Hansung perasan bahawa taehyung memandang ke arah mereka berdua. Hansung melihat byul sedang membetulkan tali lehernya. Hansung tersenyum sendiri dan dia tahu byul sudah menarik perhatian taehyung daripada tadi.
"cikgu! dari tadi kan ada orang asyik pandang cikgu je. Tu kan sana tu"hansung menjuihkan bibirnya pada taehyung. Byul pun melihatnya.
Byul memandang semula ke arah hansung. Dia abaikan pandangan taehyung. Dia kena fokus dengan kerja menguruskan anak-anak muridnya terlebih dahulu.
Wojin menyuruh jurusolek berhenti seketika. Masih juga taehyung tidak hiraukan keadaan sekelilingnya. Daripada tadi dia langsung tidak lepaskan pandangannya pada byul. "alpha.. alpha!"wojin menyentuh bahu taehyung lalu taehyung tersentak.
"hah? kenapa?"wojin hanya mengelengkan kepalanya. Dia menarik taehyung pergi dari situ. "alpha sedar tak perbuatan alpha boleh menyebabkan orang sekeliling alpha salah faham dan mula ingat yang alpha suka dengan cikgu hanbyul tu?"taehyung hanya mengeluh.
Tarikan byul terlalu kuat baginya menyebabkan dia tak sedar. Mungkin juga dia sudah lama tidak menjumpai isterinya itu menyebabkannya menjadi begini. "alpha tolong kawal sikap alpha. Aku tak nak kalau ada orang sampaikan berita palsu mengenai alpha dan cikgu hanbyul tu"taehyung mengangguk faham.
"mari kita masuk. Pengambaran alpha dah nak mula dah"segera mereka berdua masuk ke dalam.
Byul bersama para guru hanya ketawa kecil melihat telatah murid-murid tadika yang comel dan begitu lucu ketika bergambar. Byul dapat lihat yang taehyung amat menyukai budak-budak buatkan dia sedar taehyung tak lah sekejam mana dia sangka. Tiba-tiba pandangan mereka berdua bertembung. Cepat byul kalihkan pandangannya. Jantungnya berdebar.
"cikgu song saya nak pergi tengok dulu baju-baju yang mereka pakai lepasni"setelah mendapat kebenaran segera byul meninggalkan set pengambaran. Tak tahan dia berlama lama di situ disebabkan taehyung.
Pengambaran pertama selesai. "Semua boleh rehat dulu"ujar pengarah tersebut lalu mereka semua beredar. Guru- guru pula sibuk melayani anak-anak murid yang sedang lapar. Taehyung mencari keberadaan byul. Hansung pula menghampirinya. "hyung!! jom makan sama-sama" ajak hansung.
Taehyung dan hansung makan di dalam ruang bilik taehyung sendiri. Hansung makan dengan selera sementara taehyung hanya melihat dan menuangkan air kosong buat hansung. "kalau hyung nak cari cikgu byul. Cikgu byul ada dalam bilik baju hyung dan baju kitorang tapi hansung tak tahu nama bilik tu apa"terus taehyung bangun.
"hansung makan dulu nanti hyung datang balik"hansung sekadar mengelengkan kepalanya. "macam lah hansung tak tahu hyung nak jumpa sangat dengan cikgu"lalu hansung sambung makannya.
Taehyung melihat tiada sesiapa yang berhampiran di bilik tersebut jadi dia ada peluang untuk bercakap dengan byul tanpa rasa risau ada orang mendengar. Taehyung mula masuk ke dalam dan byul langsung tak sedar kehadiran taehyung sebaliknya dia fokus dengan baju-baju yang akan dipakai oleh anak-anak muridnya lepas ini.
YOU ARE READING
[C] BLUE EYES + Kim Taehyung
Fiksi Penggemar"I love it when you look at me, with those eyes of ocean blue, i love it when you say my name, our love strong and true, i love it when you hold me close, i miss you in my arms, i need your arms around me to protect me from all harm. I love you" BLU...