Byul mula masuk ke ruang peribadi datuk kim bila datuk kim benarkan dia masuk. Dia nampak datuk kim dan nenek kim sibuk berbual-bual. "Mari sini byul"ditepuknya perlahan tempat duduk disebelah nenek kim.
Byul mula duduk dan menghadap datuk kim. Datuk kim mula memandang ke arah byul. "Ada masalah ke byul?"byul menggelengkan kepalanya. "Habis tu kenapa byul nak jumpa harabeoji ni?"tanya datuk kim.
"Byul dah maafkan tae. Boleh harabeoji hentikan hukuman taehyung?"ujar byul lembut. Nenek kim tersenyum bila mendengar kata-kata itu dari mulut byul. "Baiklah harabeoji tunaikan"byul tersenyum.
"Sekarang kamu boleh berjumpa dengan tae.. Dia sangat rindukan kamu sekarang ni"byul mengangguk. Dia bangun dan menunduk hormat. "Terima kasih harabeoji, halmeoni, Byul keluar dulu"mereka berdua mengangguk.
🌼🌼🌼
Jaehyun perlahan-lahan membuka matanya. Dia mula bangun dan memegang kepalanya sedikit pening itu. "Nasib baik kau dah sedar jae.."tegur taeyong risau.
Jaehyun melihat semua kawannya di sekeliling kecuali yuta?. "Yuta mana?"mereka semua menundukkan kepala. Johnny mengeluh. "Keadaan yuta kritikal sekarang ni. Dia masih belum sedar lagi. Aku tak tahu kenapa dia boleh kena macam tu"
Yang lain mengangguk. Jaehyun tersenyum sinis. "Aku tahu ni semua angkara perbuatan kim byul. Dia ada liontin biru tu"yang lain terkejut. "Betul ke?"tanya mark. Jaehyun mengangguk.
Tiba-tiba pintu dibuka. Tuan jung masuk untuk menjenguk anaknya. Nct127 menunduk hormat pada tuan jung. "Kamu semua boleh duduk"arahnya. "Appa kan tak sihat lagi. Kenapa appa bangun ni. Lebih baik appa berehat"
Jaehyun risau. "Kamu lagi penting jae. Appa sayang kamu. Kamu satu satunya paling berharga yang ditinggalkan omma kamu untuk appa"jaehyun tersenyum. "Appa jae dah jumpa liontin biru tu!"tuan jung terkejut.
"Baguslah tu! Dekat mana liontin biru tu sekarang"tanya tuan jung. "Nama dia kim byul. Dialah pemilik liontin biru tu tapi masalahnya dia tinggal di kediaman puak golden werewolf"terang jaehyun. Tuan jung tergelak sinis.
"Jadi apa rancangan jae?"jaehyun mula berfikir dengan mendalam. Dia memandang semua orang. "Kalau kita susah sangat nak jumpa perempuan tu. Lebih baik kita serang kediaman puak golden werewolf dan sekaligus kita dapat musnahkan puak itu dan liontin biru itu dalam genggaman kita semua"
"Biar betul?!"jerit haechan tak percaya. Tuan jung setuju dengan cadangan jaehyun. "Rancangan kali nak appa akan ikut. Appa akan bertarung sendiri dengan raja puak golden werewolf itu"jaehyun pula rasa risau.
"Appa boleh ke tak ni?"tuan jung mengangguk. Jaehyun tersenyum sinis. "Tak sabar nak mulakan rancangan!"gelak jaehyun diikuti yang lain.
🌼🌼🌼
"Tae makanlah sikit. Sampai bila tae nak jadi macam ni. Hukuman tae bukan berat sangat pun. Cuma tae tak boleh dekat byul. Tae kena biasakan diri"pujuk puan kim. Taehyung hanya berdiam diri dan merenung ke arah jendela.
"Tae makanlah omma tak nak tae sakit "taehyung menoleh ke arah puan kim. "Tae nak byul omma tae rindu dia.."rayu taehyung. Puan kim mengeluh. "Taehyung!"taehyung hanya senyap.
Lagi sekali puan kim mengeluh dengan perangai degil anaknya itu. "Omma keluar dulu ye. Kalau tae nak makan panggil omma okay?"tanya puan kim. Tiada respon dari taehyung.
