43♤

4.1K 517 56
                                    

Cahaya matahari menerangi bilik tidur byul. Byul mula mengeliat kerana seakan akan tidurnya diganggu. Seperti seseorang berbuat sesuatu di wajahnya. Byul rasa tidak selesa lalu menyembamkan mukanya pada sesuatu yang keras.

Byul menghidu haruman tersebut. Perlahan lahan matanya dibuka. Jelas dia lihat itu dada bidang seseorang buatkan dia keliru. Byul mula mendongak perlahan melihat siapa yang berada di hadapannya sekarang ini.

"Taehyung?"

Taehyung tersenyum lebar lalu mencium sekilas bibir isterinya itu.

"good morning dear"

Terus byul bangun secara mengejut. Punya lah dia ingat mimpi semalam rupanya realiti. "kenapa ni?"taehyung mula bergerak sedikit bersama selimut yang tebal melitupi tubuh mereka berdua yang tanpa seurat benang pun.

Byul agak keliru dengan situasi sekarang. Taehyung mula memeluknya dari belakang. "kenapa ni sayang? ada apa-apa yang menganggu awak ke sekarang ni?"perlahan byul mengelengkan kepalanya. Tiba-tiba byul teringat apa yang berlaku malam semalam.

Dia memejam matanya kerana berasa malu. "tiada apa-apa lah"sengih byul. "betul ni?"taehyung mengeratkan pelukan tersebut. Byul mengangguk laju. "tae boleh awak lepaskan saya. Saya rasa tak selesa"pinta byul lembut. "kenapa? malu ke?"usik taehyung nakal.

"buat apa nak malu. Lagipun saya dah tengok BANYAK KALI"ditekannya ayat tersebut. Terus byul menyiku perut taehyung. "ah!!"jerit taehyung kuat. Taehyung mencebik dan mengusap lembut perutnya itu. Baru byul hendak turun daripada katil. Tangannya ditarik supaya menghadap taehyung.

Byul membesarkan matanya kerana terkejut. "nak pergi mana?"tanya taehyung sambil keningnya diangkat. "saya nak pergi mandi lah"byul menjegilkan matanya pada taehyung. Dari tadi tak habis-habis mengodanya dan mengusiknya.

"lama lagi ke awak dekat sini?"pertanyaan byul membuatkan taehyung mula melihat jam yang tergantung di dinding bilik byul. Taehyung tahu masanya tak lama lagi. "kenapa awak nak sambung second round ke?"bisik taehyung nakal lalu byul memukul kuat bahunya. Taehyung merungut sakit.

"awak ni!!"byul memeluknya tubuhnya sendiri menandakan dia geram dengan usikan taehyung. Taehyung mula memegang kedua dua belah bahu byul dan menatap mata byul dengan serius. Taehyung menarik nafasnya sedalam yang mungkin lalu meluahkan kata-kata yang disimpannya sebelum dia pergi.

"dengar ni sayang. Kalau boleh saya nak terus tinggal dengan awak. Hidup bersama dengan awak. Luangkan masa dengan awak setiap hari. Kalau boleh setiap pagi saya mesti nak tengok muka awak setiap kali saya bangun. Saya tak pernah rasa bosan sebab saya rasa saya bahagia sayang. Awak tahu kan awak terlalu bermakna dalam dalam hidup saya. Saya janji kita berdua akan mengalami hal macam ni tak lama lagi. Kita berdua sayang tanpa ada orang lain".

Bila byul mendengar ayat "kita berdua"dia rasa tak terima. Ya memang betul dia ingin hidup bersama taehyung tetapi dia rasa tak sempurna kalau yang lain tidak bersama dengan mereka berdua. Byul sayang akan keluarganya tak kira tiada pertalian darah sekalipun. Semuanya dia anggap seperti keluarganya. Byul hanya diam. Ya dia perlu mengubah taehyung secepat mungkin sebelum sesuatu yang lebih buruk berlaku nanti.

Taehyung mula bangun dan mencapai baju kemeja di atas lantai lalu memakainya. Sebelum dia pergi dia menghampiri byul dahulu. Dia mengusap lembut wajah isterinya itu. "saya pergi dulu sayang"lalu mencium lama dahi byul.

Taehyung mula melangkah pergi sambil tersenyum lebar. Dirinya satu persatu hilang begitu sahaja. Byul hanya mengeluh.

