"aku akan pujuk jungkook lepas aku lawat jimin dengan jin hyung nanti" kata suga dan Eunwoo mengangguk lalu mereka berdua menuju ke bilik jimin.
"aku cakap aku tak nak makan?!!! kenapa tak faham lagi?!!!"jimin melempar kuat pinggan tersebut ke arah dinding. "jimin kamu perlu makan kalau tak nanti kamu lemah. Badan kamu perlukan zat makanan yang secukupnya" lembut sekali jururawat tersebut menasihati jimin.
Jimin mula marah. Dia mengambil gelas kaca dan menghempas kuat berhampiran jururawat tersebut. Jururawat itu terluka sikit. "baik kau keluar!! sebelum kau luka lebih teruk nanti disebabkan aku?!!!! keluar !!!"jururawat yang ditugaskan untuk menjaga jimin lalu keluar dan dia terus menghampiri eunwoo bila
melihat eunwoo datang melawat jimin."doktor puas saya pujuk tapi dia tetap tak nak. Dia mengamuk dan lempar semua benda dekat saya. Ni kali ketiga saya hantar makanan dekat dia doktor tapi langsung dia tak nak makan"terang jururawat tersebut. "nurse saya nak awak ambil makanan lagi untuk jimin biar saya pujuk dia makan"arah suga lalu masuk ke dalam bilik jimin.
Suga melihat bilik jimin bersepah dan dia mula mengutip barang-barang yang jatuh dan menyusunnya semula. Eunwoo juga menolong suga untuk mengemas bilik jimin. Jimin duduk dia atas katil sambil memeluk lututnya dan meracau sesuatu. "jimin hyung datang ni"tegur suga.
"hyung balik lah. hyung buang masa datang sini lawat jimin. Baik hyung balik"balas jimin semula lalu sambung semula dalam dunianya sendiri. Tiba-tiba jururawat tersebut masuk bersama dulang makanan untuk jimin.
"kau!!! aku cakap aku tak nak makan!!! kenapa tak dengar arahan ni?!!!"jerit jimin lantang. "hyung yang suruh dia bawa. Tak payah tengking dia"lalu jimin terdiam. Suga mengambil makanan tersebut lalu meletakkannya di atas katil. "makan lah jimin. Nak hyung suapkan?"pujuk suga.
"hyung boleh tak jangan paksa aku makan?!!! jimin tiada selera lah?!! hyung ni sengaja ke nak seksa jimin!!!! Macam mana jimin nak makan kalau ahli bts yang lain menderita?!! baru aku tahu sekarang yang hyung pentingkan diri sendiri dan hyung cuma fikir pasal diri hyung je?!!!!"tengking jimin geram.
"PARK JIMIN!!!!!!! aku tahu kau menderita!!! aku tahu kau paksa diri kau macam ni?!!!! Habis kalau kau buat semua ni?!!! kau nak biarkan diri kau mati kelaparan ke?!!!! kau tak nak melawat namjoon?!! sampai sekarang kau tak melawat namjoon sebab keadaan kau macam ni?!!! kau sedar tak jimin!!!! kau nak namjoon yang susah payah selamatkan kau tengok kau dalam keadaan macam ni?!! kurus?!!! lemah?!!! tak berguna macam ni?!!!"
"kau tahu tak namjoon sekarang sedang bertarung nyawa antara hidup dan mati!!!!! bila-bila masa dia boleh pergi tinggalkan kita semua macam tu je!!!! kalau namjoon pun boleh berjuang nak teruskan hidup!!! kau pun boleh jimin!!! tiada siapa nak salahkan kau!!! kita semua mangsa dengan apa yang terjadi dan bukan salah semua orang!!! jadi aku nak kau makan sebelum aku sendiri paksa kau telan semua ni sekali gus!!! aku tak kisah kau cakap aku selfish ke apa?!!! BAIK KAU MAKAN?!!!!!".
Terus jimin terdiam dan dengan perlahan dia mengambil makanan itu dan makan perlahan lahan dan dia sedaya upaya menahan tangisannya. Suga melihat air mata jimin mengalir laju. Jimin makan perlahan lahan sambil diawasi suga.
Suga tahu dia sedikit terlampau ketika memarahi jimin tapi dia terpaksa agar jimin sihat.
🌼🌼🌼
Suga sampai di depan pintu bilik jin. Dia mengetuk pintu jin terlebih dahulu. "hyung!!! ni suga"ketuk suga perlahan. "masuk lah"balas jin semula. Suga masuk dan dia melihat jin mengangkat tangannya secara perlahan dan menekan butang hijau di tepi katilnya itu.
Secara automatik katil itu terangkat dan menyebabkan jin dapat bersandar dengan selesa. Katil itu dibuat khas untuk jin kerana hampir semua anggota badan jin tidak dapat bergerak disebabkan sihir luke. Mengambil masa yang lama untuk jin sembuh kecuali jin sendiri ada penawar untuk kecederaannya itu.
