34♤

4.8K 543 55
                                    

Byul melihat jam di dinding menandakan pukul 2 petang. Dia mengalihkan pandangannya kepada taehyung yang tidur lena memeluk tubuh kecilnya dengan erat. Byul hanya tersenyum kecil.

Ditatapnya wajah kacak suaminya itu dari dahi hingga ke mulut. Memang tak dapat disangkal lagi wajah taehyung memang sempurna tanpa cacat cela. Tak tahu kenapa byul dapat rasakan mungkin ini kali terakhir dia dapat tengok muka taehyung lama-lama.

Firasatnya mengatakan begitu tapi dia tak tahu bila akan berlaku. Diusapnya lembut wajah taehyung. "taehyung saranghae"katanya perlahan. Dia mula rasa sebak bila dia perlu tinggalkan taehyung apabila tiba masanya nanti. Kalau boleh setiap masa dia ingin bersama taehyung tapi banyak masalah timbul sejak taehyung mula menjadi alpha.

Taehyung mula terjaga apabila tidurnya diganggu. Byul ketawa kecil lalu mencucuk pipi taehyung menggunakan jari telunjuknya. "sayang...."kedengaran suara garau milik taehyung. "petang nanti kan awak kena keluar dengan team alpha jadi awak kena lah bangun. nanti lambat pula awak bersiap".

Taehyung menggelengkan kepalanya lalu membenamkan mukanya di bahu byul. "tak nak saya malas"rungutnya manja dalam keadaan masih mamai. "mana boleh macam ni lagipun awak tu ketua"segera taehyung mengangkat mukanya memandang byul.

"saya rindukan awak"diciumnya lama bibir mungil byul lalu meleraikannya. " ye saya tahu awak rindukan saya tapi bukan saya lari pun". "tapi saya tak puas lagi lah sayang. ni semua salah awak sebab merajuk memanjang dengan saya sampai seminggu"ujar taehyung sambil mencebik.

"kalau macam tu macam mana saya nak puaskan awak?"taehyung tersenyum senget lalu merapatkan bibirnya di telinga byul lalu berbisik perlahan. "having a se--- ah?!"Belum sempat taehyung menghabiskan ayatnya. Cuping telinganya ditarik kuat oleh byul.

"awak jangan nak minta perkara yang bukan-bukan dekat saya terutamanya apa yang awak nak sebut tu?! faham?! ish gatal betul awak ni!!"dipukulnya bahu taehyung berkali-kali sampai taehyung mengadu sakit barulah dia berhenti. "bukan kita tak pernah buat pun kan?"usiknya nakal.

"yah!! byuntae namja!"dicubitnya pinggang taehyung dengan kuat sampai taehyung pun menjerit sakit. Muka byul pun habis merah padam. Dia menjeling taehyung dengan tajam. "padan muka"taehyung hanya buat muka berkerut menahan sakit. "nak gurau pun tak boleh"terus byul tergelak kecil.

Taehyung melihat byul tiba-tiba mendiamkan diri. "kenapa ni sayang? ada masalah ke?"diusapnya lembut wajah cantik milik byul itu. Byul masih lagi mengelamun. Tak tahu kenapa tak kena dengan dia hari ini. "sayang..."panggil taehyung lembut bila pertanyaanya tidak dijawab.

Perlahan lahan byul memandang lembut ke mata taehyung. Kedua-duanya mata biru milik taehyung dan byul bertembung. "awak akan bencikan saya kan kalau saya pergi tinggalkan awak?"pertanyaan byul buatkan taehyung terdiam lama.

Hatinya mula rasa sakit bila kata-kata itu keluar dari gadis yang amat dicintai oleh taehyung seakan akan perkara yang disebut oleh byul itu betul-betul akan berlaku.

Terus byul ditarik masuk ke dalam pelukannya. "saya tahu awak takkan buat perkara macam tu dekat saya byul? awak cintakan saya kan?"byul cuba menahan perasaan sebak yang mula menyelubunginya sekarang. "saya takkan sesekali nak benci ataupun buang awak dari hidup saya tak kira awak buat kesalahan besar sekalipun. Satu je saya minta byul. Jangan sesekali pergi ataupun tinggalkan saya"tambah taehyung buatkan byul lagi rasa bersalah tapi dia terpaksa.

Belum sempat byul hendak membalas. Tiba-tiba pintu bilik mereka berdua diketuk. Byul segera melihat jam yang sudah pun menandakan pukul 2:40. "bersiap cepat saya pasti yang hajoo dan wojin tengah tunggu awak dekat luar tu"taehyung hanya mengangguk lalu bersiap.

