38♤

4.6K 519 150
                                    

Byul turun ke bawah dan melihat semua orang sedang duduk sambil bersarapan. "byul mari duduk sebelah sini"ujar nenek kim dan byul terus pergi ke arahnya lalu duduk. Nenek kim mengusap lembut rambut byul sebab risau dengan keadaan byul yang tiba-tiba pengsan selepas keluar daripada dunia werewolf semalam.

Kadang-kadang nenek kim tertanya-tanya juga macam mana keadaan cucunya taehyung dekat sana."keadaan kamu makin baik tak sekarang?" byul hanya mengangguk perlahan. Anna yang baru sampai duduk di depan byul.
"byul boleh hulurkan tangan kiri kau dekat aku tak?"berkerut dahi byul mendengarnya tanpa sebarang soal dia hanya menurut apa yang disuruh anna.

Baru byul perasaan dia memakai gelang yang bewarna silver bercorak bulan sabit. "ingat byul jangan sesekali buka atau hilangkan gelang ni. Gelang ni lah sebab kau pengsan semalam. Gelang ni sementara untuk kau dan taehyung leraikan ikatan korang berdua supaya taehyung tak dapat kesan kau lepas ni. Jaga baik-baik gelang ni dan nasib baik juga belle dapat ubah sikit reka fesyen gelang ni macam gelang biasa"terang anna panjang lebar.

"Aunty jiji!!!!!!!!!"

Jihyun yang sedang mengunyah makanan tiba-tiba tersedak disebabkan jeritan nyaring namjoon. "uhuk uhuk uhuk" terbatuk batuk jihyun dan hal itu menyebabkan anna disebelahnya kelam kabut menyerahkan air kosong pada jihyun. Terus jihyun bangun dan merenung tajam ke arah namjoon.

"kau dah kenapa kim namjoon? tak boleh ke tegur aunty baik-baik!"jihyun bercekak pinggang. Namjoon menggelengkan kepalanya dan peluh membasahi dirinya sekarang ni. "kenapa ni namjoon?"tanya anna risau.

"aunty jihyun kena ikut saya sekarang?!! ada benda yang dah buruk berlaku ni?!!"namjoon mula kelam kabut. Masing-masing berkerut dahi tak faham apa yang disampaikan oleh namjoon. "cuba terus terang kan senang?"ujar datuk kim.

"ni ha.. ni ha.. ni ha su-su-suga dia-dia dia..."agak takut sedikit namjoon meneruskan kata-katanya.

"Dia apa?!!"jerit semua orang. Terhinjut bahu namjoon bila semua orang mengamuk.

"suga dia tak boleh turun sebab dia panjat pokok kelapa tadi nak ambil kelapa!!"terus semua orang mengikuti namjoon kecuali nenek kim dan datuk kim tinggal sementara untuk menjaga rumah.

🌼🌼🌼

"weyh!!! tolong aku hua!!!!"suga melihat ke arah bawah dan memeluk erat pokok kelapa tersebut. "turun jelah hyung!!! yang hyung gatal bebenor pilih pokok ni kenapa?!!"jerit jungkook kuat. "manalah hyung tahu kookie!!! kookie !!! hyung takut!!!"muka suga dah berkerut habis dan hal itu membuatkan jimin dan jhope gelak tak habis-habis.

"dua ekor tu siap aku lunyaikan sampai habis nanti bila aku turun nanti"geram suga melihat jimin dan jhope langsung tak membantu sebaliknya gelakkan dia habis habisan adalah. Kurang asam punya kawan. "tolonglah aku!!! woii!! aku takut ni!! aku taknak mati awal!!!"puas suga menjerit terlolong dari tadi.

"macam mana nak bawa suga hyung turun ni? dia panjat pandai pula tu?! lagi satu berlagak pula tu!!"jimin merengus geram dan jhope mengangguk setuju dengan kata-kata jimin sebentar tadi. "jangan lah macam gini woii!! kita member kan sehidup semati!!"jerit suga dari atas.

"padan muka hengkoo muahahhahhahha hahhahahhahahhahhahahhahaha"tuding jimin dengan jhope ke arah suga. Gelak sakan mereka berdua boleh dengar sampai planet pluto. Ape nak jadi dengan budak dua orang ni. Jungkook melihat perkara tersebut hanya ketawa kecil melihat telatah kawan-kawannya mengejek suga.

"syaiton betul lah korang ni!!! tolonglah aku weyh!! aku takut ni!!"teresak esak suga menangis meminta pertolongan. "jin hyung apa kita nak buat ni? namjoon hyung pun belum sampai lagi dengan yang lain"jin memandang ke atas untuk melihat suga.

[C] BLUE EYES + Kim TaehyungWhere stories live. Discover now