🌼🌼🌼

"welcome back Mr Taehyung"minho mengalu galukan kemunculan taehyung yang berada di ruang pejabat miliknya. Taehyung hanya berjalan lalu duduk di sofa yang disediakan. Minho menghampiri nya dan mengambil tempat duduk.

"macam mana lepas jumpa isteri kau?"tanya minho ingin tahu. Taehyung mula memandangnya. "mana kau dapat sihir macam ni?"minho ketawa kecil. "maaf bro itu rahsia. Aku hanya boleh tolong seseorang sekali sahaja"taehyung menjeling sekilas minho yang berada di hadapannya.

"aku dah sediakan semua pasal maklumat identiti kau. Kau dikenali sebagai taehyung seperti yang kau minta. Joe dah mula bekerja hari ni. Kau bila?"taehyung mula bangun. "hari ni pun boleh. Jangan risau aku akan buat banyak duit"dengan bersahaja taehyung keluar dari bilik kerja minho.

Minho tersenyum senget. Lalu menelefon seseorang. "hajoo sila tunjuk Mr Taehyung ruang kerja dia sekaligus bawa dia pergi shooting seperti mana yang berada di dalam jadual"terus dia mematikan telefonnya.

"tak lama lagi syarikat aku akan setanding dengan syarikat kau jihyun"minho ketawa sinis. Tiba-tiba seseorang muncul di hadapannya. Bajunya semua gelap. "kenapa?"orang tersebut menunduk hormat kepadanya.

"Ayah tuan nak jumpa dengan tuan sekarang juga"minho mengeluh lalu mengikut orang suruhan appa. Mereka berdua hilang begitu sahaja.

Minho sampai di istana milik keluarganya. Lebih kurang 10 tahun yang lalu dirinya meninggalkan kawasan kediamannya demi melunaskan dendam. Hilangnya seseorang dalam keluarganya menyebabkan suasana keluarga dulunya bahagia hilang begitu sahaja.

Sebagai anak sulung daripada kerabat diraja dia patut dapat keadilan demi sebuah nyawa yang dia amat sayangi. Jadi dia berhijrah ke dunia manusia untuk menyamar. Agak sukar untuk hidup di dunia manusia buat beberapa tahun sebab dia adalah vampire.

"sila masuk tuan. Ayah tuan tunggu di bilik perpustakaan"minho mengangguk lalu masuk. Dia melihat dengan jelas tuan lee sedang tekun membaca sebuah buku yang tebal. Itu sentiasa menjadi rutin hariannya. "appa"panggil minho perlahan.

Tuan Lee tersenyum lebar lalu menutup perlahan buku yang dibacanya sebentar tadi. Dengan perlahan dia bangun dan menyuruh minho duduk bersamanya di sofa yang telah disediakan. "macam mana keadaan kamu dekat sana?"soal tuan lee ingin tahu. "jangan risau appa. Minho baik-baik sahaja dekat sana".

Tuan Lee sekadar mengangguk."kamu dah jumpa dengan alpha?"minho tersenyum kecil. "dah appa. Dia dah masuk dalam perangkap minho"tuan lee mula ketawa besar lalu berhenti. "ingat minho jangan buat tindakan melulu. Kamu tahu kuasa alpha tiada tandingan dengan kita semua. Umpan dia perlahan lahan dan jangan sesekali bertarung dengan dia selagi alpha dalam diri dia tak hilang lagi"

Minho mengangguk faham. "appa boleh percayakan minho. Minho tahu tak lama lagi kuasa alpha tu akan hilang kerana isteri dia sendiri akan buat macam tu dengan alpha" kening tuan lee terangkat. "kamu serius dengan apa yang kamu cakap ni minho?".

"lagipun minho dah siasat benda ni dengan teliti appa"bersungguh sungguh minho cuba yakinkan tuan lee. "appa tahu cuma appa risau dengan keselamatan kamu dan kamu tahu kan apa tindakan kamu lepas alpha hilang kuasa dia?"perlahan lahan tuan lee mengukirkan senyuman sinis.

Minho mula memandang serius terhadap tuan lee lalu berkata.

"bunuh kim byul"

🌼🌼🌼

Jangan lupa vote tau!

Fighting

TBC

[C] BLUE EYES + Kim TaehyungWhere stories live. Discover now