53♤

4.1K 485 67
                                    

Jihyun pelik melihat mesej yang dihantar oleh byul kepadanya. Selalunya byul hubungi dia kalau ada hal ini pula mesej dia secara tiba-tiba mengatakan byul ada lawatan berkenaan tadika autumn pada musim cuti.

Mungkin byul terlalu sibuk itulah difikirkan kan jihyun. Jihyun mula masuk ke dalam rumah setelah pulang daripada syarikat. Dia menghidu sesuatu yang sedap datang dari arah dapur.

Jhope yang baru turun melihat jihyun baru pulang. "aunty jihyun baru balik ke? jom kita makan. Jin hyung dah masak sedap-sedap untuk kita semua"ujar jhope lalu menuju ke arah meja makan.

Jihyun menghampiri mereka semua. Banyak hidangan yang disediakan oleh jin dan namjoon. "aunty jihyun duduklah. Biar saya dengan namjoon sediakan semua"jin menarik kerusi untuk jihyun. Jihyun duduk disebelah jhope.

"byul mana aunty ji?"tanya suga. "dia tiba-tiba ada lawatan bersama dengan anak murid dia. Nanti dia telefon lah tu"balas jihyun dan yang lain mengangguk. Jihyun perasan jimin dengan jungkook tiada di situ. "eh? chim dengan kook tak balik lagi? ada show ke malam ni?"tiba2 jihyun terdengar jeritan dari luar.

"hyung!! lepaskan lah kitorang!!"

"hyung!!"

Membesar matanya melihat jimin dengan jungkook diikat di pokok besar di luar. "asal mereka berdua kena ikat ni?"jihyun melihat ke arah bts. "biasalah bagi pengajaran dekat budak-budak" dengan selamba suga berkata sebegitu. "suga lah yang buat masalahnya pintu tu berkunci"jin mengelengkan kepalanya.

"macam mana kau masuk hyung?"tanya namjoon. Dia cari kunci punya lah satu rumah dia geledah tapi langsung tak dapat jumpa. "entah"suga tidak ambil kisah. Jimin dengan jungkook melihat mereka semua makan. Perut mereka berdua mula berbunyi.

"hyung aku lapar... nak makan.. aku lapar!! hua!!"jerit jungkook sambil menelan air liur apabila jin menghidang makanan tersebut. Dia dapat hidu dengan jelas aroma tersebut. "ingat kau sorang je ke nak makan? aku pun nak makan!! sampai hati dorang semua tak tolong kita!!"jimin mencebik.

Jungkook mula hilang sabar. Lalu dia menjerit dengan kuat.

"hyung!!!!!!!!!!"

Tersentak mereka semua apabila dengar jeritan kuat daripada jungkook. Suga berjalan ke arah pintu kaca tersebut lalu membuka menggunakan kunci yang disorok olehnya. "apa dia anak juon?!!"balas suga semula.

"hyung jangan lah macam ni"pujuk jimin lembut. "dah lah tu suga kesian aku tengok dua ekor tu. mesti dorang dua lapar"terserlah naluri keiibuan si jin. Namjoon pun setuju dengan apa yang dikata oleh jin. Mesti lah hasben and wife kena sokong antara satu sama lain.

"suga hyung kejam!! nanti bila hyung dah tua kerepot!! kook tak nak jaga hyung hmmph!!!"jerit jungkook lalu menjelirkan lidahnya tanda tak puas hati.

"betul tu!! nanti kitorang buli hyung nyanyi lagu baby swag dududu!! Tengok lah nanti hyung!!!"tambah jimin lalu menjeling suga.

"apa dia?!! fine aku tak jadi lepaskan korang!! sampai hati korang buat aku macam ni!! aku pun tak hingin lah korang jaga aku bila aku tua bangka nanti!! Aku benci korang!!"terus suga lari naik ke atas menuju ke biliknya dan menghempas pintu dengan kuat.

Jungkook dengan jimin tergamam. "suga hyung terasa ke? kook memain je"jungkook memandang ke arah jimin. Jin dengan namjoon membuka ikatan di tubuh jungkook dengan jimin. "hyung.. suga hyung marah kitorang ke?"tanya jimin ingin tahu.

"hyung kitorang ada buat salah ke? kenapa suga hyung macam tu"tanya jimin pada jin. Jin hanya mengeluh. "mari kita makan dulu. lepastu kita pujuk suga sama-sama"ujar jin lalu masuk ke dalam. Namjoon mula berhenti lalu memandang ke arah mereka berdua.

