Taehyung tersenyum manis melihat byul tidur dengan lena. Sangat comel. Dia mengelus lembut rambut byul. Tak lupa juga kedua-dua belah pipi byul diciumnya sekilas.
Disebabkan perbuatannya itu. Byul rasa tidurnya diganggu. Dia mula membuka matanya dengan perlahan. Dia menggosok matanya lalu melihat taehyung berada di sampingnya.
"Morning sayang..."tegur taehyung dengan lembut. Kening byul terangkat. Seolah-olah tak percaya apa yang dia dengar.
Terus byul bangun."siapa sayang hah?"soal byul lalu menyilangkan tangannya. Taehyung tergelak kecil. "Awaklah siapa lagi hurmmm.."taehyung membetulkan rambut byul yang serabai dengan lembut.
Byul melarikan pandangannya bila perasan taehyung tak berbaju. Saje nak goda dia ke ape?! Tahulah badan tegap!. "Kim taehyung! Kenapa awak tak pakai baju. Lagi satu macam mana awak ada dekat sini!".
"Awak curi-curi masuk ke dalam bilik saya ke taehyung?"byul merenung taehyung dengan tajam. Taehyung hanya tersengih lalu membuat senyuman petak dia tu.
Byul mengeluh lagi memandang taehyung. "Keluar dari bilik saya sekarang"arah byul. Dalam sekelip mata sahaja taehyung mencium bibirnya dengan mendalam.
Membulat mata byul. Dia geram lalu mengangkat tangannya dan menampar dahi taehyung dengan kuat. "Ah!"terus taehyung melepaskan ciuman tersebut. Dia memegang dahinya yang sakit.
Byul tersenyum puas."sakit tak? Siapa suruh awak cium saya sesukati awak hah?! Awak ingat saya ni wife awak ke?"byul mula pergi ke arah pintu lalu membukanya.
"Dipersilakan keluar kim taehyung"arah byul lalu tergelak kecil. Taehyung mendengus geram lalu bangun dan berjalan menuju ke arah pintu. Sebelum dia keluar.
Taehyung mencium dahi byul. "Saranghae.."ujarnya lalu keluar. Terus byul mengunci pintunya lalu memegang dadanya yang berdebar hebat disebabkan taehyung.
🌼🌼🌼
Byul yang baru turun bawah pelik melihat ruang tamu dihias dengan mewah sekali. Ada majlis ke? Byul segera menghampiri puan kim dan duduk disebelahnya.
"Aunty ada majlis ke malam nanti?"puan kim mengangguk. "Malam nanti ada sambutan untuk sambut kedatangan kim suho. Uncle taehyung yang baru selesai urusan dekat luar"byul mengangguk faham.
"Malam ni byul nak ikut sekali tak dalam majlis ni?"tanya puan kim. "Tak mengapa lah aunty. Byul rasa baik byul dalam bilik je. Boleh byul rehat. Malas byul nak ikut".
"Baiklah malam nanti jangan kerap sangat keluar dari bilik sebab ramai werewolf dari kerajaan lain datang. Aunty cuma risau kan byul"puan kim mengelus lembut rambut byul. "Aunty jangan risau. Byul takkan keluar".
Taehyung yang baru turun dari bilik menghampiri byul dan puan kim yang sedang rancak berbual. Dia mengambil tempat duduk di sebelah byul.
"Omma malam ni boleh tak tae tak nak ikut?"tanya taehyung. Serentak byul dan puan kim memandangnya. "Tak boleh kim taehyung. Kamu kena ikut juga majlis ni. Uncle kamu dah rindu sangat dah dengan kamu ni. Wajib faham? Omma dah sediakan suit kamu malam ni"
Taehyung mengeluh. Bukan dia tak kenal perangai uncle dia yang berlagak hebat lagi-lagi selalu membebel dekat dia.Byul tergelak kecil.
