91💜(s2)

2.1K 332 49
                                    

"Kembar?"

Terus taehyung berhenti dan bangtan terkejut bila tahu hal yang sebenar keluar dari mulut datuk kim. Dia menoleh ke arah datuk kim.

"Apa yang harabeoji cakap ni?! Kami berdua berbeza?! Dia black werewolf! dan tae bukan!"

Dengan berat hati datuk kim mula memberitahu taehyung setelah rahsia itu telah lama disimpan oleh dia dengan tuan kim.

"Sebenarnya kamu tae bukan lah anak kandung appa kamu tapi kamu anak kandung pakcik kamu yang dah lama meninggal sebelum tengok kamu berdua dilahirkan dalam dunia ini"

"Ya ayah kamu memang baka golden werewolf tetapi ibu kamu kandung kamu bukan. Dia black werewolf taehyung. Ayah dan ibu kamu menjalinkan perhubungan cinta yang tak direstui kedua dua belah pihak sebab baka yang berbeza"

"Ibu kamu meninggal semasa lahirkan kamu berdua. Jadi harabeoji buat keputusan untuk pisahkan kamu berdua. Taehwan pula harabeoji beri kepada keluarga park. Memandangkan kamu bakal jadi alpha kelak jadi harabeoji akan kawal kamu dan taehwan tidak".

"mwo?..."

Tanpa taehyung sedar air matanya mengalir laju di wajahnya. Dia mengeleng kepalanya dan dia tidak dapat percaya dengan apa yang dikata oleh datuk kim.

"Harabeoji tipu!!!!"

"Tak harabeoji tak tipu kamu tae. Mianhae sebab sembunyikan hal ini dari kamu. Harabeoji tak tahu masalah macam ni akan bertambah rumit".

"Tae tak kira dia tetap bukan kembar tae!!!"

Taehyung mula keluar lalu menghempaskan pintu dengan kuat. Datuk kim mula mengeluh dan dia tahu taehyung semestinya amat kecewa.

"Biarkan dia tenang dulu harabeoji. Joon yakin dia akan terima juga. Apa kata harabeoji sambung semula perbincangan kita tadi. Sekarang kita semua dah tiada masa" Kata namjoon sambil menepuk pelan datuk kim.

Apa yang dikata oleh namjoon tadi betul.

      
💜💜💜

DDUM!

Terjerit kecil byul dibuatnya apabila taehyung merempuh pintu bilik mereka berdua dengan kuat. Matanya terkebil kebil melihat taehyung menghampirinya. Melihat reaksi wajah taehyung itu byul tahu ada yang tak kena.

"Kenap--"

Hampir tumbang byul dibuatnya apabila taehyung memeluknya tubuhnya terlalu erat. Badan suaminya itu bukan kecilnya tetapi besar dan sasa dan byul cuba membawa taehyung ke arah katil supaya mereka berdua boleh duduk.

Tak larat dia menampung berat badan taehyung. Akhirnya mereka berdua duduk. Byul perasan air mata taehyung mula bergenang. Dia menarik byul dan memeluknya lagi sekali dengan erat.

"Kenapa ni hurm?"

Byul mengusap belakangnya dengan pelan dan cuba menenangkan emosi taehyung. Taehyung mula menangis teresak-esak. "Tak mengapa saya ada dengan awak sampai awak sedia ceritakan semuanya dekat saya" kata byul dengan lembut dan taehyung mengangguk sambil menangis.

Lama mereka berdua dalam keadaan sebegitu. Byul menunggu sabar dan dia tahu taehyung perlukan masa. Akhirnya taehyung mula bersuara.

"Sayang.."

Nada suaranya kedengaran begitu serak mungkin kerana terlalu banyak menangis tadi. "ya tae saya dengar" balas byul lembut dan masih mengusap lembut belakang suaminya itu.

"Saya dapat tahu sesuatu hari ni dari harabeoji".

"Baiklah apa dia?" tanya byul ingin tahu. Disebabkan hal ini emosi suaminya itu tak terkawal dan begitu sedih.

[C] BLUE EYES + Kim TaehyungWhere stories live. Discover now