"sebeku bekunya suga tu tapi dia punya hati tak sebeku macam perangai dia tu. Dia pun ada hati dan perasaan juga macam kita kook cuma dia tak nak tunjuk depan kita semua. Dia jenis suka pendam semuanya sendiri. Lepas habis makan pergi naik atas cuba berbaik dan ajak dia berborak walaupun dia acuh tak acuh. Faham?"terus mereka berdua angguk bila namjoon memberi nasihat buat mereka berdua.

"ada apa-apa aku ketinggalan ke?"tanya jhope yang baru sahaja selesai makan dan memegang perutnya kerana kenyang. Maklum lah makan sampai lima pinggan. Tidak dinafikan namjin shipper punya masakan punya lah sedap. "asal hyung tak tambah lagi nasi? biar sampai letop perut tu"perli jimin lalu pergi dari situ.

"dah lah makan tak ingat dunia sampai kook dengan chim hyung jerit pun buat tak dengar je sibuk makan sorang diri. ingat hyung seorang je ke yang lapar! kook pun lapar"jeling jungkook lalu menuju ke meja makan.

"kang aku sekeh karang budak dua ekor ni!! werk... huhu kenyang.. tapi tak pelah asalkan perut aku ni bahagia"jhope mengusap perutnya perlahan lalu pergi ke ruang tamu.

🌼🌼🌼

Byul mula sedar perlahan lahan. Dia mula bangun dan matanya terkebil kebil melihat dirinya berada di dalam sebuah bilik yang asing buat dirinya. "aku kat mana ni?"byul meraup rambutnya kebelakang.

Dia mula turun daripada katil. Matanya meliar ke sekeliling sampai dirinya terpaku melihat satu bingkai gambar yang besar di dinding.

"taehyung?!!"

Byul mula kelam kabut. Dia mencari handbagnya yang mungkin terjatuh. Tapi malang handbagnya tiada berada di dalam bilik tersebut. "macam mana aku nak call yang lain. Mesti taehyung yang bawa aku pergi sini".

Byul mula menghampiri pintu tersebut. Perlahan lahan dia memulas tombol pintu perlahan dan kepalanya mula keluar sedikit memastikan taehyung tiada di luar.

Byul mula keluar apabila tiada sesiapa di luar. Perlahan lahan dia menutup pintu tersebut agar tiada bunyi bising. "ni rumah dia ke?"baru sahaja byul ingin turun dia dikejutkan dengan bunyi anjing.

Membesar mata byul melihat anjing itu datang ke arahnya. "shuh!! nanti tuan awak dengar lah"bisik byul lalu mengangkat anjing tersebut perlahan lalu mengusapnya lembut. Nampaknya anjing tersebut amat menyukainya.

"yeontan? cantik nama"

Ada tertera nama yeontan di leher yang dipakai oleh anjing tersebut. "sekarang saya nak tahu jalan keluar dekat mana ye?"tanya byul kepada yeontan. Tiba-tiba byul mengetuk kepalanya sendiri. "pabo kau byul?!! yang kau tanya yeontan asal?!!"lalu byul meletakkan yeontan semula ke bawah.

Yeontan mula turun ke bawah dan byul melihat perkara itu lalu mengikuti yeontan daripada belakang. "mungkin yeontan tahu kot apa yang aku cakap. Ikut jelah"tanpa membuang masa dengan senyap byul ekori yeontan.

Rumah banglo ni dah lah besar. Cari jalan keluar pun susah dan dia juga boleh tersesat dekat sini. Kening byul berkerut melihat yeontan berpusing ke arahnya. "kenapa ni?"tanya byul. Dia pelik melihat yeontan duduk diam di hadapannya.

"nampaknya kamu dah kenal dengan omma kamu yeontan?"byul tergamam bila mendengar suara taehyung di belakangnya. Baru lah dia faham kenapa yeontan macam tu rupanya taehyung ada dekat belakang dia.

Perlahan lahan byul berpusing ke belakang. Taehyung memandang ke arahnya.

"sampai hati jalan-jalan dengan yeontan tak ajak saya pula tu?"taehyung menghampirinya.

Baru byul hendak mengundur diri tapi dengan pantas taehyung menarik tangannya lalu memeluk pinggang isterinya dengan erat. "lena  tak tidur tadi sayang?.."bisik taehyung lalu mengambil kesempatan mengucup lembut bahu byul yang terdedah.

"jangan nak bohong dengan saya lagi. Saya sendiri dah hantar mesej dekat aunty jihyun kamu tu yang kamu dalam keadaan baik" tambahnya lalu taehyung memandang isterinya dan tersenyum lebar.

🌼🌼🌼

Jangan lupa vote tau

Fighting

TBC

[C] BLUE EYES + Kim TaehyungWhere stories live. Discover now