Takut,
Gelisah,
Dikejar,
Diburu,
Itu yang dialaminya ketika berada di luar. Dia sentiasa kena menyamar agar orang yang mencarinya tidak mengenalinya.
Gerak gerinya diikuti oleh seseorang. Dengan pantas dia melalui lorong yang sunyi dan menarik jubah lalu menutupi kepalanya itu. Segera dia bersembunyi di tempat yang tersorok memandangkan tubuh dia sememangnya kecil dan muat.
"mana dia pergi?!!!"
"ta-tapi aku baru nampak dia lalu guna jalan ni tuan!!!"
"bodoh!! kamu semua terlepas!! cari dia sampai dapat!!!!!"
Arahan daripada ketua segera mereka patuhi dan berpecah mengikut dua kumpulan untuk mencari orang tersebut. Melihat tiada sesiapa di luar. Dia mula keluar dari tempat persembunyian. Matanya meliar di kawasan tersebut memastikannya selamat.
Dengan cepat dia mencari jalan keluar.
"itu dia?!! kejar dia cepat!!"
Dia mengambil jalan yang salah. Diri sendiri mengutuk kesilapan dirinya.
Lekas dia melarikan diri sekali dengan itu jubahnya diangkat dan dia mengeluarkan sesuatu dalam jubahnya iaitu tongkat sakti miliknya. Ya dia juga merupakan ahli sihir.
"kejar dia sampai dapat!!"
Suara itu makin dekat dengannya. Tanpa membuang masa dia menghanyunkan tongkatnya dan menyebut satu mantera.
"ESCAPELIC"
Dirinya hilang dalam sekelip mata.
"Tuan dia hilang!!!"
"bodoh!!! lepasni kita semua kena dengan tuan kita!!!" dia menolak kasar kepala anak buahnya dengan geram. Sah mereka semua kena tengking nanti.
💜💜💜
Tuan kim masuk apabila menerima pesanan daripada pembantunya bahawa datuk kim ingin berjumpa dengannya di dalam biliknya.
"Dah cari dia?"
Soalan itu ditanya oleh datuk kim terlebih dahulu apabila tuan kim masuk. Tuan kim mengelengkan kepalanya.
"belum appa. Tapi semestinya dia menyorok di kalangan kita" balasnya.
Datuk kim mengeluh. Masalah ini takkan selesai apabila peramal itu tidak ditemui. Dia perlu tahu dengan lebih mendalam ramalan mengenai cucunya kim taehyung.
Dia perlu bertindak segera dan takut ramalan itu betul-betul terjadi dan ahli keluarga yang lain mungkin terkena tempias.
"Tak kira apa pun appa nak kamu cari dia sampai dapat. Ingat hal ni kita berdua sahaja yang tahu!" tuan kim mengangguk.
" baik appa"
Tiba-tiba telefonnya berbunyi. Segera dia mengangkatnya dengan pantas.
"tuan kami dah jumpa tempat persembunyian dia!"
"kamu pasti?"
"kami yakin itu rumah peramal. Dia tinggal di rumah usang yang buruk. Kami ada masuk ke tempat dia tadi"
"baik lah kalau macam tu. Semua keluar dan bersembunyi tunggu aku dan appa aku datang"
"baik tuan!"
"perhati gerak geri dia sekali!"
"baik tuan!"
Terus tuan kim mematikan panggilan tersebut dan tersenyum lebar kepada tuan kim.
YOU ARE READING
[C] BLUE EYES + Kim Taehyung
Fanfiction"I love it when you look at me, with those eyes of ocean blue, i love it when you say my name, our love strong and true, i love it when you hold me close, i miss you in my arms, i need your arms around me to protect me from all harm. I love you" BLU...