Dari jauh byul tekun melihat taehyung yang sedang bersiap dan dia hanya tersenyum lebar bila taehyung memandang ke arahnya dengan manja. Disebalik senyuman manis byul itu ada sebuah kesedihan yang disimpan di dalam hatinya.

"mianhae taehyung"

🌼🌼🌼

"macam mana dengan keadaan harabeoji?" tanya namjoon risau. Kalau tak disebabkan perangai kunyit bangtan tadi tiada sebabnya datuk kim boleh pengsan sebegitu dahsyatnya tadi sampai sebut "jana jana eh".

"jangan risau harabeoji okay je. Baru je dia sedar. Cuma dia murka dengan kamu semua itulah yang dia cuba sampaikan bila aku keluar jumpa korang"balas anna.

"ni sebab korang lah ni. Nasib baiklah harabeoji kim tak teruk sangat"namjoon menjeling tajam ke arah bangtan. Mereka semua hanya tersengih dan tayang gigi masing-masing kecuali suga yang dengan muka kerek dia tu. "dah lah korang. dah tiada masa jom"anna menolak mereka semua supaya mengikut eunwoo dari depan.

"Apa benda ni?!! ni bukan black hole ke?"jerit jimin dan benda itu sangat menakutkan dirinya. Eunwoo tersenyum nipis. "jangan risau lah ni bukan black hole walaupun hakikatnya nampak sama. Ini lah teleportasi yang terpantas kalau dibandingkan dengan bola teleportasi milik jin tu. Masuk je dalam ni kita akan sampai dalam masa satu saat je" terang eunwoo panjang lebar.

Namjoon dan jin agak kagun. "kalau macam tu jom masuk. Sebab aku dah rancang semua ni dengan teliti. Anna jangan lupa tutup teleportasi ni"anna mengangguk faham sebab hanya anna sorang sahaja tidak mengikuti misi tersebut. "ingat eunwoo yang tempat aunty jihyun suruh kita semua pergi. Aku harap korang semua dengan byul sampai dengan selamat sebab aku dengan keluarga taehyung terus pindah pergi sana nanti"pesan anna.

"jangan risau anna. Aku janji"terus eunwoo dan namjoon masuk ke dalam lohong hitam tersebut. Masalahnya jimin dengan jhope teragak agak nak masuk. "korang dua buat ape lagi? cepat lah masuk!"suga pun penat menunggu gilirannya. "ta-ta-tapi"jhope mula gagap. "kalau tak nak masuk! aku lah masuk dulu. tepi!"ditolaknya jimin dengan jhope ke tepi.

Dengan gaya bersahaja suga masuk. Tinggal mereka berempat sahaja yang tinggal. "jin hyung boleh tak chim tak nak ikut"dia cuba merayu pada jin dan jhope pun ikut bersama. "aik? tadi bukan kata berani dan setia? ah tiada-tiada pi masuk sana! hyung dekat belakang korang! kalau ada hantu ke mak limah ke nanti. jangan risau nanti hyung bagi flying kick dekat diorang"tetap juga mereka berdua masih lagi teragak agak.

Tiba-tiba jungkook muncul dengan senyuman menyeramkan di belakang jimin dengan jhope. Mereka berdua tak sedar kerana tekun melihat lohong hitam tersebut. Dalam diam jungkook menolak kedua duanya dengan kuat. Dapat kita dengar jeritan histeria milik jimin dengan jhope buatkan anna, jungkook dengan jin tergelak terbahak bahak. Lalu mereka berdua termasuk ke dalam lohong tersebut.

"huish cam tu lah my baby kook!! omma bangga dengan kamu"dicubitnya geram kedua dua pipi jungkook dengan kuat sampai jungkook pun hanya mampu bersabar dengan karenah jin si ibu mithali. Anna hanya menggelengkan kepalanya melihat telatah jin dengan jungkook.

"dah jangan buang masa. boleh sambung lepas korang balik nanti"terus anna menolak mereka berdua perlahan. Segera jin menarik tangan jungkook masuk ke dalam lohong hitam tersebut. Lalu anna menutup teleportasi tersebut dan menyimpannya dengan baik. Dia mula risaukan keselamatan bangtan dengan eunwoo.

"aku harap korang semua pulang dalam keadaan selamat dengan byul".

🌼🌼🌼

Jangan lupa vote tau!

Fighting

TBC

[C] BLUE EYES + Kim TaehyungWhere stories live. Discover now