"Omma ada hal jap"puan kim beredar dari situ sebab banyak kerja perlu dibuat. Tinggal byul dan taehyung berada di situ. "Aik awak duduk je dekat sini? tiada kerja ke nak dibuat? Saya ingatkan putera werewolf macam awak ni mesti ada kerja kan?"
Taehyung tersenyum kecil. "Dah gelaran putera. So orang bawahan lah yang kena kerja. Faham tak ni sayang?"terus membulat mata byul mendengar perkataan sayang dari taehyung. Dia menjegilkan matanya pada taehyung.
"Saya bukan SAYANG awak? Faham tak?"ayat itu ditekan kan olehnya. Taehyung mula dekatkan diri pada byul. Byul perasan hal itu berganjak ke tepi sedikit. "Jangan dekat!"ujar byul beri amaran.
Taehyung tersenyum nakal lalu menghampiri byul perlahan-lahan. Tangannya diletakkan di tepi byul supaya byul tak larikan diri. Mata byul terkebil-kebil melihat muka taehyung dekat dengannya.
Belum sempat taehyung ingin mencium bibir mungil byul. Ada tiga orang yang menganggu. "Ehem ehem ehem. Kalau nak buat boleh sambung dekat bilik!"jimin buat-buat batuk.
"Betul tu mata aku dah tak suci tengok benda ni"ujar jin yang mula menutup matanya yang innocent tu. Jungkook pula tersengih-sengih. Byul terus menolak taehyung dan pergi dari situ. Taehyung mendengus geram.
"Korang ni nak datang pun. Cari lah waktu yang sesuai"taehyung menjeling mereka bertiga dengan tajam. "Kau ni ingat kami semua ni ada masa free ke hah? Dah hari ni je yang free"bebel jin.
"So ape plan kita malam ni?"tanya jungkook. Mereka ingin masuk ke dalam istana milik kim jaemin yang mempunyai liontin merah semasa majlis ini berlangsung. Kim jaemin memang sudah disyaki bts kerana bersubahat dengan black werewolf.
"Jangan risau aku dah rancang baik-baik" ujar jimin sambil tersenyum.
🌼🌼🌼
Malam itu ramai ahli diraja datang ke rumah agam milik keluarga taehyung. Majlis diadakan secara besar-besaran dan meriah. Byul pula membuka sedikit pintu biliknya untuk melihat suasana di luar.
Tiba-tiba ada seseorang kejutkan byul. "Peek ka boo!"byul jatuh terduduk. "Yah! Anna! Kau ni nak buat aku kena serangan jantung ke?!"tengking byul lalu mengurut dadanya perlahan.
Anna tersengih. Byul melihat gaun dipakai oleh Anna malam nanti. Nampak cantik dan comel. "Cantik kau malam ni?"usik byul. Anna pula pelik melihat byul hanya mengenakan baju tidur. "Kau asal pakai baju tidur ni?"tanya anna.
"Aku tak ikut lah majlis ni. Malas kau tahu tak. Ni aku keluar pun nak tengok rupa uncle si taehyung tu? Kim suho"terang byul. Anna mencebik. "Ala aku alone nanti. Sampai hati eh kau. Tak nak kawan!"
"Kau ingat aku tak tahu ke yang eunwoo pun ikut sekali?! Dah sana! Aku nak masuk bilik ni. Tengok movie lagi bagus!"terus byul menolak tubuh kecil anna keluar dari biliknya.
Eunwoo yang baru sampai melihat anna dihalau oleh byul lalu tergelak kecil. "Jom pergi makan"anna terus memaut lengan eunwoo.
Bts pula teruskan misi mereka malam ni untuk mendapatkan liontin merah di rumah agam milik kim jaemin.
🌼🌼🌼
Jangan lupa vote tau!
Fighting
TBC
YOU ARE READING
[C] BLUE EYES + Kim Taehyung
Fanfic"I love it when you look at me, with those eyes of ocean blue, i love it when you say my name, our love strong and true, i love it when you hold me close, i miss you in my arms, i need your arms around me to protect me from all harm. I love you" BLU...