Puan kim mula keluar dari bilik taehyung dan terserempak dengan byul. "Aunty!"terus byul menghampiri puan kim. Dia pelik kenapa puan kim membawa makanan. "Makanan ni untuk siapa aunty?"puan kim mengeluh. "Untuk tae. Tapi dia tak nak makan. Puas aunty pujuk"
Byul mengangguk faham. "Boleh tak aunty serahkan makanan ni pada byul. Biar byul pujuk taehyung"berkerut dahi puan kim. Byul tergelak kecil. "Byul dah maafkan tae dah. Sekarang hukuman tu dah tiada"terang byul.
Puan kim tersenyum lebar lalu menyerahkan makanan itu pada byul. "Pergilah cepat. Tae betul-betul rindukan kamu"byul mengangguk lalu menuju ke arah bilik taehyung.
Dia membuka bilik taehyung dan melihat taehyung duduk dia atas katil membelakanginya sambil merenung ke arah luar jendela. Dia menggelengkan kepalanya. Tak sampai lima hari pun hukuman ni.
"Taehyung"panggil byul lembut. Taehyung terus berpusing ke belakang bila mendengar suara byul. "Byul..?"taehyung terus tersenyum lebar dan bangun dengan segera. Baru dia hendak menghampiri byul.
"Duduk dulu! Saya kata duduk taehyung! Kalau tak saya keluar nak macam tu?"ugut byul. Taehyung menggelengkan kepalanya lalu duduk di atas katil dengan diam. Dia mengikut arahan byul. Byul tersenyum lebar.
Dalam hati dah tergelak jahat dah. Jahat betul aku!? Sanggup tae dengar cakap aku?! Byul menghampiri taehyung. "Jangan bergerak selagi saya tak suruh. Duduk diam-diam!"taehyung mengangguk perlahan.
Byul teringin nak tergelak tapi dia tahan. Suka betul dia kenakan taehyung. Dia meletakkan makanan taehyung di atas meja. Taehyung yang memerhati byul hanya perlu kawal diri untuk dekati byul.
"Awak kena makan taehyung nanti awak sakit macam mana. Saya suapkan boleh? Tapi duduk diam dekat situ boleh?"taehyung mengangguk. Byul tersenyum kecil lalu menyuapkan makanan itu satu persatu dalam mulut taehyung.
Sambil taehyung makan. Mata dia ralit memandang wajah cantik byul. Rindu yang teramat. Selesai makanan habis byul menyerahkan pinggan dan gelas itu pada pembantu rumah.
Byul masih melihat taehyung hanya duduk diam. Patuh betul dia ni. Byul melangkah ke arah pintu bilik taehyung. Taehyung melihat perkara itu kecewa. Dia masih duduk dengan diam. "Byul..."gumamnya perlahan.
Takkan byul pergi macam tu sahaja. Baru byul ingin memulas tombol pintu dia mengeluh dan melihat sekilas ke arah taehyung. Dia dapat tengok warna mata taehyung berubah ke warna biru.
Nampak kesedihan matanya itu.
Byul tahu taehyung nak apa sebenarnya darinya. Dia tahu sangat. Tombol pintu dilepaskan dan dia perpusing ke belakang dan melihat taehyung duduk diam di atas katil sambil menatapnya.Byul hanya berdiri di situ lalu membuka kedua dua tangannya seluas yang mungkin supaya taehyung dapat memeluknya. "Mari sini! Awak boleh peluk saya"senyum byul.
SSUP!
Byul terjerit kecil dalam sekelip mata taehyung memeluk erat badannya itu. Dia dapat rasakan pelukan taehyung hangat dan selesa. Lama taehyung memeluk. "Saya rindukan awak byul" Bisik taehyung perlahan tapi dapat didengari oleh byul.
Byul hanya tersenyum. "Maafkan saya tae.."dibalasnya pelukan taehyung itu dengan erat lalu mengusap rambut taehyung dengan lembut. Taehyung hanya biarkan dan dia lagi suka belaian byul.
"Jangan buat saya macam ni lagi byul" diciumnya sekilas bibir byul lalu memeluk lagi sekali badan byul. Byul hanya mengangguk. "Saya janji tak buat lagi"balas byul lembut.
🌼🌼🌼
Jangan lupa vote tau!
Fighting🌼
TBC
YOU ARE READING
[C] BLUE EYES + Kim Taehyung
Fanfiction"I love it when you look at me, with those eyes of ocean blue, i love it when you say my name, our love strong and true, i love it when you hold me close, i miss you in my arms, i need your arms around me to protect me from all harm. I love you" BLU...