"Baekhyun"
Baekhyun mula melihat ke arah sehun yang menghampirinya. Dengan perlahan sehun meletakkan sampul surat yang berisi beberapa keping gambar yang diambilnya pagi tadi di meja hadapan baekhyun.
Sehun mula duduk lalu menyilangkan kakinya dan menatap muka baekhyun dengan serius. Baekhyun yang mula penasaran dengan sampul tersebut lalu membuka dan melihat isi kandungan tersebut. Ya gambar taehyung,bts, byul serta jihee sekali.
"Aku tak tahu pula yang si jihee tu sebahagian daripada team alpha dan kau baekhyun kenapa tak pernah beritahu aku yang taehyung selamani dah kahwin?!"ujar sehun sedikit tidak berpuas hati. Baekhyun seakan-akan tak percaya bahawa selamani byul masih hidup.
Pandangannya menumpu ke arah gambar byul. Sehun mengeluh dan dia tahu baekhyun menyimpan perasaan terhadap isteri taehyung sekian lama sejak mereka masih kecil lagi. "Lupakan dia baekhyun dia isteri orang. Lagipun sekarang dia tengah mengandungkan anak taehyung"tambah sehun.
Terus pandangan baekhyun mengalih ke arah sehun. "aku tak tipu kau. Kau kenal aku kan. Baik kau lupakan dia dan move on baek"sehun ingin baekhyun sedar bahawa dirinya bukan untuk byul. Sehun tahu baekhyun kecewa tapi ini demi kebaikannya sendiri.
"kau tahu kan apa tujuan kau datang sini? Jadi aku dan kai buat perancangan supaya kita dapat ambil jihee secara baik daripada taehyung"baekhyun mengangguk perlahan. "kalau macam tu aku pergi dulu. Ingat apa yang aku cakap baek. Lupakan dia"kata sehun lalu beredar dari situ.
"byul ah patut ke saya lupakan awak? Tapi saya cintakan awak sangat.."baekhyun memejamkan matanya dan air matanya mula mengalir. Hati dia terluka buat masa sekarang. Dari jauh sehun dan kai memerhatinya dan memberi baekhyun ruang untuk melepaskan segala emosinya.
Mereka berdua akan menemani baekhyun di situ sampai lah emosi baekhyun reda. Mereka tahu baekhyun terluka. Cuma satu tujuan mereka bertiga iaitu mendapatkan jihee.
🌼🌼🌼
"Taehyung! Awak nak bawa dia pergi mana? tolong jangan apa-apa kan dia. Dia dalam keadaan lemah taehyung"byul risau dengan keadaan jihee yang makin hari makin teruk keadaannya.
"ikut saya. Nanti awak tahu"ujar taehyung lalu mengangkat jihee perlahan dan byul mengikutinya daripada belakang. Di ruang tamu kelihatan baekhyun, sehun dan kai berdiri menanti kehadiran taehyung. "baekhyun?"lama juga mereka berdua tidak berjumpa.
"biar aku angkat dia"taehyung menyerahkan jihee kepada kai. Kai melihat keadaan jihee begitu lemah dan mungkin diseksa teruk oleh taehyung. "kai kau boleh bawa dia pergi. Nanti aku dengan baek ikut"bisik sehun lalu kai hilang dalam sekelip mata bersama jihee.
"Kalau boleh aku tak nak yeoja tu muncul depan aku dan isteri aku lagi. Sekali lagi aku nampak dia lagi. Dia Mati"keras nada taehyung memberi amaran. "jangan risau tae. Aku janji" balas baekhyun dan dia mula melihat ke arah byul.
"benarkan aku cakap dengan byul sekali sahaja"pinta baekhyun secara baik. Taehyung memberi tatapan tak suka dan tiba-tiba tangannya disentuh lembut oleh byul. "mungkin ini kali terakhir saya bercakap dengan sepupu awak taehyung. Jangan risau percayakan saya hmm?"pujuk byul lembut.
Taehyung mengeluh lalu membenarkannya walaupun dirinya tak nak sebenarnya. Byul menghampiri baekhyun dan juga sehun. "saya ingatkan awak dah tiada selamani rupanya awak masih hidup"baekhyun memulakan perbualan antara mereka berdua."tolong maafkan saya baek dan saya harap awak lupakan saya".
"Saya akan lupakan awak jangan risau dan saya nak awak jaga baik-baik kandungan awak ni"baekhyun memperlahankan suaranya dan byul juga terkejut. "gomawo baekhyun"byul tersenyum lebar. "sebelum kami berdua pergi dari sini. Aku tahu kau teringin nak tahu keadaan yang lain kan?"byul memandang ke arah sehun yang tiba-tiba bersuara.
YOU ARE READING
[C] BLUE EYES + Kim Taehyung
Fanfiction"I love it when you look at me, with those eyes of ocean blue, i love it when you say my name, our love strong and true, i love it when you hold me close, i miss you in my arms, i need your arms around me to protect me from all harm. I love you" BLU...