Jadi bella,belle dan seulhi ditugaskan untuk mencari bahan-bahan yang jarang dijumpai. Mereka bertiga mengembara jauh demi mencari bahan yang sesuai untuk membuat penawar. Suga berharap pencarian tersebut berhasil.
"suga jom kita makan. hyung lapar lah"suga mengangguk dan menyuruh jururawat tersebut membawa makanan untuk dihidangkan buat mereka berdua. Suga mengambil meja kecil lalu meletakkannya di atas katil jin dan meletak satu persatu lauk pauk serta nasi buat mereka berdua. Jin tersenyun lebar.
"nah hyung ni sudu"suga meletakkan sudu tersebut di celah jari kanan jin. Suga meletakan kimchi di atas nasi jin. Dengan senang hati jin menyuapkannya ke dalam mulutnya walaupun tangannya dalam keadaan mengeletar. "perlahan lahan lah hyung"jin tersengih.
Tiba-tiba sudu tersebut jatuh di atas katilnya. Suga melihat perkara itu ingin menolong jin untuk mengambilnya. "tak mengapa suga. Biar aku ambil"lalu perbuatan suga berhenti. Dengan tangan mengeletar jin cuba mengambil sudu tersebut. Setiap kali dia cuba ambil mesti terlepas. Jin ketawa kecil. "aku tak tahu pula dia susah macam ni".
"hyung biar aku yang am---"kata-kata suga dipotong oleh jin. "tak mengapa suga biar aku cuba ambil sendiri"terkial kial jin ingin mengambil sudu tersebut. Suga tahu jin berusaha keras untuk bergerak. Tetapi suga tak sanggup melihat jin seperti itu dan dia terus ambil sudu itu dan meletakkannya di atas meja.
Jin terkejut melihat perbuatan suga tersebut. "hyung aku nak pergi tandas jap"ujarnya lalu keluar. Apabila suga masuk ke dalam tandas dia menjerit sepuas hati. "hyung!!!!! aku tak sanggup tengok hyung macam tu tadi?!!! hati aku sakit tengok hyung macam tu tahu tak?!!!! hyung mianhae sebab aku tak dapat buat apa-apa untuk hyung!!!"luah suga dan dia hampir menangis.
Suga melihat dirinya disebalik cermin. Dia menarik nafasnya dan betulkan dirinya agar jin tidak curiga. Suga mula keluar dari tandas dan menuju ke bilik jin. Pintu bilik jin terbuka sedikit dan suga membuat keputusan untuk mengintip di celah pintu yang terkuak sedikit. Dia melihat jin sedaya upaya mengambil kimchi tersebut.
"kau boleh jin. kau boleh buat"akhirnya dia dapat makan kimchi itu dengan bangga. Suga tahu betapa terseksa keadaan jin macam itu. Dia tak nak jin tanggung seorang diri. "hyung!" terkejut jin apabila melihat masuk secara mengejut.
"suga kau tengok! aku berjaya ambil sendiri kimchi ni tadi?!!!"tunjuk jin dan suga mengenggam tangannya. "hyung!!! aku tahu hyung sebenarnya tak kuat?!! jadi jangan tunjuk yang hyung kuat depan aku lagi?!! aku tahu hyung bukan susah nak terima bila keadaan hyung jadi macam ni. Hyung aku merayu dekat hyung jangan tanggung kesusahan dan masalah hyung seorang diri"
"Aku ada hyung dan akan ada selalu untuk hyung bila-bila hyung perlukan bantuan. Jangan ingat semuanya hyung boleh buat sendiri. Tak salah pun hyung minta tolong. Kita berdua dah macam keluarga jadi hyung jangan ingat yang hyung beban pada kami semua sampai hyung paksa diri sendiri buat semuanya sendiri dalam keadaan hyung tak mengizinkan macam ni. Hyung kena tahu semua orang dekat sini cuba bantu hyung untuk sembuh"luah suga sebaik yang mungkin dan itu buatkan jin tersenyum lebar.
"mianhae suga sebab selama ni hyung ingat hyung dapat buat semuanya sendiri. Tapi betul cakap kamu yang hyung sebenarnya paksa diri sendiri. Hyung teringin nak minta tolong tapi hyung takut akan menyusahkan semua orang. Walaupun tak sebenarnya. Gomawo suga. Hyung akan minta tolong dengan kamu lepas ni".
Lalu mereka berdua menyambung semula waktu makan mereka berdua yang tertangguh tadi. Mereka berdua banyak bertukar cerita dan menasihati antara satu sama lain.
Suga juga tak lupa akan jungkook. Dia kena buat sesuatu agar jungkook dapat sedar dan buang sikap keras kepalanya itu demi kebaikan dirinya itu.
🌼🌼🌼
Jangan lupa vote tau!
Fighting
TBC
YOU ARE READING
[C] BLUE EYES + Kim Taehyung
Fanfic"I love it when you look at me, with those eyes of ocean blue, i love it when you say my name, our love strong and true, i love it when you hold me close, i miss you in my arms, i need your arms around me to protect me from all harm. I love you" BLU...