Eunwoo mula melihat sekelilingnya. Dia berada di tempat yang asing dan bukan tempat yang sepatutnya mereka pergi. "eunwoo kita ada dekat mana ni?"segera pandangannya mengalih ke arah namjoon yang berdiri di hadapannya tak lupa juga suga disebelahnya.
"tapi kan mana yang lain?"suga mula melihat sekelilingnya mencari ahli bangtan yang lain belum muncul-muncul juga. Hanya mereka bertiga berada di kawasan tersebut yang boleh dikatakan macam taman bunga. Segera eunwoo bangun.
"aku rasa kita bertiga terpisah dengan yang lain masa nak teleportasi ke sini?!"membulat mata suga dan namjoon. Mula mereka melihat rumah agam yang besar tidak jauh dari lokasi mereka. "tu rumah agam taehyung kan?"eunwoo mengangguk dengan pertanyaan suga.
"jangan-jangan mereka ada dekat dalam sana!! cepat kita kena pergi sekarang!!"namjoon mula risau dan segera mereka bertiga berlari menuju ke rumah agam taehyung.
🌼🌼🌼
"omma!!!!"jerit jimin lantang dan nafasnya termengah mengah. "aku hidup ke? aku masih hidup lagi!!"jimin meraba dirinya dan baru dia sedar yang dia berada di tempat yang asing. "aku dekat mana ni?"dia mengaru kepalanya yang tak gatal itu lalu perlahan lahan bangun.
Jimin melihat banyak balang-balang yang mengandungi haiwan-haiwan yang sudah mati diperap di dalam balang tersebut. Antaranya katak, tikus dan banyak lagi. Jimin melihat balang tersebut satu persatu dan mula rasa geli. "siapa yang buat macam ni?"digelengnya kepalanya beberapa kali.
Tak lupa juga banyak serbuk-serbuk yang pelik baginya. "asal aku ada dekat sini? mana yang lain?"pelik kenapa dia seorang sahaja berada disini sedangkan tadi dia bersama-sama dengan yang lain untuk teleportasi ke sini. "jap ni bukan bilik menghasilkan mantera sihir ke?!"tiba-tiba pintu dibuka.
Jimin melihat seorang gadis yang mempunyai paras rupa yang cantik. Lagi unik rambutnya yang panjang lurus bewarna hitam keungguan serta mata yang bundar menyerlahkan lagi kecantikannya. Dia terpukau dengan gadis itu sampai matanya tak lepas memandang gadus itu dari tadi.
Belle yang baru niat untuk mengambil bahan-bahan yang sudah disediakannya pagi tadi terkejut melihat seorang lelaki berada di dalam bilik mantera sihir miliknya dan kembarnya bella. "kau! kau siapa?!!"tengking belle dengan kuat. Tapi jimin tersenyum manis lalu menyapa belle.
"hi awak. Nama saya Park Jimin. Boleh panggil saya chim. Sayang pun boleh juga"jimin mula tersengih sengih. Belle mula mengumam sesuatu lalu mengeluarkan tongkat sihirnya. Jimin mula perasaan hal itu mula cemas.
"awak!! jangan lah macam ni. Saya cuma nak kawan je dengan awak. Jangan lah sihir saya!!"belle tersenyum sinis. "aku akan tukarkan kau jadi anak ayam!!" belle menghayun tongkatnya ke arah jimin. Jimin hanya berdiri kaku disitu lalu memejamkan matanya.
Beberapa minit kemudian. Jimin merasakan tiada apa-apa yang berlaku terhadap dirinya. Perlahan-lahan dia membuka matanya. Membesar matanya apabila liontin ungu yang dimilikinya melindungi dirinya. Sihir itu pula disasarkan semula pada belle tetapi belle dengan pantas mengelak.
"kau!!"belle geram dan buat pertama kali dirinya dicabar sebegini kecuali dengan alpha, byul dan luke. Tanpa membuang masa jimin menjatuhkan semua benda-benda di sekelilingnya dan lari daripada situ. "jangan lari!! kau memang akan kena!!"belle mula mengikuti langkah jimin dari belakang.
Di satu tempat ada seseorang mendapati dirinya di tempat yang asing. Lama kelamaan matanya mula dibuka. Pandangannya mula kelihatan dengan lebih jelas. "aduh aku ada dekat mana ni?"jin mengosok kepalanya yang sakit itu mungkin terhantuk semasa dia sampai.
Dia dikelilingi dengan rak-rak buku. "aku ada dalam perpustakaan ke?"jin mula bangun dan menepuk sikit debu di seluarnya. "aku kena cari yang lain ni"jin mula menerokai perpustakaan yang cukup besar baginya. Tapi masalahnya dia mula sesat. Beberapa kali juga dia lalu laluan yang sama. Memanglah dia makin pening dan stress.
YOU ARE READING
[C] BLUE EYES + Kim Taehyung
Fanfiction"I love it when you look at me, with those eyes of ocean blue, i love it when you say my name, our love strong and true, i love it when you hold me close, i miss you in my arms, i need your arms around me to protect me from all harm. I love you" BLU...