. Dia mula syak sesuatu yang pelik. Bangtan semua faham dengan isyaratnya.
"Aku nak semua orang berkumpul dekat ruang tamu sekarang!" arahan tegas yang diberi oleh tuan kim segera mereka turuti. Irene yang sedang turun sambil mengangkat jeongguk memandang mereka semua pelik. Jeongguk diserahkan pada jungkook bersama isterinya.
Jihyun mengira bilangan semua orang. Cukup tiada yang kurang. Dia menghembus nafas lega. Syukur tiada siapa yang diculik.
"Aku nak taehyung, jin, jungkook dengan namjoon ikut aku. Yang lain jaga sini. Apa-apa yang curiga. Terus hubungi aku. Serang sahaja kalau ada yang muncul faham?" mereka semua mengangguk faham.
Nenek kim dan puan kim menyuruh anak-anak yang masih kecil duduk dalam bulatan. Senang mereka berdua nak melindungi mereka semua. Yang lain mengelilingi mereka berdua bersama anak kecil.
Tiada seorang pun pengawal yang datang maklumkan pada mereka semua. Membuatkan tuan kim, jungkook, jin, namjoon dengan taehyung mula berjaga jaga menuju ke pintu utama. Sunyi dan sepi suasana tersebut.
Tuan kim menarik nafasnya lalu memandang mereka semua. Mereka semua mengangguk dan bersedia untuk serang. Dia mula memulas tombol pintu itu. Mereka semua terkejut dengan satu tubuh lelaki yang terbaring lemah di hadapan mereka semua.
"To-tolong"
Mereka semua kenal dengan suara ini.
"Baekhyun!!!!"
Segera baekhyun diangkat. Tuan kim menyuruh jungkook dengan namjoon melihat keadaan di luar. Semua pengawal mati dibunuh serentak pada satu malam kecuali baekhyun yang cedera parah.
"Taehyung.. isteri dengan anak aku diculik..."
Baekhyun mula menangis. Keadaan dia lemah. "Tolong selamatkan mereka berdua" rayu baekhyun. "Aku tak tahu sehun dengan kai pergi mana tadi. Kami semua terpisah sebab ramai yang serang waktu perjalanan kami semua ke rumah kau tae" sambung baekhyun.
"Irene!!!" panggil tuan kim lantang. Segera irene mendekati tuan kim. "Kamu boleh sembuhkan dia tak? agak risiko kalau kita keluar dan rawat dia dekat luar. Musuh pun mungkin masih lagi berkeliaran dekat kawasan sini" kata tuan kim risau.
"Irene ada beberapa botol potion yang dapat sembuhkan luka ni dalam masa sehari tapi irene harap yang dia kuat sebab memang akan sakit pada mulanya" terangnya. " Tak mengapa asalkan baekhyun sembuh. Cepat pergi ambil sekarang" irene mengangguk.
"Bertahan baek"
Luka di dada dengan pinggangnya amat teruk seperti terkena torehan pisau yang amat dalam. Irene mula datang. "Boleh tahan dia tak?" jungkook dengan jin mula memegang erat tubuh baekhyun agar tidak bergerak.
YOU ARE READING
[C] BLUE EYES + Kim Taehyung
Hayran Kurgu"I love it when you look at me, with those eyes of ocean blue, i love it when you say my name, our love strong and true, i love it when you hold me close, i miss you in my arms, i need your arms around me to protect me from all harm. I love you" BLU...